Langkau ke kandungan utama

Nasihat untuk para penuntut ilmu

Seorang pemuda telah meminta nasihat dari Syeikh Shalih bin Abdul Aziz Ali Syaikh . Kata pemuda itu, "saya tidak mampu menjadi “Syeikh Rabbani”, kerana saya tidak mempunyai kecerdasan yang kuat dan kelemahan-kelemahan lainnya. Lalu apa nasihat tuan kepada saya?"

Bagi menjawab persoalan itu Syeikh Shalih berkata, "saya menasihatimu sebagaimana saya telah menasihati saudaramu sebelum ini. Bukanlah syarat penuntut ilmu itu harus menjadi seorang alim rabbani. Mohonlah hidayah dari Allah. Sesungguhnya kamu tidak mengetahui jika kamu mampu untuk mendalami ilmu lalu menjadi seorang alim yang terkemuka, adakah ia satu kebaikan atau keburukan bagi kamu."

Seseorang yang menuntut ilmu hendaklah memantapkan tujuannya semata-mata bermaksud menghilangkan kebodohan dari diri sendiri. Selain mengharapkan reda Allah dan berniat agar hati dan anggota tubuh menjadi baik.

Maka tuntutlah ilmu, jika Allah menjadikan kamu seorang alim rabbani, ini adalah kurnia dan nikmat Allah, dan pengetahun tentang hal ini hanya ada padaNya. Dan kalau tidak demikian halnya, maka kamu adalah seorang penuntut ilmu. Allah berfirman yang bermaksud, "Dan Tuhanmu menciptakan apa yang Dia kehendaki dan memilihnya. Sekali-kali tidak ada pilihan bagi mereka. Maha Suci Allah dan Maha Tinggi dari apa yang mereka persekutukan” [Al-Qashas : 68]

Saya memohon kepada Allah agar memberi hidayah untuk kamu dan saudara-saudara kamu sekalian. Bagi mereka yang mengharapkan kebaikan dan belum mendapatkan apa yang diharapkan, saya nasihati dengan syair dari Syinqithi, “Wahai pemuda janganlah berburuk sangka terhadap ilmu, kerana sesungguhnya, buruk sangka terhadap ilmu adalah kebinasaan”. Demikian Syeikh Shalih mengakhiri jawapan berupa nasihat dan pedoman buat para penuntut ilmu.


:: Disalin dari Majalah Adz-Dzakhiirah Al-Islamiyyah, Edisi 02 Zulkae'dah 1423/Januari 2003. Diterbitkan : Ma'had Ali Al-Irsyad Jl Sultan Iskandar Muda 45 Surabaya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pasir Salak Resort yang mahal tapi tak ada air dan Sejarah yang diabaikan

Kelmarin saya dan keluarga bercuti ke Pasir Salak. Hajat hati mahu membawa anak-anak meninjau dan mempelajari sesuatu dari peristiwa bersejarah yang pernah berlaku di sana satu ketika dahulu. Maklumlah sekarang dalam mengharungi sistem pendidikan yang mengutamakan Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris, sejarah bangsa sendiri pun tidak diambil berat. Berbanding zaman pendidikan sekitar tahun 1980-an dahulu, Sejarah merupakan salah satu subjek dalam Peperiksaan Penilaian Darjah 5 yang menjadi ukuran kejayaan seseorang murid di sekolah rendah. Kesesakan di tol Cangkat Jering. Mereka nak ke mana? Kami sampai sekitar jam 3.30 petang setelah mengharungi empat jam dan sejauh 270 kilometer perjalanan. Sebenarnya saya tersalah arah. Sebabnya sebaik keluar dari lebuhraya Timur Barat mengikut susur keluar Cangkat Jering, langsung tidak ada papan tanda arah ke Pasir Salak. Sehinggalah kami sampai di satu simpang, ikut kiri ke Ipoh manakala ikut kanan menunjukkan arah ke Lumut. Saya ikut jalan kanan...

Ulama Syiah cium tangan perempuan

Jom sebarkan gambar ulama syiah ni, Depan nampak Anti kuffar, belakang cium tangan perempuan mereka, Da tengok ahmedinijad peluk ibu presiden Venezuela ??? Itulah kepuraan2 puak syiah yg perlu kita tahu ... Sebarkan yerr jangan biarkan syiah meratah daging umat Islam... Akhir zaman ni Yahudi akan jadi kawan baik mereka spt yg hadis sahih jelaskan... :: Dari Facebook Ustaz Zahazan Mohamed

Tulang atau lebihan daging korban dan akikah

Mungkin agak terlewat untuk saya berbicara mengenai tajuk ini memandangkan musim korban sudah pun berakhir. Namun saya percaya masih terdapat saki baki daging korban yang masih menjadi hidangan kita dalam beberapa hari ini. Di samping itu saya juga masih tidak terlepas dari pertanyaan beberapa kenalan mengenai bagaimana harus diperlakukan ke atas tulang dan lebihan daging yang menjadi korban atau akikah. Tanpa menafikan tentang kefahaman yang dibawa sejak berzaman tentang wajibnya menanam tulang dan sisa daging sama ada mentah atau yang telah di masak, saya bersyukur kerana didedahkan dengan pandangan yang berbeza dan meyakinkan sekaligus memadam kekaburan terhadap pandangan terdahulu yang menyusahkan. Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan. Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah ha...