PRK DUN Penanti baru saja berakhir. Keputusan pun dah diumumkan. Seperti dijangka ia dimenangi oleh calon PKR. Majoritinya pun agak besar walaupun sedikit menurun dari segi jumlah undi yang diperolehi berbanding Pilihanraya Umum 2008. Mungkin kerana ramai yang dah dapat mengagak kemenangan akan berpihak kepada PKR, kebanyakannya malas nak keluar mengundi. Lagipun apa yang nak dibimbangkan, BN awal-awal lagi dah mengaku kalah. Walaupun begitu ia adalah satu sikap yang dikira sebagai tidak menghormati sistem demokrasi negara. PRK kali ini turut meninggalkan satu sejarah terutamanya sejak saya mula mengenali pilihanraya. Perkara-perkara yang tidak pernah berlaku sebelum ini, telah berlaku dalam PRK ini. Buat pertama kalinya BN tidak menyertai PRK kerana takut kalah. Bukankah lebih baik kalau semua pilihanraya kecil, BN awal-awal lagi mengaku kalah. Larangan mendirikan pondok panas. Peratus keluar mengundi paling kecil, 46.5%. Pengumuman keputusan paling awal. Sekitar jam 7.10 malam. Wak