Langkau ke kandungan utama

Bantu YB a.k.a Baba

Petang tadi saya berkesempatan bersama baba, YB Cikgu Lah berbuka bersama masyarakat yang diwakilinya di DUN Pantai Merdeka. Sejak hari pertama berpuasa, jadual iftarnya dipenuhi dengan jemputan. Menurut baba ketika dalam perjalanan tadi, "adik-adik pun dah bising. Depa tanya, bila boleh berbuka kat rumah"

Seperti biasa, setiap kali baba turun padang, pasti diiringi Setiausaha PAS kawasan yang juga Pembantu Khasnya. Selain itu turut serta ialah Timbalan YDP kawasan serta seorang pegawai di Pusat Khidmat. Mereka berempat sehingga hari ini belum lagi berpeluang berbuka puasa di rumah masing-masing. Saya benar-benar salute dengan kegigihan mereka menjaga amanah yang diberikan rakyat dalam pilihanraya yang lalu.

Sedang saya mengambil giliran mengiringi baba dari adik beradik yang lain. 'Pakat ambik sorang sikit', kata orang Kedah.

Saya cuba menyelami perasaan mereka. Baru sekali berbuka di luar sudah merasai kekurangannya. Walaupun dijamu dengan juadah yang enak -maklumlah orang kampung layan YB- tetapi jika dibandingkan dengan berbuka bersama isteri dan anak-anak tentu lebih terasa meriahnya. Itu yang saya alami. Bagaimana pula mereka yang masih belum berkesempatan berbuka bersama keluarga masing-masing. Semoga Allah sentiasa memberikan mereka kekuatan dalam usaha mempertahankan kemenangan Islam di DUN Pantai Merdeka khususnya dan negeri Kedah keseluruhannya.

Sejak mencapai kemenangan dalam pilihanraya yang lalu seterusnya dilantik sebagai EXCO, baba menjadikan hari Jumaat sebagai hari beliau melakukan tinjauan di kawasannya. Ada ketika saya juga tidak melepaskan peluang untuk bersama. Selain itu saya turut diminta untuk menyediakan satu blog untuk baba selain ditugaskan untuk mengendalikan blog tersebut. Sehingga kini blog baba hanya menyiarkan aktiviti beliau di kawasannya manakala berita mengenai pertikaian politik tidak menjadi keutamaan. Tapi tidak semua aktivitinya dapat dilaporkan memandangkan ada ketikanya saya tidak dapat bersama kerana mendahului komitmen lain. Baba sangat memahami dan beliau bukannya seorang pendesak.

Ramadan kali ini adalah yang pertama baba sebagai wakil rakyat. Program ziarah kawasan diganti dengan program berbuka puasa. Matlamatnya tetap sama, mahu meninjau permasalahan rakyat di kawasannya. Saya berbangga kerana menjadi sebahagian daripada pasukannya, biarpun secara berganti-ganti.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pasir Salak Resort yang mahal tapi tak ada air dan Sejarah yang diabaikan

Kelmarin saya dan keluarga bercuti ke Pasir Salak. Hajat hati mahu membawa anak-anak meninjau dan mempelajari sesuatu dari peristiwa bersejarah yang pernah berlaku di sana satu ketika dahulu. Maklumlah sekarang dalam mengharungi sistem pendidikan yang mengutamakan Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris, sejarah bangsa sendiri pun tidak diambil berat. Berbanding zaman pendidikan sekitar tahun 1980-an dahulu, Sejarah merupakan salah satu subjek dalam Peperiksaan Penilaian Darjah 5 yang menjadi ukuran kejayaan seseorang murid di sekolah rendah. Kesesakan di tol Cangkat Jering. Mereka nak ke mana? Kami sampai sekitar jam 3.30 petang setelah mengharungi empat jam dan sejauh 270 kilometer perjalanan. Sebenarnya saya tersalah arah. Sebabnya sebaik keluar dari lebuhraya Timur Barat mengikut susur keluar Cangkat Jering, langsung tidak ada papan tanda arah ke Pasir Salak. Sehinggalah kami sampai di satu simpang, ikut kiri ke Ipoh manakala ikut kanan menunjukkan arah ke Lumut. Saya ikut jalan kanan...

Ulama Syiah cium tangan perempuan

Jom sebarkan gambar ulama syiah ni, Depan nampak Anti kuffar, belakang cium tangan perempuan mereka, Da tengok ahmedinijad peluk ibu presiden Venezuela ??? Itulah kepuraan2 puak syiah yg perlu kita tahu ... Sebarkan yerr jangan biarkan syiah meratah daging umat Islam... Akhir zaman ni Yahudi akan jadi kawan baik mereka spt yg hadis sahih jelaskan... :: Dari Facebook Ustaz Zahazan Mohamed

Tulang atau lebihan daging korban dan akikah

Mungkin agak terlewat untuk saya berbicara mengenai tajuk ini memandangkan musim korban sudah pun berakhir. Namun saya percaya masih terdapat saki baki daging korban yang masih menjadi hidangan kita dalam beberapa hari ini. Di samping itu saya juga masih tidak terlepas dari pertanyaan beberapa kenalan mengenai bagaimana harus diperlakukan ke atas tulang dan lebihan daging yang menjadi korban atau akikah. Tanpa menafikan tentang kefahaman yang dibawa sejak berzaman tentang wajibnya menanam tulang dan sisa daging sama ada mentah atau yang telah di masak, saya bersyukur kerana didedahkan dengan pandangan yang berbeza dan meyakinkan sekaligus memadam kekaburan terhadap pandangan terdahulu yang menyusahkan. Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan. Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah ha...