Langkau ke kandungan utama

Kemuncak kezaliman UMNO

Tindakan menggantung akhbar "Harakah" dan "Suara Keadilan" jelas merupakan tindakan kotor bertujuan memperlahankan gerakan rakyat yang semakin menunjukkan penolakan mereka terhadap UMNO dan BN. Lebih-lebih lagi negara bakal menghadapi tiga pilihanraya kecil yang dijalankan serentak. Ia adalah percubaan menghalang rakyat khususnya pengundi di tiga kawasan tersebut mendapatkan maklumat dari sumber alternatif serta boleh dipercayai.

Azridul bersama para pencinta keadilan yang lain mengutuk tindakan menggantung kedua akhbar tersebut dan menyifatkan sebagai perbuatan melanggar hak asasi manusia dan sangat zalim.

Sejurus pengumuman penggantungan "Harakah" dan "SK", rakyat sekali lagi dinafikan hak apabila ceramah yang melibatkan MB Kedah dan Datuk Seri Anwar di Taman Ria Jaya diganggu dengan kehadiran FRU. Tidak cukup dengan arahan menghentikan ceramah, orang ramai turut dimandikan dengan air kimia dan gas pemedih mata.

Kepimpinan UMNO dan BN sebenarnya tidak sanggup lagi melihat rakyat yang sedikit demi sedikit lari meninggalkan mereka dan mendekati Pakatan Rakyat. Ini semua berpunca daripada penyelewengan dan pembohongan yang dilakukan mereka diketahui rakyat melalui pendedahan oleh kedua-dua akhbar tersebut. Rakyat turut mendapat maklumat dengan menghadiri majlis-majlis ceramah anjuran Pakatan Rakyat.

Dengan sekatan ke atas akhbar dan ceramah PR, UMNO dan BN berharap rakyat akan beralih sepenuhnya kepada berita yang dibawa media milik mereka. Namun rakyat tidak mudah ditipu lagi. Kezaliman UMNO dan BN sudah diketahui umum. Masakan bangkai gajah boleh ditutup dengan sebatang lidi. Rakyat akan menghukum mereka melalui tiga pilihanraya kecil nanti. Sungguh mereka tidak pernah serik. Mereka mengira kuasa di tangan adalah hak milik mutlak mereka. Segagah Namrud lagikan tumbang digigit nyamuk. Sehebat Firaun pun lemas di Laut Merah. Inikan pula UMNO dan Barisan Nasional. Jatuhnya Namrud dan Firaun bila kezaliman sampai ke kemuncak.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Apa ada pada jawatan?

Apa ada pada jawatan? Mungkin ada segelintir orang yang bertanyakan hal ini bahkan sememangnya ada. Mereka ini tidak menunjukkan sebarang minat untuk berebut jawatan malah ditawar pun terasa berat menerimanya. Kalau setakat nak buat kerja, ahli biasa pun boleh buat. Lagi senang, tak payah sakit-sakit kepala. Hakikatnya pada jawatan ada segalanya. Selain beban dan tanggungjawab, pada jawatan itu juga ada wang, harta, kuasa, pengaruh dan glamour. Tak kira di peringkat mana sekalipun, sehingga rumah Allah juga bisa menjadi medan berebut jawatan. Masakan tidak andai perebutan itu mendatangkan hasil lumayan seperti yang diimpikan. Ada jawatan, berkuasa kita. Atau dengan jawatan boleh mengumpul wang dan harta. 'Alah', gaji ketua kampung bukan banyak pun. Tak mengapa glamournya ada. Pergi ke mana orang pandang, orang layan. Kalau kenduri orang lain makan ambil sendiri, tapi kita makan berhidang. Banyak lagi sebenarnya nikmat berjawatan. Kita biasa mendengar cerita ulama silam terlalu

Tulang atau lebihan daging korban dan akikah

Mungkin agak terlewat untuk saya berbicara mengenai tajuk ini memandangkan musim korban sudah pun berakhir. Namun saya percaya masih terdapat saki baki daging korban yang masih menjadi hidangan kita dalam beberapa hari ini. Di samping itu saya juga masih tidak terlepas dari pertanyaan beberapa kenalan mengenai bagaimana harus diperlakukan ke atas tulang dan lebihan daging yang menjadi korban atau akikah. Tanpa menafikan tentang kefahaman yang dibawa sejak berzaman tentang wajibnya menanam tulang dan sisa daging sama ada mentah atau yang telah di masak, saya bersyukur kerana didedahkan dengan pandangan yang berbeza dan meyakinkan sekaligus memadam kekaburan terhadap pandangan terdahulu yang menyusahkan. Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan. Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah ha

Tahlil dalam Majlis Akikah

Satu lagi program tahunan surau telah disempurnakan kelmarin dengan muafakat penduduk. Program yang saya namakan Akikah Perdana merupakan program yang diletakkan di bawah tanggungjawab saya sebagai pengerusinya. Walaupun diadakan pada 27hb. Rejab ia tidaklah sempena sambutan Isra' dan Mi'raj tetapi mengambil kesempatan negeri Kedah bercuti pada hari tersebut. Seekor lembu ditumbangkan sebagai memenuhi hajat peserta-peserta yang mengambil bahagian menjamu hampir 1000 orang yang hadir. Lebih menggembirakan apabila nasi serta lauk pauk dapat dihabiskan sama ada dimakan atau di bawa pulang, memudahkan petugas menjalankan kerja-kerja membersih dan mengemas kembali. Cuma yang agak kurang menyenangkan saya apabila dengan tidak semena-mena tuan penasihat surau yang selama ini melantik dirinya sendiri sebagai imam surau mengajak hadirin bertahlil tanpa berbincang dengan saya terlebih dahulu. Sememangnya beliau sangat mahir mengetuai majlis-majlis bacaan yasin, tahlil dan doa selamat. Se