Rasanya ramai sudah maklum dengan situasi terkini di Perak. Tak perlu lagi ulasan kalau sekadar memanaskan hati, menyakitkan mata dan memedihkan telinga. Hanya luahan simpati menyedari demokrasi yang kononnya selama ini berada di tempat tertinggi dicemari dengan ketamakan terhadap kuasa yang sebenarnya menjadi hak orang lain. Terdesak untuk menunjuk lagak kuasa, undang-undang ditelanjangkan. Peraturan diletakkan di bawah tapak kaki sendiri. Orang yang tidak bersalah ditangkap, diheret serta dipenjarakan. Sedang mereka yang mempermainkan undang-undang dibiarkan lepas bebas. Pasukan keselamatan pula diperkudakan dan rela diperkudakan.
Dan malanglah apabila sepasukan penjawat awam yang menanggung amanah rakyat untuk menjaga keselamatan dan kemananan negara dengan memperolehi pendapatan bulanan dari cukai yang dibayar rakyat keseluruhannya tetapi bertindak sebaliknya dengan menjaga keselamatan dan keamanan pihak tertentu sahaja. Fikirkan kalau rakyat tidak reda dengan penyelewengan yang dilakukan terhadap wang mereka. Diulangi, WANG RAKYAT BUKAN WANG UMNO!!!!
Buat rakyat Perak, jangan sekali-kali dilupakan sejarah hitam ini. Sematkan di hati keazaman untuk menjatuhkan UMNO/BN dalam pilihanraya akan datang. Biar mereka faham dalam sebuah negara demokrasi, kuasa sebenar adalah kuasa rakyat. Kita humban,mereka jauh di dasar Tasik Banding dan jangan biar mereka timbul lagi untuk membuat kacau. Sekiranya ada janji-janji manis dihamburkan, ingatlah itu semua penuh dengan kepalsuan semata-mata mahu memikat simpati rakyat.
Pemberontak UMNO/BN terbukti jahat. Menyokong mereka sama seperti menyokong kejahatan yang telah dan bakal mereka lakukan. Kaedah usul fiqh ada menyebut, “ar-ridha bi syai-in ridha bima yatawalladu minhu” yang bermaksud, meredai sesuatu bererti meredai hal-hal yang berlaku kerananya.
Tolak UMNO/BN. Selamatkan demokrasi. Kembalikan keamanan dan kesejahteraan. Sokong Pakatan Rakyat.
Ulasan
Melayu jangan lagi mudah lupa.