Sudah lama saya mengidam makan nasi dengan ulam cicah tempoyak campur budu. Satu ketika dulu, saya pernah menggemparkan kantin Maktab Perguruan Kota Bharu dengan bau tempoyak sehingga semua mata berpaling ke arah saya. Apa lagi kalau bukan baunya yang masam-masam kewangian. Itulah kali terakhir saya menikmati keenakan tempoyak dan budu yang digaul bersama.
Saya pernah berkongsi rasa dengan seorang jiran dengan bercerita mengenainya. Selepas mencuba beliau mengakui keenakannya. Sejak itu juga, beliau tak lupa menghadiahkan saya sebotol budu yang dibelinya kalau sesekali turun ke Kelantan.
Dua tiga hari lepas, saya terpandang sebekas tempoyak di dapur rumah emak. Kebetulan di rumah pula telah tersedia sebotol budu yang belum sampai setengah diusik. Apa lagi, mulalah berkecur. Dengan penuh diplomasi saya mula dengan menanyakan kalau-kalau ada ulam yang di tanam sekitar rumah. Selepas minta ulam, buat-buat tanya kalau-kalau ada asam durian. Kalau dah namanya emak, mana sanggup tengok anak kempunan nak makan tempoyak.
Tanpa membuang masa, saya pun bermula dengan sesudu besar tempoyak dan dua sudu besar budu lalu digaulkan bersama dalam piring kecil. Kemudian saya rendamkan ulam yang entah apa namanya lalu dengan perlahan-lahan saya masukkan ke dalam mulut dan mengunyahnya perlahan-lahan. Menikmati. Empat kali suap, dah selesai. Saya ulangi langkah yang pertama tadi. Dan ulang dan ulang sampai habis dua pinggan nasi. Bakinya saya simpan dalam peti ais untuk misi melepaskan kempunan tempoyak budu pada keesokannya.

Ulasan