Langkau ke kandungan utama

Mereka yang zalim

Rasanya ramai sudah maklum dengan situasi terkini di Perak. Tak perlu lagi ulasan kalau sekadar memanaskan hati, menyakitkan mata dan memedihkan telinga. Hanya luahan simpati menyedari demokrasi yang kononnya selama ini berada di tempat tertinggi dicemari dengan ketamakan terhadap kuasa yang sebenarnya menjadi hak orang lain. Terdesak untuk menunjuk lagak kuasa, undang-undang ditelanjangkan. Peraturan diletakkan di bawah tapak kaki sendiri. Orang yang tidak bersalah ditangkap, diheret serta dipenjarakan. Sedang mereka yang mempermainkan undang-undang dibiarkan lepas bebas. Pasukan keselamatan pula diperkudakan dan rela diperkudakan. 

Dan malanglah apabila sepasukan penjawat awam yang menanggung amanah rakyat untuk menjaga keselamatan dan kemananan negara dengan memperolehi pendapatan bulanan dari cukai yang dibayar rakyat keseluruhannya tetapi bertindak sebaliknya dengan menjaga keselamatan dan keamanan pihak tertentu sahaja. Fikirkan kalau rakyat tidak reda dengan penyelewengan yang dilakukan terhadap wang mereka. Diulangi, WANG RAKYAT BUKAN WANG UMNO!!!!  

Justeru saya bersama sekalian rakyat Perak dan seluruh pencinta keadilan mengutuk dengan sekerasnya segala tindakan kerajaan pemberontak UMNO/BN yang jelas biadab lagi mencemarkan nilai-nilai murni rakyat Malaysia.

Buat rakyat Perak, jangan sekali-kali dilupakan sejarah hitam ini. Sematkan di hati keazaman untuk menjatuhkan UMNO/BN dalam pilihanraya akan datang. Biar mereka faham dalam sebuah negara demokrasi, kuasa sebenar adalah kuasa rakyat. Kita humban,mereka jauh di dasar Tasik Banding dan jangan biar mereka timbul lagi untuk membuat kacau. Sekiranya ada janji-janji manis dihamburkan, ingatlah itu semua penuh dengan kepalsuan semata-mata mahu memikat simpati rakyat.

Pemberontak UMNO/BN terbukti jahat. Menyokong mereka sama seperti menyokong kejahatan yang telah dan bakal mereka lakukan. Kaedah usul fiqh ada menyebut, “ar-ridha bi syai-in ridha bima yatawalladu minhu” yang bermaksud, meredai sesuatu bererti meredai hal-hal yang berlaku kerananya.

Tolak UMNO/BN. Selamatkan demokrasi. Kembalikan keamanan dan kesejahteraan. Sokong Pakatan Rakyat.

Ulasan

Pang5 berkata…
"Buat rakyat Perak, jangan sekali-kali dilupakan sejarah hitam ini. Sematkan di hati keazaman untuk menjatuhkan UMNO/BN dalam pilihanraya akan datang."

Melayu jangan lagi mudah lupa.
Na'im Nikmat berkata…
ALLAH akan bersama orang-orang yang benar.Rakyat Perak tidak akan berdiam diri kerana tiada istilah 'Mengalah' dalam kamus hidup rakyat Perak.Yang ada cuma slogan perjuangan'berjuang sehingga terkuburnya UMNO/BN dimuka bumi Perak tercinta..

Catatan popular daripada blog ini

Tulang atau lebihan daging korban dan akikah

Mungkin agak terlewat untuk saya berbicara mengenai tajuk ini memandangkan musim korban sudah pun berakhir. Namun saya percaya masih terdapat saki baki daging korban yang masih menjadi hidangan kita dalam beberapa hari ini. Di samping itu saya juga masih tidak terlepas dari pertanyaan beberapa kenalan mengenai bagaimana harus diperlakukan ke atas tulang dan lebihan daging yang menjadi korban atau akikah. Tanpa menafikan tentang kefahaman yang dibawa sejak berzaman tentang wajibnya menanam tulang dan sisa daging sama ada mentah atau yang telah di masak, saya bersyukur kerana didedahkan dengan pandangan yang berbeza dan meyakinkan sekaligus memadam kekaburan terhadap pandangan terdahulu yang menyusahkan. Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan. Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah ha...

Tahlil dalam Majlis Akikah

Satu lagi program tahunan surau telah disempurnakan kelmarin dengan muafakat penduduk. Program yang saya namakan Akikah Perdana merupakan program yang diletakkan di bawah tanggungjawab saya sebagai pengerusinya. Walaupun diadakan pada 27hb. Rejab ia tidaklah sempena sambutan Isra' dan Mi'raj tetapi mengambil kesempatan negeri Kedah bercuti pada hari tersebut. Seekor lembu ditumbangkan sebagai memenuhi hajat peserta-peserta yang mengambil bahagian menjamu hampir 1000 orang yang hadir. Lebih menggembirakan apabila nasi serta lauk pauk dapat dihabiskan sama ada dimakan atau di bawa pulang, memudahkan petugas menjalankan kerja-kerja membersih dan mengemas kembali. Cuma yang agak kurang menyenangkan saya apabila dengan tidak semena-mena tuan penasihat surau yang selama ini melantik dirinya sendiri sebagai imam surau mengajak hadirin bertahlil tanpa berbincang dengan saya terlebih dahulu. Sememangnya beliau sangat mahir mengetuai majlis-majlis bacaan yasin, tahlil dan doa selamat. Se...

Benarlah kata Imam Syafi'e

Petang semalam saya sekeluarga makan di Kedai nasi kandar Husain. Memang popular kedai ini bagi masyarakat sekitar Sungai Petani tak kira Melayu, India atau Cina. Anak saya, minta nasi dan seketul ayam tandori berharga RM4.50. Besar saiznya lalu saya fikir boleh makan untuk tiga orang. saya pun minta supaya ketul ayam itu dipotong. Tahu apa kata pekerjanya? " Tak ada benda nak potong ." Tu dia, sikit punya besar kedai, pisau nak potong ayam pun tak ada! Selepas makan kami singgah di kedai buku Hasani. Saja nak tengok buku-buku baru. Khabarnya buku terbaru Kang Abik sudah di pasaran. Sedang asyik meninjau buku-buku di rak, telinga sempat menangkap perbualan seorang lelaki dengan dua orang perempuan muda. Tak pasti bagaimana saya boleh tertarik dengan perbualan mereka cuma suara lelaki itu sangat kuat dan boleh didengari seluruh kedai. Mulanya saya fikir lelaki tersebut salah seorang pekerja di situ sebaliknya bukan. Tapi dua wanita itu memang pekerja di situ melihat kepada t...