Langkau ke kandungan utama

Nama ‘Izrail

`Izrail (عزرائیل) ialah nama yang masyhur bagi malaikat yang ditugaskan untuk mencabut nyawa menurut kepercayaan orang-orang Islam. Perkataan `Izrail dipercayai berasal daripada bahasa `Ibrani atau Hebrew yang bermaksud hamba Allah. Nama `Izrail tidak pernah disebutkan di dalam al-Quran atau as-Sunnah sebaliknya malaikat yang ditugaskan untuk mencabut nyawa dipanggil (Malaikat Maut) Malakul Maut (ملك الموت). Bagaimanapun, malaikat maut ini juga dikenali sebagai Izrail dalam bahasa Melayu dan dalam bahasa Inggeris sebagai Izrail, Izrael, Azrael, Azrail, Azraille, atau Ozryel. Secara harafiah terjemahan namanya membawa erti yang dibantu oleh Tuhan (Whom God Helps).

Pendapat Ulama Tentang Nama `Izrail

1. Hafiz ibn Hajr telah membuat perbincangan mendalam mengenai nama malaikat maut, dalam bukunya Al-Imtaa. Dia menyebut beberapa hadis, sungguhpun lemah, yang menyebut nama malaikat maut sebagai Izrail (Izrael).

2. Ibnu Kasir telah berkata dalam al-Bidayatu wa an-Nihayah(1/49): "Dan Malakul Maut, maka tidaklah dinyatakan namanya di dalam Al-Qur'an, dan tidak pula di dalam hadis-hadis yang sahih. Dan telah datang penamaannya dalam beberapa atsar sebagai "`Izrail", waLlahu `alam. Dan sesungguhnya Allah ta`ala telah berkata: “Katakanlah: Malakul-Maut akan mematikan kamu semua, dia yang ditugaskan terhadap kamu, kemudian kepada Tuhan kamu kamu akan kembali.” [As-Sajdah: 11]

3. Dan telah berkata As-Sanadiy: "Tidak terdapat pada penamaannya sebarang hadis yang marfu’ (bersambung dengan Rasulullah)".

4. Dan Al-Manawiy telah berkata dalam Faidhu al-Qadir (3/32) selepas dia menyebut bahawa Malakul Maut telah tersebar bahawa namanya `Izrail, dia berkata: "Dan saya tidak menemui terhadap penamaannya dengan hal itu dalam khabar".

5. Dan telah berkata Syeikh Al-Albaniy dalam ta`liqnya terhadap kata-kata At-Tahawiy: "Dan kita percaya dengan Malakul Maut yang ditugaskan untuk mencabut ruh-ruh sekalian alam". Dan berkata rahimahu Llah: "Saya berkata: Inilah namanya di dalam Al-Qur’an, dan penamaannya dengan `Izrail sebagaimana yang tersebar di kalangan manusia, maka tiada asal baginya, dan sesungguhnya ia adalah daripada Israiliyyat".

5. Dan Syeikh Ibnu `Usaimin telah berkata: "(Malakul Maut): Dan sesungguhnya telah masyhur bahawa namanya (`Izrail), tetapi ia tidak sahih. Sesungguhnya hal ini datang dalam atsar Israiliyyah, tidak diwajibkan untuk kita percaya dengan nama ini. Maka kita menamakan malaikat yang ditugaskan dengan kematian sebagai (Malakul Maut) sebagaimana Allah `azza wajalla telah menamakannya dalam kata-Nya: Katakanlah: Malakul Maut akan mematikan kamu semua, dia yang ditugaskan terhadap kamu, kemudian kepada Tuhan kamu kamu akan kembali [As-Sajdah: 11]." [Fatawa Ibnu `Usaymin (3/161)]

:: Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tulang atau lebihan daging korban dan akikah

Mungkin agak terlewat untuk saya berbicara mengenai tajuk ini memandangkan musim korban sudah pun berakhir. Namun saya percaya masih terdapat saki baki daging korban yang masih menjadi hidangan kita dalam beberapa hari ini. Di samping itu saya juga masih tidak terlepas dari pertanyaan beberapa kenalan mengenai bagaimana harus diperlakukan ke atas tulang dan lebihan daging yang menjadi korban atau akikah. Tanpa menafikan tentang kefahaman yang dibawa sejak berzaman tentang wajibnya menanam tulang dan sisa daging sama ada mentah atau yang telah di masak, saya bersyukur kerana didedahkan dengan pandangan yang berbeza dan meyakinkan sekaligus memadam kekaburan terhadap pandangan terdahulu yang menyusahkan. Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan. Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah ha...

Tahlil dalam Majlis Akikah

Satu lagi program tahunan surau telah disempurnakan kelmarin dengan muafakat penduduk. Program yang saya namakan Akikah Perdana merupakan program yang diletakkan di bawah tanggungjawab saya sebagai pengerusinya. Walaupun diadakan pada 27hb. Rejab ia tidaklah sempena sambutan Isra' dan Mi'raj tetapi mengambil kesempatan negeri Kedah bercuti pada hari tersebut. Seekor lembu ditumbangkan sebagai memenuhi hajat peserta-peserta yang mengambil bahagian menjamu hampir 1000 orang yang hadir. Lebih menggembirakan apabila nasi serta lauk pauk dapat dihabiskan sama ada dimakan atau di bawa pulang, memudahkan petugas menjalankan kerja-kerja membersih dan mengemas kembali. Cuma yang agak kurang menyenangkan saya apabila dengan tidak semena-mena tuan penasihat surau yang selama ini melantik dirinya sendiri sebagai imam surau mengajak hadirin bertahlil tanpa berbincang dengan saya terlebih dahulu. Sememangnya beliau sangat mahir mengetuai majlis-majlis bacaan yasin, tahlil dan doa selamat. Se...

Asalnya Wahhabiyah

TIADA PERKAITAN DENGAN ANTARA AL-WAHHABIYAH AL-RUSTUMIAH (ABDUL WAHAB BIN ABDUL RAHMAN BIN RUSTUM) DENGAN GERAKAN REFORMASI DAKWAH SHEIKH MUHAMMAD BIN ABDUL WAHAB Tulisan Dr Muhammad Bin Saad Al-Syuwai'ir Ketua Pengarang Majalah Al-Buhuth Al-Islamiyah Konflik yang berlaku ke atas dakwah Syeikh Muhammad Bin Abdul Wahab telah memberi ruang untuk penjenamaan kepada label " al-Wahhabiyah" sebagai tohmahan melulu kepadanya. Sebagaimana perkara ini telah digerakkan oleh beberapa puak Tarekat Sufi untuk kemaslahatan mereka bagi mengaburi mata orang awam. Perbuatan tersebut juga memberi kelebihan kepada musuh Islam yang sentiasa memerhatikan dan memastikan umat Islam diperkotak-katikan. Mereka menanam benih-benih kejahatan dan perselisihan di antara sesama Islam. Kerana mereka begitu mengerti akan bakal dibuat oleh cerdik pandai ini dan cuba mengembangkannya. Isu ini sering kali telah diperkatakan dan selalu ditulis dalam pelbagai makalah. Apa yang menjadi dorongan kep...