Sesungguhnya ada banyak jenis cinta. Adapun cinta yang paling utama adalah cinta dua orang yang saling mencintai kerana Allah. Sama ada cinta itu dibina kerana adanya keinginan untuk meningkatkan amal kebajikan atau kerana adanya persamaan akidah, agama dan mazhab, atau kerana salah seorang darinya memiliki kelebihan ilmu pengetahuan yang boleh dimanfaatkan.
Selain itu, ada cinta kerana hubungan kerabat, cinta kerana kesamaan tujuan, cinta kerana persahabatan, cinta kerana pengetahuan, cinta kerana kebaikan yang dimiliki seseorang, cinta kerana tamakkan kedudukan yang diinginkan, cinta kerana adanya kesepakatan yang dirahsiakan untuk khalayak, cinta kerana kesenangan mengumbar nafsu yang bergejolak dan ada juga cinta tanpa alasan.
Segala jenis cinta yang lahir kerana satu "sebab" akan hilang bersama hilangnya "sebab", akan mekar bersama mekarnya "sebab", akan berkurang bersama kurangnya "sebab". Cinta jenis ini akan menjadi kuat tatkala "sebab cinta" mendekat dan akan mengendur tatkala "sebab cinta" menjauh.
Tiada cinta yang abadi, selain cinta suci yang keluar dari kedalaman hati. Cinta jenis ini tidak akan hilang, kecuali ajal datang menjelang.
::Ibn Hazm al-Andalusiy, Tauq al-Hamamah.

Ulasan