Petang semalam saya sekeluarga makan di Kedai nasi kandar Husain. Memang popular kedai ini bagi masyarakat sekitar Sungai Petani tak kira Melayu, India atau Cina. Anak saya, minta nasi dan seketul ayam tandori berharga RM4.50. Besar saiznya lalu saya fikir boleh makan untuk tiga orang. saya pun minta supaya ketul ayam itu dipotong. Tahu apa kata pekerjanya? "Tak ada benda nak potong." Tu dia, sikit punya besar kedai, pisau nak potong ayam pun tak ada!
Selepas makan kami singgah di kedai buku Hasani. Saja nak tengok buku-buku baru. Khabarnya buku terbaru Kang Abik sudah di pasaran. Sedang asyik meninjau buku-buku di rak, telinga sempat menangkap perbualan seorang lelaki dengan dua orang perempuan muda. Tak pasti bagaimana saya boleh tertarik dengan perbualan mereka cuma suara lelaki itu sangat kuat dan boleh didengari seluruh kedai. Mulanya saya fikir lelaki tersebut salah seorang pekerja di situ sebaliknya bukan. Tapi dua wanita itu memang pekerja di situ melihat kepada tanda nama yang dipakai.
Saya terpaksa melalui kawasan mereka yang sedang berbual untuk ke rak buku-buku agama. Saya lihat lelaki itu yang lebih banyak bercakap manakala dua wanita tadi sekadar mengangguk sahaja. Dari perbualan mereka saya yakin lelaki tersebut adalah pengikut ajaran tarekat. Saya cuba amati isi percakapannya. Antara lain:
Imam al-Baihaqi yang bermazhab asy-Syafi'e telah menukil dari qaul Imam asy-Syafie dan beliau menjelaskan bahawa Imam asy-Syafi'e sangat benci terhadap golongan sufi atau tasawuf. Imam asy-Syafi'e berkata: “Tasawuf dibina di atas kemalasan, jika sekiranya seorang lelaki menganut sufi (tasawuf) diawal siang (pagi hari), tidak akan sampai ke Zohor dia akan menjadi seorang yang biul atau dungu”. Lihat: مصرع التصوف أو تنبيه الغبي إلى تكفير ابن عربي
Pada petang semalam di kedai Buku Hasani, saya melihat kebenaran kata-kata Imam asy-Syafi'e pada lelaki itu.
Imam asy-Syafi'e berkata lagi: “Sesiapa bergabung dengan agama sufi maka dia adalah seorang zindik, atau dengan ibarat yang lebih jelas: (Apabila seseorang menjadi) sufi, maka penganut sufi samalah seperti seorang yang menentang kebenaran iman”. Lihat: As-Silatu Baina at-Tasawuf wa-Tasya’u. hlm. 467. Dr. Kamal Mustafa.

- Syeikh Tarekat mengetahui perkara-perkara ghaib.
- Ada seorang Tok Syeikh Tarekat yang sudah tahu siapa akan jadi MB Kedah sebelum pilihanraya 2008 lagi.
- Ada lagi seorang Tok Syeikh yang pernah telefon dan memberitahu Tun Abdullah Badawi bahawa beliau akan jadi PM selepas Tun Dr. Mahathir.
- Kaum Muda atau Wahabi sesat kerana menolak qias dan ijmak ulamak.
- Imam Mahadi nanti mula-mula akan memerangi puak Wahabi dulu sebelum berperang dengan Syiah, Yahudi dan lain-lain.
- Nak belajar tarekat kena ambil masa 10 tahun.

Ulasan