Langkau ke kandungan utama

Degilnya UMNO

Sudah banyak pihak tampil mencadangkan supaya DUN dibubarkan sebagai jalan penyelesaian kemelut politik yang melanda negeri Perak. Terbaru, SUHAKAM turut menyatakan hal yang sama. Petang tadi pula laporan menyatakan bahawa veteran UMNO, Tengku Razaleigh dan Gerakan Pulau Pinang bernada serupa termasuk juga meminta supaya Zambry menghentikan proseding mahkamah. Dua malam lepas melalui slot Agenda Awani jam 8.00 malam, semua panelis sepakat agar DUN dibubarkan untuk menamatkan krisis yang terus berhadapan jalan buntu. Semua panelis yang diundang pula bukan calang-calang orang. Baik Saudara Nobisha, Dr. Abu Hasan mahupun Prof. Saleh Buang adalah golongan profesional yang sentiasa mendekati dan mengkaji kemahuan rakyat selain YB. Yusmadi yang turut serta sebagai salah seorang panelis.

Selain YB Yusmadi, tiga yang lain bukanlah orang politik dan tidak juga terikat dengan mana-mana parti politik serta sentiasa jujur ketika mengutarakan pendapat dalam isu apa sekalipun. Lama sebelum itu, sebelum berlakunya pemberontakan dan rampasan kuasa, sebelum Dato’ Seri Nizar dilucutkan kuasa, melalui Astro Awani juga para penonton dihadapkan dengan bentuk penyelesaian yang sama iaitu BUBAR DUN.

Sedang UMNO yang kononnya membela dan prihatin terhadap nasib rakyat bertindak menyongsang arus. Sedaya upaya mereka menentang dan cuba menggagalkan usaha kerajaan negeri yang sah memohon perkenan Tuanku Sultan Perak untuk membubarkan DUN. Malah peguam Zambry sendiri, Cecil Abraham ketika berhujah mengemukakan rayuannya menyebut tentang cubaan menghalang MB Perak yang sah menghadap Sultan memohon perkenan membubarkan DUN.

Selain itu, Zahid Hamidi pula kononnya mempunyai jalan lain untuk penyelesaian di Perak. Seperti pemimpin yang lain, baginya DUN Perak tidak perlu dibubarkan. Kenyataannya jelas menafikan pandangan bukan sahaja dari kalangan cerdik pandai malah pandangan SUHAKAM yang merupakan suruhanjaya yang ditubuh dan ahlinya dipilih sendiri oleh kerajaan UMNO/BN. Bahkan ia seperti melanggar arahan Presiden UMNO sendiri ketika mengumumkan barisan kabinet supaya kerajaan tidak menjadi 'orang yang lebih tahu'. Terbukti dalam hal ini sama ada UMNO Pusat mahupun UMNO negeri telah berlagak menjadi orang yang lebih tahu dan menganggap pula orang lain tidak tahu. Memang itulah amalan UMNO. Cakap lain bikinnya lain.

Kenyataannya, UMNO/BN sudah terlalu fobia dengan pilihanraya. Trauma dari pilihanraya-pilihanraya kecil yang terdahulu cukup memeritkan. Mereka bukan sahaja tidak yakin akan menang, malah menjangkakan lebih banyak kerusi akan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat. Mereka cukup sedar rakyat Perak tidak lagi bersama mereka. Gah mereka hanya di dada akhbar di skrin tv semata-mata. Sedangkan di tengah-tengah rakyat jelata mereka dipandang jelek dan memualkan.

Justeru melalui cara yang dayus ini sahaja mereka mampu berkuasa. Itupun dengan cara haram dan telah terbukti haram. Sungguh muka tak malu tatkala lensa kamera dihadapkan ke wajah, masih mahu tersengih megah.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tulang atau lebihan daging korban dan akikah

Mungkin agak terlewat untuk saya berbicara mengenai tajuk ini memandangkan musim korban sudah pun berakhir. Namun saya percaya masih terdapat saki baki daging korban yang masih menjadi hidangan kita dalam beberapa hari ini. Di samping itu saya juga masih tidak terlepas dari pertanyaan beberapa kenalan mengenai bagaimana harus diperlakukan ke atas tulang dan lebihan daging yang menjadi korban atau akikah. Tanpa menafikan tentang kefahaman yang dibawa sejak berzaman tentang wajibnya menanam tulang dan sisa daging sama ada mentah atau yang telah di masak, saya bersyukur kerana didedahkan dengan pandangan yang berbeza dan meyakinkan sekaligus memadam kekaburan terhadap pandangan terdahulu yang menyusahkan. Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan. Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah ha...

Apa ada pada jawatan?

Apa ada pada jawatan? Mungkin ada segelintir orang yang bertanyakan hal ini bahkan sememangnya ada. Mereka ini tidak menunjukkan sebarang minat untuk berebut jawatan malah ditawar pun terasa berat menerimanya. Kalau setakat nak buat kerja, ahli biasa pun boleh buat. Lagi senang, tak payah sakit-sakit kepala. Hakikatnya pada jawatan ada segalanya. Selain beban dan tanggungjawab, pada jawatan itu juga ada wang, harta, kuasa, pengaruh dan glamour. Tak kira di peringkat mana sekalipun, sehingga rumah Allah juga bisa menjadi medan berebut jawatan. Masakan tidak andai perebutan itu mendatangkan hasil lumayan seperti yang diimpikan. Ada jawatan, berkuasa kita. Atau dengan jawatan boleh mengumpul wang dan harta. 'Alah', gaji ketua kampung bukan banyak pun. Tak mengapa glamournya ada. Pergi ke mana orang pandang, orang layan. Kalau kenduri orang lain makan ambil sendiri, tapi kita makan berhidang. Banyak lagi sebenarnya nikmat berjawatan. Kita biasa mendengar cerita ulama silam terlalu...

Tahlil dalam Majlis Akikah

Satu lagi program tahunan surau telah disempurnakan kelmarin dengan muafakat penduduk. Program yang saya namakan Akikah Perdana merupakan program yang diletakkan di bawah tanggungjawab saya sebagai pengerusinya. Walaupun diadakan pada 27hb. Rejab ia tidaklah sempena sambutan Isra' dan Mi'raj tetapi mengambil kesempatan negeri Kedah bercuti pada hari tersebut. Seekor lembu ditumbangkan sebagai memenuhi hajat peserta-peserta yang mengambil bahagian menjamu hampir 1000 orang yang hadir. Lebih menggembirakan apabila nasi serta lauk pauk dapat dihabiskan sama ada dimakan atau di bawa pulang, memudahkan petugas menjalankan kerja-kerja membersih dan mengemas kembali. Cuma yang agak kurang menyenangkan saya apabila dengan tidak semena-mena tuan penasihat surau yang selama ini melantik dirinya sendiri sebagai imam surau mengajak hadirin bertahlil tanpa berbincang dengan saya terlebih dahulu. Sememangnya beliau sangat mahir mengetuai majlis-majlis bacaan yasin, tahlil dan doa selamat. Se...