Jika diberi pilihan antara berehat dan bekerja, agaknya manakah pilihan kita? Rasanya majoriti lebih memilih rehat kalau dengan rehat juga boleh mendatangkan duit.
Jika diberi pilihan lain antara: (1) berehat kerana sakit; (2) sihat dan bekerja 10 jam sehari dengan fail yang betimbun di atas meja. Rasanya ramai yang memilih yang kedua. Tiada maknanya rehat kalau terpaksa menanggung kesakitan. Fizikal menderita mental terseksa.
Mulalah terbayangkan macam-macam perkara nak buat. Kalaulah sihat dapat juga aku baca semuka dua al-quran. Tak dapatlah aku nak berjamaah di masjid. Nak buat keja macam mana ni. Kerja banyak, nak buat tak boleh. Kalaulah aku sihat.

ke wad kecemasan Hospital Seberang Jaya
Tapi masa sihat pula jangankan nak sentuh al-quran, menjeling pun tidak. Ketika azan ditariknya lagi kain selimut menutup dari kaki sampai kepala. Kerjanya lagi bertangguh-tangguh.
Sungguh bagai dikata, nikmat itu mula dirasai bila ia hilang. Ketika sihat langsung tidak dihargai dan terbuang begitu sahaja.
Sungguhpun begitu sebagai manusia, sakit itu adalah bicara Allah dengan hambanya. Allah mengingatkan hamba-Nya untuk bermuhasabah. Mengingatkan tentang kebesaran-Nya dan kekerdilan seorang hamba. Juga mahu menunjukkan betapa kasihnya Allah kepada sang hamba lantas diingatkan supaya tidak jauh terlajak.

Beruntunglah orang-orang yang beriman, jika sihat mereka bersyukur dan ketika sakit mereka sabar. Sama ada syukur atau sabar, kedua-duanya baik di sisi Allah. Kedua-duanya mengingatkan mereka kepada Allah.
Ulasan