Saya baru pulang dari kuliah oleh Ybhg Ustaz Abdul Halim b Hassan di Kuarters Guru Sri Serdang, Kepala Batas. Singgah sebentar di gerai minuman milik seorang rakan. Sebaik memesan minuman dan kueytiaw kerang, mata terpandang skrin tv yang menyiarkan berita kematian Ahli Parlimen Hulu Selangor, Datuk Dr. Zainal Abidin Ahmad.
Inna lillahi wa inna ilaihi raaji'uun. Kembalinya seorang lagi hamba yang banyak berjasa kepada negaranya menghadap Yang Maha Mencipta.
Tiba-tiba hati dan perasaan jadi tak menentu. Jiwa menjadi resah. Ia petanda akan berlakunya satu lagi pilihanraya kecil. Bererti juga akan tercetus satu lagi episod perang mulut, perang poster dan lain-lain yang pastinya melarat kepada segala macam kata berupa kutukan, hinaan, cercaan dan fitnah. Ketika negara belum reda dengan cerita lompat si katak lompat, apa pula cerita kotor lagi meloyakan yang akan dihidangkan kepada rakyat selepas ini?
Ulasan