Petang tadi surau al Muhtadin dikunjungi Timbalan Presiden UMNO yang baru, Muhyidin Yasin. Rombongannya disertai bekas MB, Mahadir Khalid dan Ketua UMNO Merbok, Tajul Urus. Konon datangnya nak bertanya khabar lalu dijanjikan RM100,000 untuk penambahbaikan surau. Alhamdulillah, kami di sini bukan main bersyukur lagi sebab orang besar negara bukan saja datang tengok surau tapi siap hulur lagi. Itu bukan projek segera tau. Sebab projek tu nak jadi atau tak jadi bergantung kepada siapa yang menang. Selepas solat maghrib saya bersembang dengan pengerusi surau dan beberapa jamaah yang lain. Berbincang tentang janji petang tadi. Macam-macam andaian, antara percaya dengan tidak. Saya berpendapat jangan terlalu berharap dengan janji itu. Takut nanti tak dapat, kita juga yang frust . Lagi pun bukannya kita tak faham lagi dengan perangai depa. Ini bukan kali pertama pilihanraya kecil berlaku dalam negara. Asal ada pilihanraya kecil mereka tampil dengan perwatakan serupa. Janji kemudian bohong dah