Langkau ke kandungan utama

Berkelah lagi

Pada hari Rabu 17hb. Mac 2010, keluarga besar baba dan mama berkelah lagi. Seperti biasa, Bang Cag suami isteri yang tinggal di Shah Alam tidak ikut serta. Begitu juga Bang Cik dan Aisyah yang masing-masing sedang belajar di Damascus dan USIM.

Baba pula yang baru digugur dari jawatan EXCO Kedah kelihatan ceria bersama anak cucu. Kata mama, awal-awal lagi dah pesan supaya baba tutup handphonenya supaya tidak diganggu sepanjang hari tersebut. Besar hikmahnya buat kami sekeluarga bila baba tidak lagi dilantik sebagai EXCO. Kalau dulu, anak cucu datang ziarah pun jarang dapat berjumpa.


Bukit Hijau, destinasi pilihan


"Tutup telefon", mama dah bagi 'warning'


Baba dengan hobi lamanya, tangkap ikan.

Ramaikan?

Kalau tengokkan makanan yang dibawa, cuba teka berapa orang semuanya.


Bergilir-gilir melayan si kecil


Penemuan menggemparkan

Baba dengan hasil tangkapannya

Makan tengahari

Nak balik dah!!

Jam 3 petang, kami pun balik. Ingatkan nak duduk sampai petang. Tak sempat pula nak lelapkan mata di bawah redup pokok-pokok hutan. Bimbang kereta nanti terhoyong-hayang. Memang mengantuk sangat semasa bawa kereta, tapi tahan juga. Nak suruh isteri bawa, dia pun mengantuk juga. Apa lagi, tawakkal banyak-banyak la. Alhamdulillah, sampai juga dengan selamatnya.

Pagi tadi, khabarnya baba ke pejabatnya di Pusat Khidmat Wakil Rakyat Pantai Merdeka. Baba dan mama juga bakal bertolak ke Tanah Suci untuk mengerjakan umrah pada 10 April nanti. Lega dan sangat bersyukur melihat baba yang ada banyak masa lapang. Kalau ikutkan saya, tak jadi wakil rakyat pun lagi baik. Dulu pun saya bukan setuju baba jadi calon. Baba sepatutnya berehat selepas bersara. Tapi baba mengutamakan wala' kepada pimpinan dan menerimanya atas kepentingan jamaah dan Islam.

Kerana itu saya tidak nampak riak kecewa baba terhadap perkembangan terbarunya. Kerana itu juga PAS Kedah tak kecoh macam rakannya PKR.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tulang atau lebihan daging korban dan akikah

Mungkin agak terlewat untuk saya berbicara mengenai tajuk ini memandangkan musim korban sudah pun berakhir. Namun saya percaya masih terdapat saki baki daging korban yang masih menjadi hidangan kita dalam beberapa hari ini. Di samping itu saya juga masih tidak terlepas dari pertanyaan beberapa kenalan mengenai bagaimana harus diperlakukan ke atas tulang dan lebihan daging yang menjadi korban atau akikah. Tanpa menafikan tentang kefahaman yang dibawa sejak berzaman tentang wajibnya menanam tulang dan sisa daging sama ada mentah atau yang telah di masak, saya bersyukur kerana didedahkan dengan pandangan yang berbeza dan meyakinkan sekaligus memadam kekaburan terhadap pandangan terdahulu yang menyusahkan. Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan. Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah ha...

Tahlil dalam Majlis Akikah

Satu lagi program tahunan surau telah disempurnakan kelmarin dengan muafakat penduduk. Program yang saya namakan Akikah Perdana merupakan program yang diletakkan di bawah tanggungjawab saya sebagai pengerusinya. Walaupun diadakan pada 27hb. Rejab ia tidaklah sempena sambutan Isra' dan Mi'raj tetapi mengambil kesempatan negeri Kedah bercuti pada hari tersebut. Seekor lembu ditumbangkan sebagai memenuhi hajat peserta-peserta yang mengambil bahagian menjamu hampir 1000 orang yang hadir. Lebih menggembirakan apabila nasi serta lauk pauk dapat dihabiskan sama ada dimakan atau di bawa pulang, memudahkan petugas menjalankan kerja-kerja membersih dan mengemas kembali. Cuma yang agak kurang menyenangkan saya apabila dengan tidak semena-mena tuan penasihat surau yang selama ini melantik dirinya sendiri sebagai imam surau mengajak hadirin bertahlil tanpa berbincang dengan saya terlebih dahulu. Sememangnya beliau sangat mahir mengetuai majlis-majlis bacaan yasin, tahlil dan doa selamat. Se...

Benarlah kata Imam Syafi'e

Petang semalam saya sekeluarga makan di Kedai nasi kandar Husain. Memang popular kedai ini bagi masyarakat sekitar Sungai Petani tak kira Melayu, India atau Cina. Anak saya, minta nasi dan seketul ayam tandori berharga RM4.50. Besar saiznya lalu saya fikir boleh makan untuk tiga orang. saya pun minta supaya ketul ayam itu dipotong. Tahu apa kata pekerjanya? " Tak ada benda nak potong ." Tu dia, sikit punya besar kedai, pisau nak potong ayam pun tak ada! Selepas makan kami singgah di kedai buku Hasani. Saja nak tengok buku-buku baru. Khabarnya buku terbaru Kang Abik sudah di pasaran. Sedang asyik meninjau buku-buku di rak, telinga sempat menangkap perbualan seorang lelaki dengan dua orang perempuan muda. Tak pasti bagaimana saya boleh tertarik dengan perbualan mereka cuma suara lelaki itu sangat kuat dan boleh didengari seluruh kedai. Mulanya saya fikir lelaki tersebut salah seorang pekerja di situ sebaliknya bukan. Tapi dua wanita itu memang pekerja di situ melihat kepada t...