Langkau ke kandungan utama

Kerana Dendam

Melihat kepada trio disebalik tersebarnya video seks seorang pemimpin pakatan pembangkang, rasanya tak patut bagi seorang yang berimej lebai yang kepalanya tak pernah lekang dari kopiah putih mengulas malah mempercayainya. Individu yang dimaksudkan sering bercakap tentang Islam dan sentiasa bersikap tegas dalam isu-isu yang dilihat boleh mencemarkan imej Islam. Individu ini bukan main keras lagi melarang penggunaan kalimah Allah di kalangan orang Kristian. Individu ini juga keras melarang orang bukan Islam masuk ke dalam masjid.

Malangnya dalam isu yang membabitkan bekas bosnya ini, individu ini mengenepikan prinsip-prinsip agama yang dipegangnya selama ini. Individu ini begitu mudah mempercayainya tanpa meneliti dan mengkajinya terlebih dahulu isi kandungan dan pihak yang menyebarnya. Sedangkan Allah berfirman (maksudnya), “Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.” (al-Hujurat: 6)

Mustahil individu ini tidak menyedari kewujudan ayat Allah ini sementara sekian banyak pandangan ulama yang dikemukakan sebagai sandaran ketika bertegas mempertahankan pandangannya berkaitan isu nama Allah dan non Muslim masuk masjid.

Begitulah, kalau dendam penuh di kepala soal kebenaran bukan lagi keutamaan. Demikian individu ini. Dia berdendam sebenarnya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pasir Salak Resort yang mahal tapi tak ada air dan Sejarah yang diabaikan

Kelmarin saya dan keluarga bercuti ke Pasir Salak. Hajat hati mahu membawa anak-anak meninjau dan mempelajari sesuatu dari peristiwa bersejarah yang pernah berlaku di sana satu ketika dahulu. Maklumlah sekarang dalam mengharungi sistem pendidikan yang mengutamakan Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris, sejarah bangsa sendiri pun tidak diambil berat. Berbanding zaman pendidikan sekitar tahun 1980-an dahulu, Sejarah merupakan salah satu subjek dalam Peperiksaan Penilaian Darjah 5 yang menjadi ukuran kejayaan seseorang murid di sekolah rendah. Kesesakan di tol Cangkat Jering. Mereka nak ke mana? Kami sampai sekitar jam 3.30 petang setelah mengharungi empat jam dan sejauh 270 kilometer perjalanan. Sebenarnya saya tersalah arah. Sebabnya sebaik keluar dari lebuhraya Timur Barat mengikut susur keluar Cangkat Jering, langsung tidak ada papan tanda arah ke Pasir Salak. Sehinggalah kami sampai di satu simpang, ikut kiri ke Ipoh manakala ikut kanan menunjukkan arah ke Lumut. Saya ikut jalan kanan...

Tulang atau lebihan daging korban dan akikah

Mungkin agak terlewat untuk saya berbicara mengenai tajuk ini memandangkan musim korban sudah pun berakhir. Namun saya percaya masih terdapat saki baki daging korban yang masih menjadi hidangan kita dalam beberapa hari ini. Di samping itu saya juga masih tidak terlepas dari pertanyaan beberapa kenalan mengenai bagaimana harus diperlakukan ke atas tulang dan lebihan daging yang menjadi korban atau akikah. Tanpa menafikan tentang kefahaman yang dibawa sejak berzaman tentang wajibnya menanam tulang dan sisa daging sama ada mentah atau yang telah di masak, saya bersyukur kerana didedahkan dengan pandangan yang berbeza dan meyakinkan sekaligus memadam kekaburan terhadap pandangan terdahulu yang menyusahkan. Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan. Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah ha...

Ulama Syiah cium tangan perempuan

Jom sebarkan gambar ulama syiah ni, Depan nampak Anti kuffar, belakang cium tangan perempuan mereka, Da tengok ahmedinijad peluk ibu presiden Venezuela ??? Itulah kepuraan2 puak syiah yg perlu kita tahu ... Sebarkan yerr jangan biarkan syiah meratah daging umat Islam... Akhir zaman ni Yahudi akan jadi kawan baik mereka spt yg hadis sahih jelaskan... :: Dari Facebook Ustaz Zahazan Mohamed