Surau al-Muhtadin kini berada di fasa akhir pembaikannya. Tinggal lagi kerja-kerja pendawaian letrik yang belum selesai. Mulai semalam solat jamaah sudah boleh diadakan dalam surau setelah sebulan lebih kami bersolat di luar hingga ke garaj motor. Semalam juga jamaah yang hadir telah melakukan kerja-kerja pembersihan. Cuma buat masa ini, azan hanya boleh didengari oleh mereka yang hadir ke surau saja kerana sistem pembesar suara masih belum dipasang.
Kepada sahabat-sahabat yang berjamaah di Surau al-Muhtadin, silalah ambil perhatian ini. Marilah kita kembali mengimarahkan surau kita.
Kepada sahabat-sahabat yang berjamaah di Surau al-Muhtadin, silalah ambil perhatian ini. Marilah kita kembali mengimarahkan surau kita.
Ulasan