Sukar untuk meluahkan, tapi hakikatnya ia adalah satu khabar sedih.
Petang kelmarin ketika dalam perjalanan pulang dari sekolah saya menerima mesej yang memaklumkan bahawa sahabat merangkap tetangga saya, En. Faizal telah kembali ke rahmatullah. (انا لله وانا اليه راجعون). Ia pasti mengejutkan. Dua tiga hari lepas, Allahyarham melaungkan azan di Surau al-Muhtadin menyeru solat Zuhur berjamaah. Pada hari itu juga, saya bersolat di sebelahnya. Bahu saya menyentuh bahunya tanpa menyangka itulah kali terakhir kami mendengar suara azannya. Sungguh ia adalah rahsia Allah yang tiada makhluk mampu mengungkapnya. DariNYA kita datang dan kepadaNYA kita kembali.
Allahyarham bertugas sebagai pensyarah di Kolej Komuniti Kepala Batas, Pulau Pinang. Khabarnya Allahyarham mengalami serangan jantung ketika menghadiri kursus kelolaan majikannya di Kuala Lumpur. Justeru kami para tetangga hanya menerima berita melalui isteri Allahyarham. Dari KL jenazah akan dibawa terus ke kampung halaman Allahyarham di Kodiang, Kedah dan akan dikebumikan pagi ini.
Allahyarham Faizal merupakan Ketua Komuniti (MKK) bagi kawasan kejiranan Amanjaya Zon Kenanga. Beliau diamanahkan oleh pihak PAS Cawangan Zon Kenanga selaku MKK yang pertama sebaik sahaja Pakatan Rakyat mengambil allih teraju pemerintahan negeri Kedah. Namun sejak kebelakangan ini, terdengar ura-ura Allahyarham akan melepaskan jawatannya mungkin kerana masalah kesihatannya. Allahyarham pernah menerima rawatan di Unit Rawatan Jantung(CCU), Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani.
Allahyarham juga merupakan orang kuat di sebalik tertubuhnya Jawatankuasa Penaja Masjid bagi kariah Amanjaya Zon Kenanga dan Zon Mawar. Usahanya bersama Ustaz Amran untuk berpecah dengan kariah Masjid Taman Bandar Baru. Sehingga hari ini proses tersebut masih berjalan. Inilah jasa yang cukup besar yang ditinggalkan Allahyarham untuk kebaikan penduduk sekitar Amanjaya Zon Kenanga dan Zon Mawar kerana apabila proses ini selesai dan diluluskan kami tidak perlu berkongsi masjid lagi. Marilah kita mendoakan semoga Allah menerima usahanya sebagai satu jariah dan menempatkan rohnya bersama para anbiya', auliya', siddiqin, syuhada' dan salihin.

اللهم اغفرله وارحمه وعافه واعف عنه . ءامين
Ulasan