Desas desus sangat kuat sedang berlegar sekitar cerita kemasukan beramai-ramai MP BN ke dalam Pakatan Rakyat. Beberapa blog rancak menyiarkan mesej kononnya akan ada pengumuman keluar BN oleh beberapa parti komponennya hari ini.
Sehingga selesai solat terawih di kebanyakan masjid di Malaysia, belum terdengar apa-apa berita yang mampu mencetuskan kegemparan.
Di sebalik keghairan orang ramai menanti perubahan, saya menjadi kurang berselera. Kebimbangan terhadap kerajaan baru bakal didominasi MP bukan Islam menyelubungi fikiran saya. Akan terjaminkah kedudukan Islam selepas 16 September(?) nanti.
Marilah kita memperbanyakkan doa sepanjang Ramadan ini, semoga Allah melindungi dan menyelamatkan Islam serta umatnya.

Ulasan