Rasanya ramai yang sudah maklum hasrat Datuk Seri Anwar untuk kembali ke parlimen sejurus selepas berakhirnya tempoh larangan berpolitik beliau. Ramai juga turut maklum mengapa PRU12 diadakan setahun lebih awal dari tempoh berakhirnya penggal yang lalu pada bulan Mac 2009. Bukankah bertujuan menghalang Anwar dari bertanding dalam pilihanraya lalu?
Namun bagi Anwar, beliau tidak mahu menunggu terlalu lama untuk merealisasikan hasratnya. Malah penyokongnya juga turut mengharapkan beliau bertindak demikian. Justeru ketika kempen pilihanraya lalu, awal-awal lagi beliau mencanangkan untuk segera bertanding sebaik sahaja undang-undang membenarkan.
Datuk Seri Wan Azizah (Kak Wan) pernah menyatakan kesediaannya mengosongkan kerusi jika beliau menang untuk memberi laluan kepada suaminya. Walaupun mendapat respons dari calon dan pemimpin BN yang menyifatkan sebagai tidak bertanggungjawab, pengundi Permatang Pauh tetap memilih Kak Wan sebagai Ahli Parlimen mereka bahkan dengan majoriti undi yang besar.
Tidakkah ia sebagai petunjuk bahawa pengundi-pengundi di sana sedari awal lagi membenarkan Kak Wan memberi laluan kepada Anwar. Mungkin itu juga yang sebenarnya mereka mahukan.
Pagi tadi dalam berita RTM disiarkan temuramah dengan beberapa penduduk sekitar Permatang Pauh bertanyakan kewajaran pilihanraya diadakan sekali lagi dalam tempoh lima bulan ini. Jawapannya sudah boleh diagak. Sebelum itu akhbar-akhbar menyiarkan pendapat orang-orang politik BN mengenai tindakan yang mereka anggap sebagai tidak bertanggungjawab dan menyusahkan pengundi yang terpaksa keluar mengundi sekali lagi.
Sebenarnya pilihanraya ini tidak perlu diadakan. Ia hanya diadakan sekiranya ada pertandingan. Kalau tiada pertandingan, tiadalah pilihanraya. Untuk mengelak dari berlakunya pilihanraya , dicadangkan supaya BN tidak meletakkan calonnya di situ. Lagi pun, BN memang tiada harapan di situ jika mengambil kira majoriti lepas.
Janganlah berbelit-belit. Sekejap kata menyusahkan pengundi, tapi berhajat besar pula mahu menunjukkan kekuatan di situ.
Lihat pula apa yang berlaku di DUN Sanglang. Selepas mahkamah pilihanraya mendapati ada kesilapan ketika pengumuman keputusan dibuat, UMNO dan BN juga yang beria-ria mahukan pilihanraya diadakan semula. Bukankah lebih baik serahkan saja DUN tersebut kepada PAS. Tidaklah menyusahkan pengundi nanti.
Pilihanraya kecil tidak perlu diadakan sama ada di Parlimen Permatang Pauh atau DUN Sanglang. Jika benar UMNO dan BN jujur untuk tidak menyusahkan rakyat, berlapang dadalah membiarkan PKR dan PAS kekal di kedua kerusi tersebut.

Ulasan