Langkau ke kandungan utama

Nama-nama Malaikat

Sejak kecil saya menghafal nama sepuluh Malaikat dan tugas-tugasnya. Menurut ustaz dan ustazah yang mengajar mata pelajaran Agama Islam, setiap orang Islam wajib mengetahui nama-nama Malaikat dan tugas-tugasnya. Sementalahan lagi ia tercatat dalam buku teks yang perlu dibaca dan akan disoal dalam peperiksaan. Masa berlalu kini giliran saya pula mengajar anak dan anak murid saya perkara yang sama dan mereka juga turut melalui proses yang sama seperti saya dahulu.

Namun sejak akhir-akhir ini saya menjadi kurang pasti adakah nama-nama yang saya hafal itu sebenarnya nama Malaikat. Selain Jibril  yang namanya di sebut Nabi dalam hadis Umar berkaitan rukun-rukun agama, juga nama Mikail dan Israfil dalam doa istiftah solat malam Baginda-HR Muslim dalam kitab Solaatul Musaafiriin wa Qashruha, bab Solaatil Lail wa Qiyaamuhu(صلاة المسافرين وقصرها في باب صلاة الليل وقيامه)no.770- nama-nama Malaikat lain seperti Izrail, Munkar, Nakir, Raqib, Atid, Malik, Riduan tidak pula saya jumpa dalam al-quran mahu pun hadis. Saya akui bukannya pakar mahupun menghafal ratusan hadis, tetapi ustaz-ustaz yang mengajar pun seperti mengabaikan hal ini.

Meskipun ada nama-nama di atas di sebut dalam al-quran seperti Raqib dan ‘Atid namun ia bukan dinisbahkan kepada nama malaikat sebaliknya tugasan malaikat yang “mengawas dan selalu hadir”(Qaaf:ayat 18). Bahkan Malaikat pencabut nyawa yang selama ini popular dengan nama Izrail sebenarnya disebut Malakul Maut-Malaikat Maut- dalam al-quran. Firman Allah yang bermaksud “Katakanlah: "Malaikat maut yang diserahi untuk (mencabut nyawa)mu akan mematikanmu, kemudian hanya kepada Tuhanmulah kamu akan dikembalikan.”(As-Sajdah":ayat 11)

Persoalannya, dari mana datangnya nama-nama malaikat ini.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tokoh Radikal Dalam Sejarah Kemerdekaan Negara

Bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Ismail bin Dato Abdul Rahman pernah menyatakan dalam ucapannya ketika menerima Ijazah Kehormat Doktor Undang-undang di Konvokesyen Universiti Sains Malaysia (1973), " bahawa sekalipun kemerdekaan telah dicapai oleh golongan moderate, tetapi sejarah membuktikan bahawa golongan nasionalis radikal juga telah memberikan sumbangan terhadap tercapainya kemerdekaan ". Ini membuktikan bahawa sumbangan dan pengorbanan golongan radikalisme Melayu amat bermakna dan tidak ternilai pentingnya. Merekalah tokoh politik nasional yang mampu menggegarkan kedudukan rejim British dan juga golongan elit Melayu. Gerakan Berhaluan Kiri atau lebih dikenali dengan panggilan radikal bermotifkan perjuangan mengusir penjajah British dari Tanah Melayu. Mereka memilih cara tidak berkompromi dengan penjajah. Berbeza dengan politik berhaluan kanan yang bekerjasama dengan penjajah dikenali sebagai moderate seperti UMNO. Siapakah mereka yang termasuk dalam g

Memenuhi kehendak(Iradah) Allah.

Berdasarkan buku teks Pendidikan Islam Tahun 5, maksud Iradah dijelaskan sebagai Allah berkehendak melakukan semua perkara tanpa terikat dengan sesuatu. Dalil kepada sifat Iradah diambil dari ayat 16 surah al-Buruj yang bermaksud " Allah berkuasa melakukan apa yang dikehendaki-NYA " Hujan, panas, peredaran planet malahan gempa bumi dan tsunami semuanya berlaku dengan kehendak Allah. Kejadian-kejadian tersebut juga menggambarkan betapa patuhnya makhluk-makhluk Allah tersebut melaksanakan kehendak Khaliqnya. Begitulah penerangan yang sepatutnya. Bukan dengan membandingkan kehendak manusia dengan kehendak Allah seperti yang terkandung dalam buku teks, sebaliknya membandingkan kepatuhan manusia dalam melaksanakan perintah dan kehendak Allah dengan kepatuhan makhluk Allah yang lain. Perlu ditekankan juga berbanding manusia yang terlalu kerdil, makhluk-makhluk tersebut juga lebih besar dan hebat penciptaannya. Panas yang membahang, hujan yang mencurah bumi, matahari yang terbit

Apa ada pada jawatan?

Apa ada pada jawatan? Mungkin ada segelintir orang yang bertanyakan hal ini bahkan sememangnya ada. Mereka ini tidak menunjukkan sebarang minat untuk berebut jawatan malah ditawar pun terasa berat menerimanya. Kalau setakat nak buat kerja, ahli biasa pun boleh buat. Lagi senang, tak payah sakit-sakit kepala. Hakikatnya pada jawatan ada segalanya. Selain beban dan tanggungjawab, pada jawatan itu juga ada wang, harta, kuasa, pengaruh dan glamour. Tak kira di peringkat mana sekalipun, sehingga rumah Allah juga bisa menjadi medan berebut jawatan. Masakan tidak andai perebutan itu mendatangkan hasil lumayan seperti yang diimpikan. Ada jawatan, berkuasa kita. Atau dengan jawatan boleh mengumpul wang dan harta. 'Alah', gaji ketua kampung bukan banyak pun. Tak mengapa glamournya ada. Pergi ke mana orang pandang, orang layan. Kalau kenduri orang lain makan ambil sendiri, tapi kita makan berhidang. Banyak lagi sebenarnya nikmat berjawatan. Kita biasa mendengar cerita ulama silam terla