- Malam ini saya terima jemputan kenduri rumah jiran. "Nak 'buat yaasin' sikit", katanya. Saya faham maksudnya.
- Malam ini juga saya harus menghadiri kelas bahasa Arab yang telah ditetapkan jadualnya lebih awal.
- Saya tak perlu berfikir panjang untuk menentukan yang manakah lebih utama. Saya memilih untuk menghadiri kelas Bahasa Arab.
- Siapa yang tak suka kalau dijemput makan kenduri? Sedaya upaya saya akan penuhinya kalau tiada kerja lain yang lebih patut diberi keutamaan.
- Cuma saya selalu berasa berat hati sekiranya ia disertai dengan jemputan tahlil, baca yaasin atau doa selamat.
- Saya jadi keliru dengan kehendak sebenarnya tuan rumah. Jemputan mahu dijamu atau diminta supaya mendoakan keselamatan tuan rumah beserta keluarganya yang masih hidup dan yang dah lama meninggal dunia? Selepas doa dibaca, jemputan diupah dengan nasi.
- Saya selalu berfikir begini: (i) Tuan rumah kata, "kalau nak makan, kena baca doa untuk kami dulu." (ii) Jemputan pula kata, "kalau nak suruh kami baca doa, bagi kami makan selepas berdoa."
- Entahlah. he.. he..
Kelmarin saya dan keluarga bercuti ke Pasir Salak. Hajat hati mahu membawa anak-anak meninjau dan mempelajari sesuatu dari peristiwa bersejarah yang pernah berlaku di sana satu ketika dahulu. Maklumlah sekarang dalam mengharungi sistem pendidikan yang mengutamakan Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris, sejarah bangsa sendiri pun tidak diambil berat. Berbanding zaman pendidikan sekitar tahun 1980-an dahulu, Sejarah merupakan salah satu subjek dalam Peperiksaan Penilaian Darjah 5 yang menjadi ukuran kejayaan seseorang murid di sekolah rendah. Kesesakan di tol Cangkat Jering. Mereka nak ke mana? Kami sampai sekitar jam 3.30 petang setelah mengharungi empat jam dan sejauh 270 kilometer perjalanan. Sebenarnya saya tersalah arah. Sebabnya sebaik keluar dari lebuhraya Timur Barat mengikut susur keluar Cangkat Jering, langsung tidak ada papan tanda arah ke Pasir Salak. Sehinggalah kami sampai di satu simpang, ikut kiri ke Ipoh manakala ikut kanan menunjukkan arah ke Lumut. Saya ikut jalan kanan...
Ulasan