Satu hari seorang lelaki datang mengadu kepada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam, “ Ya Rasulullah, sungguh fulanah itu seorang yang dikenali banyak solatnya, puasanya dan sedekahnya. Tetapi ia juga dikenali kerana jahat lidahnya ke atas para tetangganya .” Maka bersabdalah Baginda kepada lelaki tersebut, “ sungguh ia termasuk ahli neraka .” Kemudian lelaki itu berkata lagi, “ Kalau fulanah yang lain dikenali dengan sikit solatnya, puasanya dan sedekahnya tetapi tidak pula ia menyakiti tetangganya? ” Maka bersabda Baginda, “ sungguh ia termasuk ahli syurga .”( Riwayat Muslim ) Hadis di atas memberi khabar akan bahayanya lidah. Sekiranya lidah itu gagal dikawal dengan iman, ia mampu membawa pemiliknya ke neraka. Meskipun pemilik lidah itu seorang ahli masjid, ahli ibadah, kuat bersolat, rajin berpuasa, suka bersedekah namun lidahnya terlalu ringan memfitnah, berbohong, berbicara keburukan orang lain, menuduh tanpa bukti, maka amalannya menjadi sia-sia. Lidah itu boleh menjadi m...