Langkau ke kandungan utama

KEMPEN

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menetapkan tarikh pembuangan undi bagi Pilihanraya Umum Ke-12 (PRU 12) pada 8 Mac depan sementara penamaan calon akan dijalankan pada 24 Februari. Ini bererti semua pihak yang terlibat dalam PRU 12 ini mempunyai tempoh 13 hari untuk berkempen dan disifatkan sebagai tempoh berkempen paling panjang sejak 22 tahun yang lalu. Penghargaan buat SPR kerana memanjangkan tempoh berkempen berbanding PRU yang lalu iaitu 8 hari sahaja. Pun begitu sepatutnya tempoh tersebut boleh dipanjangkan lagi kerana negara mempunyai masa 60 hari selepas Parlimen dibubarkan untuk membentuk kerajaan baru. Namun menurut Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman tempoh berkempen tidak boleh terlalu lama kerana bimbang akan tercetus kekacauan. Menurutnya lagi terlalu banyak isu sensitif yang mungkin akan menyebabkan suasana huru hara semasa kempen berlangsung.

Satu kenyataan yang menimbulkan persoalan. Seperti ada percanggahan dengan apa yang dicanangkan oleh pimpinan-pimpinan kerajaan selama ini. Negara kita aman. Politiknya stabil. Rakyat bersatu padu. Semuanya hasil kebijaksanaan kerajaan BN mencorakkan negara. Sementelahan pasukan polis negara adalah antara yang terbaik di dunia. Kalau begitulah situasinya, mengapa perlu dibimbangi soal keselamatan negara? Apa sebenarnya yang hendak disembunyikan? Kebimbangan terhadap soal keselamatan negara atau keselamatan sang penyandang kuasa yang tergugat dek kelemahan pengendalinya.

Harapan saya sepanjang tempoh berkempen ini, semua pihak yang terlibat dapat menggunakannya dengan sebaik mungkin bagi menerangkan manifesto agar dapat difahami rakyat. Elakkan dari kempen ala jahiliyah yang mengenepikan soal akhlak. Tak perlulah ada maki hamun, fitnah, memburukkan peribadi lawan sebagai ramuan dalam isi kempen yang hendak dihidangkan kepada pengundi nanti.

Agaknya, akan tertunaikah nanti hajat saya melihat suasana kempen yang positif. Bolehkah nanti saya melihat pihak yang bertanding berkempen dengan hanya menceritakan apa yang mereka akan dan sudah lakukan, perancangan, misi dan visi calon atau parti untuk membawa kebaikan negara seandainya diberi peluang memerintah negara. Saya sedang menantikan saat itu. he.... he....

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tulang atau lebihan daging korban dan akikah

Mungkin agak terlewat untuk saya berbicara mengenai tajuk ini memandangkan musim korban sudah pun berakhir. Namun saya percaya masih terdapat saki baki daging korban yang masih menjadi hidangan kita dalam beberapa hari ini. Di samping itu saya juga masih tidak terlepas dari pertanyaan beberapa kenalan mengenai bagaimana harus diperlakukan ke atas tulang dan lebihan daging yang menjadi korban atau akikah. Tanpa menafikan tentang kefahaman yang dibawa sejak berzaman tentang wajibnya menanam tulang dan sisa daging sama ada mentah atau yang telah di masak, saya bersyukur kerana didedahkan dengan pandangan yang berbeza dan meyakinkan sekaligus memadam kekaburan terhadap pandangan terdahulu yang menyusahkan. Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan. Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah ha...

Tahlil dalam Majlis Akikah

Satu lagi program tahunan surau telah disempurnakan kelmarin dengan muafakat penduduk. Program yang saya namakan Akikah Perdana merupakan program yang diletakkan di bawah tanggungjawab saya sebagai pengerusinya. Walaupun diadakan pada 27hb. Rejab ia tidaklah sempena sambutan Isra' dan Mi'raj tetapi mengambil kesempatan negeri Kedah bercuti pada hari tersebut. Seekor lembu ditumbangkan sebagai memenuhi hajat peserta-peserta yang mengambil bahagian menjamu hampir 1000 orang yang hadir. Lebih menggembirakan apabila nasi serta lauk pauk dapat dihabiskan sama ada dimakan atau di bawa pulang, memudahkan petugas menjalankan kerja-kerja membersih dan mengemas kembali. Cuma yang agak kurang menyenangkan saya apabila dengan tidak semena-mena tuan penasihat surau yang selama ini melantik dirinya sendiri sebagai imam surau mengajak hadirin bertahlil tanpa berbincang dengan saya terlebih dahulu. Sememangnya beliau sangat mahir mengetuai majlis-majlis bacaan yasin, tahlil dan doa selamat. Se...

Asalnya Wahhabiyah

TIADA PERKAITAN DENGAN ANTARA AL-WAHHABIYAH AL-RUSTUMIAH (ABDUL WAHAB BIN ABDUL RAHMAN BIN RUSTUM) DENGAN GERAKAN REFORMASI DAKWAH SHEIKH MUHAMMAD BIN ABDUL WAHAB Tulisan Dr Muhammad Bin Saad Al-Syuwai'ir Ketua Pengarang Majalah Al-Buhuth Al-Islamiyah Konflik yang berlaku ke atas dakwah Syeikh Muhammad Bin Abdul Wahab telah memberi ruang untuk penjenamaan kepada label " al-Wahhabiyah" sebagai tohmahan melulu kepadanya. Sebagaimana perkara ini telah digerakkan oleh beberapa puak Tarekat Sufi untuk kemaslahatan mereka bagi mengaburi mata orang awam. Perbuatan tersebut juga memberi kelebihan kepada musuh Islam yang sentiasa memerhatikan dan memastikan umat Islam diperkotak-katikan. Mereka menanam benih-benih kejahatan dan perselisihan di antara sesama Islam. Kerana mereka begitu mengerti akan bakal dibuat oleh cerdik pandai ini dan cuba mengembangkannya. Isu ini sering kali telah diperkatakan dan selalu ditulis dalam pelbagai makalah. Apa yang menjadi dorongan kep...