Langkau ke kandungan utama

Surau al Muhtadin dapat RM100,000


Petang tadi surau al Muhtadin dikunjungi Timbalan Presiden UMNO yang baru, Muhyidin Yasin. Rombongannya disertai bekas MB, Mahadir Khalid dan Ketua UMNO Merbok, Tajul Urus. Konon datangnya nak bertanya khabar lalu dijanjikan RM100,000 untuk penambahbaikan surau. Alhamdulillah, kami di sini bukan main bersyukur lagi sebab orang besar negara bukan saja datang tengok surau tapi siap hulur lagi. Itu bukan projek segera tau. Sebab projek tu nak jadi atau tak jadi bergantung kepada siapa yang menang.

Selepas solat maghrib saya bersembang dengan pengerusi surau dan beberapa jamaah yang lain. Berbincang tentang janji petang tadi. Macam-macam andaian, antara percaya dengan tidak. Saya berpendapat jangan terlalu berharap dengan janji itu. Takut nanti tak dapat, kita juga yang frust. Lagi pun bukannya kita tak faham lagi dengan perangai depa. Ini bukan kali pertama pilihanraya kecil berlaku dalam negara. Asal ada pilihanraya kecil mereka tampil dengan perwatakan serupa. Janji kemudian bohong dah jadi amalan. Tapi kalau depa bagi, alhamdulillah. Kita doakan moga-moga diberkati rezeki dan diampunkan dosa-dosa mereka. Rakan-rakan jamaah bersetuju dengan saya. Perbincangan tamat dan saya pun angkat kaki beredar sementara yang lain tetap di surau menunggu hingga masuk waktu Isyak.

Dan saya akan ke Kuala Sin menemani YB Abdullah Jusoh-EXCO Kedah- berceramah di sana.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tulang atau lebihan daging korban dan akikah

Mungkin agak terlewat untuk saya berbicara mengenai tajuk ini memandangkan musim korban sudah pun berakhir. Namun saya percaya masih terdapat saki baki daging korban yang masih menjadi hidangan kita dalam beberapa hari ini. Di samping itu saya juga masih tidak terlepas dari pertanyaan beberapa kenalan mengenai bagaimana harus diperlakukan ke atas tulang dan lebihan daging yang menjadi korban atau akikah. Tanpa menafikan tentang kefahaman yang dibawa sejak berzaman tentang wajibnya menanam tulang dan sisa daging sama ada mentah atau yang telah di masak, saya bersyukur kerana didedahkan dengan pandangan yang berbeza dan meyakinkan sekaligus memadam kekaburan terhadap pandangan terdahulu yang menyusahkan. Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan. Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah ha...

Tahlil dalam Majlis Akikah

Satu lagi program tahunan surau telah disempurnakan kelmarin dengan muafakat penduduk. Program yang saya namakan Akikah Perdana merupakan program yang diletakkan di bawah tanggungjawab saya sebagai pengerusinya. Walaupun diadakan pada 27hb. Rejab ia tidaklah sempena sambutan Isra' dan Mi'raj tetapi mengambil kesempatan negeri Kedah bercuti pada hari tersebut. Seekor lembu ditumbangkan sebagai memenuhi hajat peserta-peserta yang mengambil bahagian menjamu hampir 1000 orang yang hadir. Lebih menggembirakan apabila nasi serta lauk pauk dapat dihabiskan sama ada dimakan atau di bawa pulang, memudahkan petugas menjalankan kerja-kerja membersih dan mengemas kembali. Cuma yang agak kurang menyenangkan saya apabila dengan tidak semena-mena tuan penasihat surau yang selama ini melantik dirinya sendiri sebagai imam surau mengajak hadirin bertahlil tanpa berbincang dengan saya terlebih dahulu. Sememangnya beliau sangat mahir mengetuai majlis-majlis bacaan yasin, tahlil dan doa selamat. Se...

Pasir Salak Resort yang mahal tapi tak ada air dan Sejarah yang diabaikan

Kelmarin saya dan keluarga bercuti ke Pasir Salak. Hajat hati mahu membawa anak-anak meninjau dan mempelajari sesuatu dari peristiwa bersejarah yang pernah berlaku di sana satu ketika dahulu. Maklumlah sekarang dalam mengharungi sistem pendidikan yang mengutamakan Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris, sejarah bangsa sendiri pun tidak diambil berat. Berbanding zaman pendidikan sekitar tahun 1980-an dahulu, Sejarah merupakan salah satu subjek dalam Peperiksaan Penilaian Darjah 5 yang menjadi ukuran kejayaan seseorang murid di sekolah rendah. Kesesakan di tol Cangkat Jering. Mereka nak ke mana? Kami sampai sekitar jam 3.30 petang setelah mengharungi empat jam dan sejauh 270 kilometer perjalanan. Sebenarnya saya tersalah arah. Sebabnya sebaik keluar dari lebuhraya Timur Barat mengikut susur keluar Cangkat Jering, langsung tidak ada papan tanda arah ke Pasir Salak. Sehinggalah kami sampai di satu simpang, ikut kiri ke Ipoh manakala ikut kanan menunjukkan arah ke Lumut. Saya ikut jalan kanan...