Langkau ke kandungan utama

SABOTAJ

Sudah ada berita yang tidak enak didengar walaupun ia bukanlah perkara baru dalam pilihanraya. Seolah-olah sudah diagendakan setiap kali pilihanraya. Cumanya ia tidak dihebahkan dalam akhbar lebih-lebih lagi pihak yang melakukan datangnya dari kelompok pemegang kuasa negara. Bimbang imej tercemar, rakyat nanti beralih haluan. Maka yang baik semuanya dari mereka yang buruk itu lawan mereka.

Sekadar berkongsi cerita. Berlaku di sebelah utara. Rumah calon PAS di N.27 Pantai Merdeka telah dibaling cat. Kejadian disedari oleh ahli keluarga beliau pada pagi Sabtu 23 Februari sehari sebelum penamaan calon. Menurut sumber, menantu perempuan calon tersebut terdengar bunyi enjin di hadapan rumah mereka kira-kira jam 3 pagi tetapi tidak mengesyaki sebarang perkara buruk berlaku. Sampel cat tersebut telah diambil oleh pembantu calon tersebut dan di bawa ke pejabat PAS Kawasan Sungai Petani. Pembaca yang berminat untuk mendapatkan pengesahan cerita boleh menghubungi Pejabat PAS Kawasan Sungai Petani, no. telefon 04-4387368. Belum dapat dipastikan sama ada laporan polis dibuat atau tidak.

Ketika pakatan pembangkang dan NGO di atas nama BERSIH mengadakan demonstrasi di ibu kota sekitar bulan Oktober tahun lalu, saya adalah orang yang sangat tidak bersetuju dengan pendekatan tersebut. Saya ada pendirian sendiri tentangnya. Saya juga sangat bersetuju dengan kenyataan Y.A.B PM dan konconya bahawa demonstrasi bukan budaya kita. Tapi adakah tindakan membaling cat ke rumah calon lawan merupakan budaya UMNO dan BN???

Ini bukan pertama kali berlaku dalam sejarah pilihanraya, malah setiap kali pilihanraya juak-juak BN pasti akan mengulangi kerja yang tidak bertamadun itu. Bukan sekali tapi dah banyak kali!!

Rakyat Malaysia! Halang mereka dari terus mengganas. Mereka si zalim yang memerlukan bantuan kita untuk menghentikan kezaliman mereka. Undi protes untuk mengajar mereka erti demokrasi.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tokoh Radikal Dalam Sejarah Kemerdekaan Negara

Bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Ismail bin Dato Abdul Rahman pernah menyatakan dalam ucapannya ketika menerima Ijazah Kehormat Doktor Undang-undang di Konvokesyen Universiti Sains Malaysia (1973), " bahawa sekalipun kemerdekaan telah dicapai oleh golongan moderate, tetapi sejarah membuktikan bahawa golongan nasionalis radikal juga telah memberikan sumbangan terhadap tercapainya kemerdekaan ". Ini membuktikan bahawa sumbangan dan pengorbanan golongan radikalisme Melayu amat bermakna dan tidak ternilai pentingnya. Merekalah tokoh politik nasional yang mampu menggegarkan kedudukan rejim British dan juga golongan elit Melayu. Gerakan Berhaluan Kiri atau lebih dikenali dengan panggilan radikal bermotifkan perjuangan mengusir penjajah British dari Tanah Melayu. Mereka memilih cara tidak berkompromi dengan penjajah. Berbeza dengan politik berhaluan kanan yang bekerjasama dengan penjajah dikenali sebagai moderate seperti UMNO. Siapakah mereka yang termasuk dalam g

Memenuhi kehendak(Iradah) Allah.

Berdasarkan buku teks Pendidikan Islam Tahun 5, maksud Iradah dijelaskan sebagai Allah berkehendak melakukan semua perkara tanpa terikat dengan sesuatu. Dalil kepada sifat Iradah diambil dari ayat 16 surah al-Buruj yang bermaksud " Allah berkuasa melakukan apa yang dikehendaki-NYA " Hujan, panas, peredaran planet malahan gempa bumi dan tsunami semuanya berlaku dengan kehendak Allah. Kejadian-kejadian tersebut juga menggambarkan betapa patuhnya makhluk-makhluk Allah tersebut melaksanakan kehendak Khaliqnya. Begitulah penerangan yang sepatutnya. Bukan dengan membandingkan kehendak manusia dengan kehendak Allah seperti yang terkandung dalam buku teks, sebaliknya membandingkan kepatuhan manusia dalam melaksanakan perintah dan kehendak Allah dengan kepatuhan makhluk Allah yang lain. Perlu ditekankan juga berbanding manusia yang terlalu kerdil, makhluk-makhluk tersebut juga lebih besar dan hebat penciptaannya. Panas yang membahang, hujan yang mencurah bumi, matahari yang terbit

Apa ada pada jawatan?

Apa ada pada jawatan? Mungkin ada segelintir orang yang bertanyakan hal ini bahkan sememangnya ada. Mereka ini tidak menunjukkan sebarang minat untuk berebut jawatan malah ditawar pun terasa berat menerimanya. Kalau setakat nak buat kerja, ahli biasa pun boleh buat. Lagi senang, tak payah sakit-sakit kepala. Hakikatnya pada jawatan ada segalanya. Selain beban dan tanggungjawab, pada jawatan itu juga ada wang, harta, kuasa, pengaruh dan glamour. Tak kira di peringkat mana sekalipun, sehingga rumah Allah juga bisa menjadi medan berebut jawatan. Masakan tidak andai perebutan itu mendatangkan hasil lumayan seperti yang diimpikan. Ada jawatan, berkuasa kita. Atau dengan jawatan boleh mengumpul wang dan harta. 'Alah', gaji ketua kampung bukan banyak pun. Tak mengapa glamournya ada. Pergi ke mana orang pandang, orang layan. Kalau kenduri orang lain makan ambil sendiri, tapi kita makan berhidang. Banyak lagi sebenarnya nikmat berjawatan. Kita biasa mendengar cerita ulama silam terla