Kelmarin saya menghadiri satu taklimat di sebuah Pusat Kegiatan Guru(PKG). Taklimat dijadualkan bermula jam 2.00 petang. Saya sampai pada jam 2.15 petang setelah terlebih dahulu singgah untuk bersolat zohor di masjid berhampiran. Rupa-rupanya antara jam 2.00 hingga 2.30 petang adalah acara makan tengahari. Mujur juga ada jamuan tengahari kerana sebelah pagi saya hanya menjamah semangkuk laksa.
Saya pun terus ke dewan makan. Ingatkan menu nasi, gulai ikan atau ayam, ikan goreng dan ulaman seperti kebiasaannya. Tetapi para peserta hanya dijamu nasi goreng dan telur goreng sahaja. Syukur juga. Semasa taklimat berlangsung kami diberitahu oleh pegawai yang mengendalikan kursus peruntukan untuk taklimat hari ini hanya RM4 per seorang. Hai, takkan sampai begitu tenatnya. Patutlah tempat yang dipilih pun macam ketuhar. Peserta seperti dibakar hingga peluh meleleh dari kepala sampai ke kaki.
Memang terkesan sungguh dengan senario potong sana potong sini yang berlaku. Isteri saya pernah menghadiri satu mesyuarat pada minggu lepas dan tidak dibenarkan membuat tuntutan perbelanjaan perjalanan. Pegawai JPN yang hadir menyampaikan taklimat pun tidak dibenarkan membuat tuntutan yang sama. Itu yang diberitahu sendiri oleh pegawai berkenaan dalam taklimat kelmarin.
Balik ke sekolah saya ceritakan hal ini kepada rakan-rakan. Kebanyakan mereka dah sedia maklum. Kata kawan saya, agaknya peruntukan yang banyak kena potong sebab digunakan untuk membayar wakil rakyat-wakil rakyat PKR yang keluar parti.
Isyyyy, tak kan macam tu kut? Tak baik tuduh-tuduh tau.
Memang tuduh yang bukan-bukan tak baik. Tapi kita bukan tuduh, tapi syak. Macam polis mengesyaki seseorang melakukan jenayah.
Ya, syak saja.

Ulasan