Langkau ke kandungan utama

Ujian buat Ustaz Akhil

Ada juga yang berminat dengan perkembangan terkini Ustaz Akhil Hay. Kalau dah jadi seleberiti, jadi tumpuan, kemudian isu pula digembar-gemburkan dalam media masakan dapat lari dari diperkatakan orang. Dah tu macam-macam pula bunyinya. Ada yang marah,yang geram dan yang mengutuk. Namun tak kurang juga yang bersimpati macam saya. Bukanlah kerana saya peminat setia beliau malah tidak pernah mengikuti ceramahnya secara langsung mahupun membeli kaset dan vcd ceramahnya.

Teringat masa mengaji dulu, tuan-tuan guru pernah bercerita tentang jenis-jenis syaitan yang menggoda manusia setiap satunya memiliki kemahiran-kemahiran tertentu untuk orang-orang tertentu. Kalau orang biasa, syaitan yang datang kepadanya jenis yang lekeh sebaliknya syaitan yang ditugaskan mengacau ustaz-ustaz pula tinggi kemahirannya.

Kata tuan guru lagi, hidup ini merupakan ujian kepada manusia seperti firman Allah dalam Surah al-Mulk yang bermaksud, "Dia yang menjadikan kematian dan kehidupan untuk menguji kamu siapakah yang paling baik amalannya." (al-Mulk, ayat 2). Ujian yang datang pula berbagai-bagai. Ada yang diuji dengan ketakutan, kelaparan, kehilangan harta,nyawa dan hasil tanaman. (Surah al-Baqarah, ayat 155). Malah ada yang diuji dengan kekayaan dan kesenangan. Pendek kata manusia keseluruhannya tidak terlepas dari ujian. Berat atau ringan yang membezakan tahap ujian seseorang hamba.

Kata pula orang-orang terdahulu, lautan mana tak bergelora, bumi mana tak ditimpa hujan, dan manusia mana yang tak melakukan dosa. Sementelahan mengambil kira jasanya dalam bidang dakwah, jika mahu mengkritik pun biarlah berpada. Salahnya pun tidaklah sampai menjejaskan kestabilan politik dan ekonomi negara kalau nak dibandingkan dengan dosa si Zambry.

Ehh.... ke situ pula aku.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tulang atau lebihan daging korban dan akikah

Mungkin agak terlewat untuk saya berbicara mengenai tajuk ini memandangkan musim korban sudah pun berakhir. Namun saya percaya masih terdapat saki baki daging korban yang masih menjadi hidangan kita dalam beberapa hari ini. Di samping itu saya juga masih tidak terlepas dari pertanyaan beberapa kenalan mengenai bagaimana harus diperlakukan ke atas tulang dan lebihan daging yang menjadi korban atau akikah. Tanpa menafikan tentang kefahaman yang dibawa sejak berzaman tentang wajibnya menanam tulang dan sisa daging sama ada mentah atau yang telah di masak, saya bersyukur kerana didedahkan dengan pandangan yang berbeza dan meyakinkan sekaligus memadam kekaburan terhadap pandangan terdahulu yang menyusahkan. Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan. Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah ha...

Tahlil dalam Majlis Akikah

Satu lagi program tahunan surau telah disempurnakan kelmarin dengan muafakat penduduk. Program yang saya namakan Akikah Perdana merupakan program yang diletakkan di bawah tanggungjawab saya sebagai pengerusinya. Walaupun diadakan pada 27hb. Rejab ia tidaklah sempena sambutan Isra' dan Mi'raj tetapi mengambil kesempatan negeri Kedah bercuti pada hari tersebut. Seekor lembu ditumbangkan sebagai memenuhi hajat peserta-peserta yang mengambil bahagian menjamu hampir 1000 orang yang hadir. Lebih menggembirakan apabila nasi serta lauk pauk dapat dihabiskan sama ada dimakan atau di bawa pulang, memudahkan petugas menjalankan kerja-kerja membersih dan mengemas kembali. Cuma yang agak kurang menyenangkan saya apabila dengan tidak semena-mena tuan penasihat surau yang selama ini melantik dirinya sendiri sebagai imam surau mengajak hadirin bertahlil tanpa berbincang dengan saya terlebih dahulu. Sememangnya beliau sangat mahir mengetuai majlis-majlis bacaan yasin, tahlil dan doa selamat. Se...

Asalnya Wahhabiyah

TIADA PERKAITAN DENGAN ANTARA AL-WAHHABIYAH AL-RUSTUMIAH (ABDUL WAHAB BIN ABDUL RAHMAN BIN RUSTUM) DENGAN GERAKAN REFORMASI DAKWAH SHEIKH MUHAMMAD BIN ABDUL WAHAB Tulisan Dr Muhammad Bin Saad Al-Syuwai'ir Ketua Pengarang Majalah Al-Buhuth Al-Islamiyah Konflik yang berlaku ke atas dakwah Syeikh Muhammad Bin Abdul Wahab telah memberi ruang untuk penjenamaan kepada label " al-Wahhabiyah" sebagai tohmahan melulu kepadanya. Sebagaimana perkara ini telah digerakkan oleh beberapa puak Tarekat Sufi untuk kemaslahatan mereka bagi mengaburi mata orang awam. Perbuatan tersebut juga memberi kelebihan kepada musuh Islam yang sentiasa memerhatikan dan memastikan umat Islam diperkotak-katikan. Mereka menanam benih-benih kejahatan dan perselisihan di antara sesama Islam. Kerana mereka begitu mengerti akan bakal dibuat oleh cerdik pandai ini dan cuba mengembangkannya. Isu ini sering kali telah diperkatakan dan selalu ditulis dalam pelbagai makalah. Apa yang menjadi dorongan kep...