Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2008

Salam Lebaran

Ramadan 1429H melabuh tirainya. Berakhirlah bulan yang penuh rahmat dan keberkatan. Beruntunglah bagi hamba-hamba Tuhan yang berusaha bersungguh-sungguh mengutip mutiara sepanjang kembara di bulan barakah ini. Bagi mukminin dan muttaqin, pemergian Ramadan diiringi dengan tangis hiba bagaikan tidak mahu melepaskannya pergi lantaran sentiasa merasakan amalan yang dikerjakan tidak pernah mencukupi. Di samping berharapkan akan ada Ramadan yang kedua dan seterusnya untuk memuaskan keinginan dan ketamakan beribadah yang tidak pernah padam. Namun apakan daya, kehendak-NYA Ramadan hanya datang sekali atau sebulan dalam setahun. Malanglah bagi mereka yang membiarkan Ramadan berlalu begitu sahaja tanpa daya usaha memperbaiki amalan dan diri ke arah mencapai reda Allah. Mereka gagal membentuk jiwa yang takut kepada Allah, sebaliknya tetap tunduk dan patuh kepada nafsu ammarah yang meronta minta dipuaskan. Sungguh menjelekkan apabila kemurniaan Ramadan dicemari dengan mengingkari perintah puasa, s

Zakat fitrah dengan beras

Pihak pemerintah disaran mengembalikan kaedah pembayaran zakat fitrah dengan menggunakan beras sebagaimana ajaran mazhab Syafi'e yang menjadi pegangan penduduk negara ini. Saranan ini dikemukakan oleh Tuan Guru Haji Salleh Musa seorang mudir Madrasah ar-Rahmaniah di Sik, Kedah. Baca di sini Saya sangat setuju dengan saranan ini tetapi bukan kerana ia berasal dari Mazhab Syafi'e tetapi kaedah ini lebih mendekati sunnah. Selain ulama Mazhab Hanafi, ulama lain hampir sepakat zakat fitrah hendaklah dikeluarkan dari bahan makanan yang menjadi makanan asasi setempat. Ia berdasarkan hadis dari Ibn 'Umar yang bermaksud: " Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam mewajibkan zakat fitrah dari Ramadan sebanyak satu sukat dari kurma atau satu sukat gandum atas hamba atau orang merdeka, lelaki dan wanita, kanak-kanak dan orang dewasa dari kaum muslimin. " (riwayat Bukhari dan Muslim- rujuk kitab Fiqhus Sunnah) Abu Sa'id Al-Khudri Radhiyallahu 'anhu seperti yang d

Tingkatan Amal Manusia

Antara perkara yang perlu diperhatikan oleh setiap individu Islam dalam menilai saudara semuslimnya ialah memahami setiap manusia Islam itu ada tingkatan-tingkatan tertentu dalam beramal. Keliru bila kita memperlakukan Muslim lain tanpa melihat kepada perbezaan-perbezaan yang dinyatakan. Di dalam masyarakat terdapatnya individu yang awam dan khusus, senior dan junior, serta yang lemah dan yang kuat. Islam sendiri dapat menerima perbezaan-perbezaan tersebut sehingga kita menjumpai istilah-istilah dalam ilmu Islam seperti azimah , rukhsah , 'adil , fadl , fardu , sunnah dan mustahab . Istilah-istilah ini memberi gambaran bahawa ada beberapa ketika Islam tidak begitu menekan umatnya dalam beramal. Sehingga orang yang sakit boleh solah sambil duduk, berbaring malah menggunakan isyarat mata sekalipun. Allah 'azza wa jalla berfirman, " kemudian kitab itu kami wariskan kepada orang-orang yang Kami pilih di antara hamba-hamba Kami, lalu di antara mereka ada yang menganiayai diri

Salawat kuat

" Salawat kuat-kuat sikit. Macam tak dak orang ." Peringatan pengerusi buat para jamaah malam tadi. Semalam para jamaah diminta supaya menguatkan ' volume ' masing-masing menyahut seruan salawat dari bilal antara dua rakaat salawat terawih. Satu amalan biasa ketika bertarawih bagi orang-orang Melayu di Malaysia. Saya katakan amalan Melayu, kerana al-Quran dan Hadis yang menjadi rujukan orang Islam tidak menyebut tentang amalan tersebut. " Dia buat pulak ". Rungut saya dalam hati. Saya ulang sekali lagi seperti saya tulis dalam posting Tahlil Dalam Kenduri Akikah kalau agama diukur mengikut neraca akal, beginilah jadinya. Nak bersolat pun mesti ada bunyi riuh. Barulah nampak meriah. Agaknya kalau tak meriah, Allah tak terima solat kita? Atas dasar apa kita bertasbih, berzikir dan bersalawat antara dua rakaat solat terawih. Bukan ada nas pun. Kalau pun nak berzikir atau bersalawat juga dengan alasan itu benda baik seperti pegangan kebanyakan anggota masyaraka

Jangan gaduh-gaduh

Wah! Kencang juga pukulan Tuan Guru Nik Aziz buat Cikgu Pa. Sampai nak berluku-luku, katanya. Gara-gara tidak sependapat mengenai pelan peralihan kuasa BN kepada Pakatan Rakyat, dua pemimpin PAS sekarang bertelagah. Tuan Guru seperti kebanyakan penyokong PR yang lain begitu bermati-matian mahukan pelan ini berjaya. Sedang Cikgu Pa pula punyai pandangan sendiri yang dilihat ramai sebagai usahanya menggagalkan pelan yang telah dipersetujui semua pihak dalam PR. Tuan Guru mengingatkan supaya Cikgu Pa kembali kepada keputusan yang dicapai dalam muktamar yang lalu untuk bersama memperkukuhkan PR. Walaupun kenyataan Cikgu Pa dikatakan bersifat peribadi namun sebagai Pesuruhjaya PAS Terengganu kenyataannya dianggap mewakili PAS Terengganu yang begitu kuat mengkritik dasar parti mengenai hubungan PAS dalam UMNO ketika muktamar yang lalu. Setidak-tidaknya kenyataan ini menimbulkan syak wasangka yang besar di kalangan penyokong PAS dan PR bahawa Cikgu Pa dan PAS Terengganu tidak sependapat denga

Zaid yang berprinsip.

Tidak sukar untuk menela sikap Datuk Zaid Ibrahim. Beliau bukan melawan arus, bukan juga menentang kerajaan yang didokongnya sebaliknya berpegang dengan prinsip liberal yang dianutinya. Seorang liberal seperti Datuk Zaid tidak sekali-kali membenarkan sebarang bentuk halangan kepada amalan kebebasan. Fahaman liberal adalah bertitik tolak dari fahaman sosialis yang memperjuangkan kesamarataan dan kebebasan. Selain bersikap skeptikal dalam sesuatu isu termasuk dalam perkara agama. Tidak hairanlah kerana terlalu terbuka dan skeptikal para liberalis turut mencabar hukum hakam agama seperti hukum faraidh dengan anggapan agihan yang telah ditetapkan al Quran sebagai tidak adil. Tetapi bagi mereka bukan agama yang dicabar sebaliknya kesesuaian perlaksanaan hukum yang tidak relevan dengan zaman lalu menuntut dilakukan perubahan. Begitu juga mereka bermati-matian menentang perlaksanaan Undang-Undang Keluarga Islam yang mereka lihat lebih menyebelahi kaum lelaki. Mereka mahukan semua manusia dil

Dia ahli UMNO laaa.....

Memang tak masuk akal! Jawapan yang diberi Syed Hamid kepada soalan wartawan mengapa Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera tidak ditahan ISA langsung tidak boleh diterima akal. Diulangi, tidak masuk akal bagi orang yang berakal kecuali orang yang tidak berakal. "Dalam pada itu, beliau menafikan tiada tindakan diambil terhadap Datuk Ahmad Ismail kerana Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera itu telah menerima akibat digantung keahlian parti selama tiga tahun. " Patutkah dia samakan hukuman ke atas Raja Petra, Teressa dan Tan Hoon Cheng dengan Ahmad. Seperti langit dan bumi bezanya kedua hukuman tersebut. Ketiga-tiga mereka dibawa ke balai polis. Seorang ini pula dibawa ke PWTC. Ketiga-tiga mereka disiasat polis. Seorang ini pula disiasat MT UMNO. Ketiga mereka ditahan lokap. Seorang ini pula cuma digantung keahlian. Ketiga mereka terperosok dalam tahanan. Seorang ini lepas bebas berkeliaran. MANA MUNGKIN SAMA!!! Senang cakap, Ahmad Ismail ahli UMNO manakala yang bertiga itu musuh UMNO

Periksa Sudah Habis

UPSR 2008 melabuh tirainya hari ini. Berakhir beban yang ditanggung. Baik murid mahupun guru. Sementara menunggu keputusan diumum, segala tekanan dilepaskan semahunya. Tiada lagi kelas tambahan, tiada lagi kerja rumah dan tiada lagi pemantauan pihak atasan. Sekadar menghabiskan sukatan pelajaran bukan teras yang lama ketinggalan. Pengetahuan umum perlu dimantapkan sebagai persediaan menghadapi sekolah menengah. Akibat terlalu menumpukan kepada peperiksaan, ada murid yang tidak tahu ibu negeri sendiri. Paling penting kini ialah membimbing murid-murid pra remaja ini mengenali agama mereka dengan amalan yang betul dan tepat. Bimbang juga bila memikirkan mereka yang sering mengabaikan solat, kurang kefahaman mengenai pergaulan dalam Islam lantaran persekitaran yang kurang menyumbang, ketidakpastian batas umur baligh, tidak tahu mandi wajib, malah berwuduk pun masih tergagau-gagau. Segalanya menjadi cabaran khusus guru-guru Pendidikan Islam(GPI). Ketika inilah peranan mereka sangat ditagih.

16 September???

"Pelan sasaran 16 September kekal sebagaimana telah diumumkan dan dalam waktu yang terdekat, sasaran ini akan dicapai," kata beliau. (petikan http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=016819&Itemid=85) Siapakah yang boleh meyakinkan saya kerajaan akan beralih kepada Pakatan Rakyat menjelang 16/9. Pun begitu, saya juga tidak berani memberi jaminan kerajaan Pak Lah selamat dari ancaman. Adakalanya kerana terlalu berharap menjadikan kita terlalu kecewa jika perkara yang kita harapkan itu tidak menjadi kenyataan. Seandainya dunia belum ditakdirkan kiamat, 16/9 /2008 pasti tiba. Tunggu sajalah. Perkara yang sudah pasti 16 September bersamaan 16 Ramadan. Bermulanya fasa kedua Ramadan. Bagaimana dengan fasa pertama?

Jijiknya Perilaku.

Kasihan Tan Sri Musa Hassan, Ketua Polis Negara yang difitnah kononnya beliau lumpuh dan sedang nazak. Dalam hal ini bukan sekadar fitnah yang dilemparkan tetapi turut dihadiahkan doa semoga cepat binasa. Siapalah punya angkara. Sikap yang melambangkan peribadi buruk pelakunya. Berapa kali perlu diingatkan, fitnah sangat merbahaya hatta memfitnah musuh sekalipun. Sedang musuh yang difitnah adalah sebangsa dan seagama dengan kita. Segeralah bertaubat dan jangan diulangi lagi perbuatan sedemikian. Sesiapa sahaja pasti terkesan dengan fitnah. Cuba letakkan diri kita di tempat mereka. Atau sekurang-kurangnya di tempat keluarga mereka, pengikut, sahabat-sahabat serta orang-orang yang mengenali mereka. Tidakkah kita berasa sedih andai ahli keluarga atau orang tersayang dikatakan sedang nazak? Refleks dari berita tersebut mungkin membuatkan seseorang: terkejut; jatuh dan pengsan; tercekik makanan kalau sedang makan; tersedak; kemurungan; si anak yang sedang belajar hilang tumpuan kepada pela

Bantu YB a.k.a Baba

Petang tadi saya berkesempatan bersama baba, YB Cikgu Lah berbuka bersama masyarakat yang diwakilinya di DUN Pantai Merdeka. Sejak hari pertama berpuasa, jadual iftar nya dipenuhi dengan jemputan. Menurut baba ketika dalam perjalanan tadi, "adik-adik pun dah bising. Depa tanya, bila boleh berbuka kat rumah" Seperti biasa, setiap kali baba turun padang, pasti diiringi Setiausaha PAS kawasan yang juga Pembantu Khasnya. Selain itu turut serta ialah Timbalan YDP kawasan serta seorang pegawai di Pusat Khidmat. Mereka berempat sehingga hari ini belum lagi berpeluang berbuka puasa di rumah masing-masing. Saya benar-benar salute dengan kegigihan mereka menjaga amanah yang diberikan rakyat dalam pilihanraya yang lalu. Sedang saya mengambil giliran mengiringi baba dari adik beradik yang lain. ' Pakat ambik sorang sikit ', kata orang Kedah. Saya cuba menyelami perasaan mereka. Baru sekali berbuka di luar sudah merasai kekurangannya. Walaupun dijamu dengan juadah yang enak -ma

Selamatkah Islam.

Desas desus sangat kuat sedang berlegar sekitar cerita kemasukan beramai-ramai MP BN ke dalam Pakatan Rakyat. Beberapa blog rancak menyiarkan mesej kononnya akan ada pengumuman keluar BN oleh beberapa parti komponennya hari ini. Sehingga selesai solat terawih di kebanyakan masjid di Malaysia, belum terdengar apa-apa berita yang mampu mencetuskan kegemparan. Di sebalik keghairan orang ramai menanti perubahan, saya menjadi kurang berselera. Kebimbangan terhadap kerajaan baru bakal didominasi MP bukan Islam menyelubungi fikiran saya. Akan terjaminkah kedudukan Islam selepas 16 September(?) nanti. Marilah kita memperbanyakkan doa sepanjang Ramadan ini, semoga Allah melindungi dan menyelamatkan Islam serta umatnya.

Rosak Solat Kerana Berlainan Mazhab?

Sebaik sahaja selesai mengerjakan solat maghrib saya ditahan oleh pengerusi surau. Ada sesuatu yang hendak disampaikan oleh orang no.1 kepada orang no.2 Surau Al- Muhtadin. Penting! "Ustazah S***** beritahu saya, Ustaz dah merosakkan sembahyang orang ramai semalam. Ustaz jadi Imam solat Isyak dan solat Terawih tak baca bismillah dalam Fatihah." I tu berita yang hendak disampaikan. "Kata Ustazah lagi, kita di sini kena ikut Mazhab Syafie, lainlah masa Ustaz mengaji di luar negeri dulu." Sambungnya lagi. Saya tersenyum sendirian. Bila masa pula saya belajar di luar negeri. Memanglah saya belajar di UK, tapi ada tambahan M dibelakangnya. UKM. Lucu pula bila Islam pun cuba diklafikasikan mengikut negeri. Ada Islam Malaysia, Islam Mekah, Islam Eropah dan Islam Amerika. Beginikah pemikiran seorang ustazah terhadap Islam yang dianutinya. "Habis, En. Mukti kata apa?" Tanya saya. "Tak kata apa. Saya dengaq sajalah" . Katanya. "Sebenarnya, saya bu

Jangan Baca Ini!

Sementara menanti ' ifthar' , hari ke-2 berpuasa. Melihat si kakak menjaga adik kecilnya. Abang-abang melipat baju masing-masing. Sedikit latihan buat bekalan masa depan. Dikejutkan isteri, "gas sudah habis". Segera kedai. Kedai pertama, "sudah habis", kata tuan punya kedai. Seorang wanita India. Langsung ke kedai lain. "habis wooo!", tuan kedai seorang berbangsa Cina. Cari kedai lain. Kedai Melayu. Alhamdulillah, ada! Rezeki masing-masing. Bulan barakah, mungkin sudah ditakdirkan untuk sesama Muslim bantu membantu. Segera pulang. Selepas memasukkan tong gas, isteri sambung memasak. Tinggal lagi 10 minit. Masih sempat lagi. Posting terbaru.