Langkau ke kandungan utama

Harapan di Bukit Selambau

Walaupun tarikh penamaan calon masih ada seminggu lagi, pengumuman calon PR dan BN serta beberapa calon bebas menandakan gendang pilihanraya khususnya di Bukit Selambau sudah dipalu. Bahang pilihanraya semakin terasa. Pakatan Rakyat dilihat mendahului lawannya dalam mengatur ceramah dan kempen. Bilik-bilik gerakan PR dipenuhi penyokong dan pendokong parti. Sebaliknya di bilik-bilik gerakan BN lebih bendera dari orang. Seorang teman saya menceritakan, semalam ketika beliau ke pasar malam di pekan Bukit Selambau, beliau melihat bilik gerakan BN di pekan tersebut menayang ceramah pemimpin mereka dengan menggunakan skrin besar. Sambil ketawa teman saya memberitahu, "Tak ada orang langsung. Tempat duduk pun kosong ".

Ketika ini dalam kem UMNO, ahli-ahli UMNO lebih berminat menumpukan perlawanan sesama sendiri menjelang pemilihan parti mereka. Ahli MIC pula dikatakan tidak senang dengan perkembangan terbaru dalam parti yang menyaksikan Samy Vellu kekal sebagai presiden mereka. Perasaan tidak puas hati juga semakin membara bila Ganesan yang menjadi calon BN di Bukit Selambau merupakan proksi Samy Vellu. Gerak kerja mereka kelihatan lembab dan lesu. Masih belum ada yang bikin gempaq. "Depa tak ada hati lagi kut nak berkempen? Tunggu la sikit hari lagi." Fikir saya.

Kelmarin satu perhimpunan pemuda telah diadakan di padang awam Taman Bandar Baru yang turut melibatkan Ketua Pemuda PAS Pusat, YB Salehuddin Ayub. Perhimpunan itu berlangsung dalam dua sesi, sesi petang dan sesi malam. Kehadiran penyokong sangat memberansangkan. Gerai-gerai yang didirikan pula seperti sebuah pasar malam.

Berdasarkan maklumat culaan awal memberi harapan PR mampu mempertahankan kerusi di DUN ini dengan sokongan pengundi khususnya pengundi Cina dan India. Terkini pengundi Siam dikatakan sudah mula menaruh minat untuk menyertai Kelab Penyokong PAS.

Janji PR untuk melantik calonnya sebagai EXCO jika menang juga dapat menarik sokongan pengundi India menyokong PR. Seorang ahli veteran MIC ketika ditanya menyatakan sokongan kepada calon PKR. Dia berharap kemenangan calon PKR memberikan kaum India seorang EXCO sebagai wakil mereka dalam kerajaan negeri. "Ini fikiran orang yang cerdik", kata saya.

Semoga momentum ini berterusan hinggalah tarikh 7 April seterusnya memastikan PR terus kukuh menerajui kerajaan negeri Kedah. Semoga kemenangan ini juga dapat melenyapkan impian jahat Najib untuk meneruskan strategi najisnya merampas kerajaan seperti yang dilakukannya di Perak.

Kedah Sejahtera dan terus sejahtera. Insya Allah.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tulang atau lebihan daging korban dan akikah

Mungkin agak terlewat untuk saya berbicara mengenai tajuk ini memandangkan musim korban sudah pun berakhir. Namun saya percaya masih terdapat saki baki daging korban yang masih menjadi hidangan kita dalam beberapa hari ini. Di samping itu saya juga masih tidak terlepas dari pertanyaan beberapa kenalan mengenai bagaimana harus diperlakukan ke atas tulang dan lebihan daging yang menjadi korban atau akikah. Tanpa menafikan tentang kefahaman yang dibawa sejak berzaman tentang wajibnya menanam tulang dan sisa daging sama ada mentah atau yang telah di masak, saya bersyukur kerana didedahkan dengan pandangan yang berbeza dan meyakinkan sekaligus memadam kekaburan terhadap pandangan terdahulu yang menyusahkan. Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan. Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah ha...

Tahlil dalam Majlis Akikah

Satu lagi program tahunan surau telah disempurnakan kelmarin dengan muafakat penduduk. Program yang saya namakan Akikah Perdana merupakan program yang diletakkan di bawah tanggungjawab saya sebagai pengerusinya. Walaupun diadakan pada 27hb. Rejab ia tidaklah sempena sambutan Isra' dan Mi'raj tetapi mengambil kesempatan negeri Kedah bercuti pada hari tersebut. Seekor lembu ditumbangkan sebagai memenuhi hajat peserta-peserta yang mengambil bahagian menjamu hampir 1000 orang yang hadir. Lebih menggembirakan apabila nasi serta lauk pauk dapat dihabiskan sama ada dimakan atau di bawa pulang, memudahkan petugas menjalankan kerja-kerja membersih dan mengemas kembali. Cuma yang agak kurang menyenangkan saya apabila dengan tidak semena-mena tuan penasihat surau yang selama ini melantik dirinya sendiri sebagai imam surau mengajak hadirin bertahlil tanpa berbincang dengan saya terlebih dahulu. Sememangnya beliau sangat mahir mengetuai majlis-majlis bacaan yasin, tahlil dan doa selamat. Se...

Asalnya Wahhabiyah

TIADA PERKAITAN DENGAN ANTARA AL-WAHHABIYAH AL-RUSTUMIAH (ABDUL WAHAB BIN ABDUL RAHMAN BIN RUSTUM) DENGAN GERAKAN REFORMASI DAKWAH SHEIKH MUHAMMAD BIN ABDUL WAHAB Tulisan Dr Muhammad Bin Saad Al-Syuwai'ir Ketua Pengarang Majalah Al-Buhuth Al-Islamiyah Konflik yang berlaku ke atas dakwah Syeikh Muhammad Bin Abdul Wahab telah memberi ruang untuk penjenamaan kepada label " al-Wahhabiyah" sebagai tohmahan melulu kepadanya. Sebagaimana perkara ini telah digerakkan oleh beberapa puak Tarekat Sufi untuk kemaslahatan mereka bagi mengaburi mata orang awam. Perbuatan tersebut juga memberi kelebihan kepada musuh Islam yang sentiasa memerhatikan dan memastikan umat Islam diperkotak-katikan. Mereka menanam benih-benih kejahatan dan perselisihan di antara sesama Islam. Kerana mereka begitu mengerti akan bakal dibuat oleh cerdik pandai ini dan cuba mengembangkannya. Isu ini sering kali telah diperkatakan dan selalu ditulis dalam pelbagai makalah. Apa yang menjadi dorongan kep...