Langkau ke kandungan utama

Kumpul sijil



"Masa kat maktab ni, kita himpun sijil banyak-banyak." Kata seorang senior dalam pelat Kelantannya. Ketika itu saya baru bergelar guru pelatih di Maktab Perguruan Kota Bharu (sekarang Institut Perguruan Kota Bharu). "Nanti bila temuduga, pegawai yang menemuduga akan tengok sijil kita terus tak cakap banyak. Senang nak lulus temuduga." Sambung senior itu lagi. Di sebelahnya ada fail yang penuh dengan sijil. Nampak bangga dia dengan sijil-sijilnya.

Mengingatkan pesan 'abang senior', segala aktiviti di maktab disertai semaksimum mungkin. Tak cukup lagi, masuk persatuan dan bertanding jawatan pula. Kalau ditawar sebarang jawatan, bukan main seronok lagi. Hampir-hampir bertanding jawatan Naib EXCO, tapi tarik diri menjelang penamaan calon sebab tak yakin boleh buat kerja. Menang dah tentu kerana duduk dalam kem yang ada pengaruh besar. Semuanya gara-gara nak kumpul sijil dan nak tunjuk semasa temuduga jawatan nanti.

"Susun sijil-sijil mengikut urutan seperti yang dinyatakan dalam surat panggilan." Kata pegawai temuduga. Dah lupa nama dia. Lama dah!!!

"Sijil-sijil penyertaan, penghargaan dan lain-lain nak sertakan sekali?" Tanya saya.

"Tak payah. Kami tak nak tengok sijil-sijil tu." Balas pegawai itu.

Peggghhhh!!!!! Baru ada akai. Kenapalah dulu tak tanya senior tu, hang tau mana? Hang dah pernah pi temuduga ka? Hang pun mengaji tak habih lagi. Kuang kuang kuang. Belum jadi cikgu dah kena kelentong.

Teringat peristiwa itu, tersenyum sendiri. Moral of the story, jangan cakap benda yang kita tak pasti. Walaubagaimanapun, semua itu tetap ada nilainya. Nilainya bukan pada sijil tapi pada pengalaman.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pasir Salak Resort yang mahal tapi tak ada air dan Sejarah yang diabaikan

Kelmarin saya dan keluarga bercuti ke Pasir Salak. Hajat hati mahu membawa anak-anak meninjau dan mempelajari sesuatu dari peristiwa bersejarah yang pernah berlaku di sana satu ketika dahulu. Maklumlah sekarang dalam mengharungi sistem pendidikan yang mengutamakan Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris, sejarah bangsa sendiri pun tidak diambil berat. Berbanding zaman pendidikan sekitar tahun 1980-an dahulu, Sejarah merupakan salah satu subjek dalam Peperiksaan Penilaian Darjah 5 yang menjadi ukuran kejayaan seseorang murid di sekolah rendah. Kesesakan di tol Cangkat Jering. Mereka nak ke mana? Kami sampai sekitar jam 3.30 petang setelah mengharungi empat jam dan sejauh 270 kilometer perjalanan. Sebenarnya saya tersalah arah. Sebabnya sebaik keluar dari lebuhraya Timur Barat mengikut susur keluar Cangkat Jering, langsung tidak ada papan tanda arah ke Pasir Salak. Sehinggalah kami sampai di satu simpang, ikut kiri ke Ipoh manakala ikut kanan menunjukkan arah ke Lumut. Saya ikut jalan kanan...

Ulama Syiah cium tangan perempuan

Jom sebarkan gambar ulama syiah ni, Depan nampak Anti kuffar, belakang cium tangan perempuan mereka, Da tengok ahmedinijad peluk ibu presiden Venezuela ??? Itulah kepuraan2 puak syiah yg perlu kita tahu ... Sebarkan yerr jangan biarkan syiah meratah daging umat Islam... Akhir zaman ni Yahudi akan jadi kawan baik mereka spt yg hadis sahih jelaskan... :: Dari Facebook Ustaz Zahazan Mohamed

Tulang atau lebihan daging korban dan akikah

Mungkin agak terlewat untuk saya berbicara mengenai tajuk ini memandangkan musim korban sudah pun berakhir. Namun saya percaya masih terdapat saki baki daging korban yang masih menjadi hidangan kita dalam beberapa hari ini. Di samping itu saya juga masih tidak terlepas dari pertanyaan beberapa kenalan mengenai bagaimana harus diperlakukan ke atas tulang dan lebihan daging yang menjadi korban atau akikah. Tanpa menafikan tentang kefahaman yang dibawa sejak berzaman tentang wajibnya menanam tulang dan sisa daging sama ada mentah atau yang telah di masak, saya bersyukur kerana didedahkan dengan pandangan yang berbeza dan meyakinkan sekaligus memadam kekaburan terhadap pandangan terdahulu yang menyusahkan. Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan. Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah ha...