Langkau ke kandungan utama

Berjabat tangan

Berjabat tangan sesama Muslim merupakan amalan yang disunnahkan. Bahkan perbuatan inilah yang selalu dilakukan Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam saat bertemu dengan para sahabat radiallahu 'anhum ajma'ien.

Selain sunnah, berjabat tangan atau bersalam-salaman ini boleh menghapuskan dosa kedua pihak yang beramal dengannya. Sebagaimana sabda Baginda sallallahu 'alaihi wasallam , "Jika dua orang Muslim bersalaman, kedua tapak tangan mereka tidak berpisah, kecuali telah mendapatkan keampunan untuk keduanya." (Riwayat at-Thabarani)

Maka dengan itu walaupun sering dianggap remeh, amalan berjabat tangan hendaklah diberi keutamaan. Bukan hanya memperolehi pahala bersalaman malah dapat meraih juga kekuatan ukhwah.

Adalah dianjurkan mendahului berjabat tangan dengan mengucapkan salam. Sabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam, "Tidaklah bagi dua orang Muslim yang bertemu hingga salah satu dari mereka mengucapkan salam dan berjabat tangan, dan tidak berjabat kecuali kerana Allah subhanahu wa ta'ala." (Riwayat Ahmad) Berdasarkan hadis ini juga berjabat tangan hendaklah kerana Allah lalu wujudnya rasa persaudaraan.

Ketika berjabat hendaklah keduanya saling menggenggam erat tangan saudaranya. Dari Yaaqub bin Sufyan radiallahu 'anhu bahawa "Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam jika bersalaman dengan orang lain atau orang lain bersalaman dengan Baginda, Rasulullah tidak akan melepaskan genggaman kecuali setelah pihak lain melepaskannya terlebih dahulu."(Riwayat at-Tarmizi)

Yaaqub bin Sufyan radiallahu 'anhu juga turut mengkhabarkan bahawa "Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam tidak memalingkan pandangan dari pihak yang berjabat tangan dengan Baginda sehinggalah orang itu berlalu pergi meninggalkan Baginda."(Riwayat at-Tarmizi)

Ia sama sekali bertentangan dengan sebilangan masyarakat kita yang kurang perhatian apabila berjabat tangan dengan orang lain. Tangan tidak digenggam erat sedang mata pula memandang ke arah lain. Padahal contoh yang ditunjukkan oleh Baginda melalui hadis di atas mampu membangkitkan perasaan cinta sesama saudara seakidah. Selain itu dianjurkan juga supaya menggerak-gerakkan tangan ketika berjabat dan ini bertujuan menampakkan rasa cinta dengan pihak yang diajak berjabat tangan.(Hasiyah al-Adawi)

Perlu juga diingatkan bahawa jumhur Ulama melarang berjabat tangan dengan orang yang berlainan jantina. Dalam hal ini, ucapan Ummul Mukminin Aisyah radiallahu 'anha menjadi sandarannya. Katanya, "Demi Allah, tidak ada wanita yang menyentuh tangan Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam saat bai'at..."(Riwayat al-Bukhari)

Masyarakat Melayu merupakan masyarakat yang tidak asing dengan amalan ini. Di mana sahaja bertemu sama ada bertandang ke rumah, masjid, kenduri, pasaraya malah di tepi jalan tetap mahu berjabat tangan. Namun harus diakui unsur-unsur berjabat tangan yang dianjurkan sunnah seperti menggengam tangan dengan erat dan memandang ke muka saudaranya kurang diberi perhatian. Justeru kembalikan amalan mulia ini kepada asalnya menurut sunnah agar kita benar-benar menghayatinya dan beroleh keberkatan darinya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tulang atau lebihan daging korban dan akikah

Mungkin agak terlewat untuk saya berbicara mengenai tajuk ini memandangkan musim korban sudah pun berakhir. Namun saya percaya masih terdapat saki baki daging korban yang masih menjadi hidangan kita dalam beberapa hari ini. Di samping itu saya juga masih tidak terlepas dari pertanyaan beberapa kenalan mengenai bagaimana harus diperlakukan ke atas tulang dan lebihan daging yang menjadi korban atau akikah. Tanpa menafikan tentang kefahaman yang dibawa sejak berzaman tentang wajibnya menanam tulang dan sisa daging sama ada mentah atau yang telah di masak, saya bersyukur kerana didedahkan dengan pandangan yang berbeza dan meyakinkan sekaligus memadam kekaburan terhadap pandangan terdahulu yang menyusahkan. Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan. Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah ha...

Tahlil dalam Majlis Akikah

Satu lagi program tahunan surau telah disempurnakan kelmarin dengan muafakat penduduk. Program yang saya namakan Akikah Perdana merupakan program yang diletakkan di bawah tanggungjawab saya sebagai pengerusinya. Walaupun diadakan pada 27hb. Rejab ia tidaklah sempena sambutan Isra' dan Mi'raj tetapi mengambil kesempatan negeri Kedah bercuti pada hari tersebut. Seekor lembu ditumbangkan sebagai memenuhi hajat peserta-peserta yang mengambil bahagian menjamu hampir 1000 orang yang hadir. Lebih menggembirakan apabila nasi serta lauk pauk dapat dihabiskan sama ada dimakan atau di bawa pulang, memudahkan petugas menjalankan kerja-kerja membersih dan mengemas kembali. Cuma yang agak kurang menyenangkan saya apabila dengan tidak semena-mena tuan penasihat surau yang selama ini melantik dirinya sendiri sebagai imam surau mengajak hadirin bertahlil tanpa berbincang dengan saya terlebih dahulu. Sememangnya beliau sangat mahir mengetuai majlis-majlis bacaan yasin, tahlil dan doa selamat. Se...

Apa ada pada jawatan?

Apa ada pada jawatan? Mungkin ada segelintir orang yang bertanyakan hal ini bahkan sememangnya ada. Mereka ini tidak menunjukkan sebarang minat untuk berebut jawatan malah ditawar pun terasa berat menerimanya. Kalau setakat nak buat kerja, ahli biasa pun boleh buat. Lagi senang, tak payah sakit-sakit kepala. Hakikatnya pada jawatan ada segalanya. Selain beban dan tanggungjawab, pada jawatan itu juga ada wang, harta, kuasa, pengaruh dan glamour. Tak kira di peringkat mana sekalipun, sehingga rumah Allah juga bisa menjadi medan berebut jawatan. Masakan tidak andai perebutan itu mendatangkan hasil lumayan seperti yang diimpikan. Ada jawatan, berkuasa kita. Atau dengan jawatan boleh mengumpul wang dan harta. 'Alah', gaji ketua kampung bukan banyak pun. Tak mengapa glamournya ada. Pergi ke mana orang pandang, orang layan. Kalau kenduri orang lain makan ambil sendiri, tapi kita makan berhidang. Banyak lagi sebenarnya nikmat berjawatan. Kita biasa mendengar cerita ulama silam terlalu...