Langkau ke kandungan utama

Dia ahli UMNO laaa.....

Memang tak masuk akal!

Jawapan yang diberi Syed Hamid kepada soalan wartawan mengapa Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera tidak ditahan ISA langsung tidak boleh diterima akal. Diulangi, tidak masuk akal bagi orang yang berakal kecuali orang yang tidak berakal.

"Dalam pada itu, beliau menafikan tiada tindakan diambil terhadap Datuk Ahmad Ismail kerana Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera itu telah menerima akibat digantung keahlian parti selama tiga tahun."

Patutkah dia samakan hukuman ke atas Raja Petra, Teressa dan Tan Hoon Cheng dengan Ahmad. Seperti langit dan bumi bezanya kedua hukuman tersebut. Ketiga-tiga mereka dibawa ke balai polis. Seorang ini pula dibawa ke PWTC. Ketiga-tiga mereka disiasat polis. Seorang ini pula disiasat MT UMNO. Ketiga mereka ditahan lokap. Seorang ini pula cuma digantung keahlian. Ketiga mereka terperosok dalam tahanan. Seorang ini lepas bebas berkeliaran. MANA MUNGKIN SAMA!!!

Senang cakap, Ahmad Ismail ahli UMNO manakala yang bertiga itu musuh UMNO. Mana boleh ahli UMNO ditahan ISA. Tak adillah. Manusia UMNO semuanya baik. Mereka tak buat salah. Yang salah wartawan tu.

Syed Hamid cuba menyamakan hukuman polis dengan hukuman UMNO. Ini membuktikan bahawa selama ini UMNO menganggap mereka ialah kerajaan dan kerajaan itu mereka. Malah menganggap kuasa UMNO dan kuasa polis adalah sama. Jadi tidak salah kalau orang menganggap UMNO lah sebenarnya dalang di sebalik penangkapan ketiga-tiga aktivis di atas walau cuba dinafi Syed Hamid.

Syed Hamid jangan pula buat tak tahu, sekadar penggantungan tidak melemahkan dan merencatkan usaha Ahmad untuk terus menabur benih perpecahan antara kaum memandangkan beliau lebih bebas bersuara kerana tidak lagi berada dalam UMNO. Jangan pula lupa di belakang Ahmad ialah semua ketua bahagian UMNO Pulau Pinang memberi sokongan padu.

Kesimpulannya, UMNO dengan menggunakan kuasa polis dan kerajaan telah melakukan kesilapan dalam tindakan. Menangkap Raja Petra, Teressa dan Tan sebaliknya melepaskan Ahmad sebenarnya mengundang seribu bahaya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tulang atau lebihan daging korban dan akikah

Mungkin agak terlewat untuk saya berbicara mengenai tajuk ini memandangkan musim korban sudah pun berakhir. Namun saya percaya masih terdapat saki baki daging korban yang masih menjadi hidangan kita dalam beberapa hari ini. Di samping itu saya juga masih tidak terlepas dari pertanyaan beberapa kenalan mengenai bagaimana harus diperlakukan ke atas tulang dan lebihan daging yang menjadi korban atau akikah. Tanpa menafikan tentang kefahaman yang dibawa sejak berzaman tentang wajibnya menanam tulang dan sisa daging sama ada mentah atau yang telah di masak, saya bersyukur kerana didedahkan dengan pandangan yang berbeza dan meyakinkan sekaligus memadam kekaburan terhadap pandangan terdahulu yang menyusahkan. Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan. Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah ha...

Tahlil dalam Majlis Akikah

Satu lagi program tahunan surau telah disempurnakan kelmarin dengan muafakat penduduk. Program yang saya namakan Akikah Perdana merupakan program yang diletakkan di bawah tanggungjawab saya sebagai pengerusinya. Walaupun diadakan pada 27hb. Rejab ia tidaklah sempena sambutan Isra' dan Mi'raj tetapi mengambil kesempatan negeri Kedah bercuti pada hari tersebut. Seekor lembu ditumbangkan sebagai memenuhi hajat peserta-peserta yang mengambil bahagian menjamu hampir 1000 orang yang hadir. Lebih menggembirakan apabila nasi serta lauk pauk dapat dihabiskan sama ada dimakan atau di bawa pulang, memudahkan petugas menjalankan kerja-kerja membersih dan mengemas kembali. Cuma yang agak kurang menyenangkan saya apabila dengan tidak semena-mena tuan penasihat surau yang selama ini melantik dirinya sendiri sebagai imam surau mengajak hadirin bertahlil tanpa berbincang dengan saya terlebih dahulu. Sememangnya beliau sangat mahir mengetuai majlis-majlis bacaan yasin, tahlil dan doa selamat. Se...

Asalnya Wahhabiyah

TIADA PERKAITAN DENGAN ANTARA AL-WAHHABIYAH AL-RUSTUMIAH (ABDUL WAHAB BIN ABDUL RAHMAN BIN RUSTUM) DENGAN GERAKAN REFORMASI DAKWAH SHEIKH MUHAMMAD BIN ABDUL WAHAB Tulisan Dr Muhammad Bin Saad Al-Syuwai'ir Ketua Pengarang Majalah Al-Buhuth Al-Islamiyah Konflik yang berlaku ke atas dakwah Syeikh Muhammad Bin Abdul Wahab telah memberi ruang untuk penjenamaan kepada label " al-Wahhabiyah" sebagai tohmahan melulu kepadanya. Sebagaimana perkara ini telah digerakkan oleh beberapa puak Tarekat Sufi untuk kemaslahatan mereka bagi mengaburi mata orang awam. Perbuatan tersebut juga memberi kelebihan kepada musuh Islam yang sentiasa memerhatikan dan memastikan umat Islam diperkotak-katikan. Mereka menanam benih-benih kejahatan dan perselisihan di antara sesama Islam. Kerana mereka begitu mengerti akan bakal dibuat oleh cerdik pandai ini dan cuba mengembangkannya. Isu ini sering kali telah diperkatakan dan selalu ditulis dalam pelbagai makalah. Apa yang menjadi dorongan kep...