Langkau ke kandungan utama

Allah mahu mencabar manusia

H1N1@ selsema babi. Lagi bala Allah buat umat manusia. Mudah pula berjangkitnya. Hanya sentuhan dengan orang yang menghidapnya. Ingatkan selsema babi tu hanya menyerang orang yang makan babi sahaja. 

Seorang doktor perubatan pernah berkata, semakin canggih dunia perubatan semakin canggih penyakit yang Allah hantar kepada kita. Saya yakin doktor ini seorang yang beriman kerana dia bijak mengaitkan setiap kejadian dengan Yang Maha Berkehendak.

Allah sebenarnya mahu mencabar kita. Bukan sekali malah sudah berkali Allah mencabar manusia. Dalam surah al-Baqarah Allah mencabar manusia yang ingkar dengan kitab Allah agar mencipta satu surah yang menyamai surah dalam al Quran(al-Baqarah: ayat23). Allah juga mencabar manusia dan jin jika mampu menembus keluar dari kawasan langit dan bumi (ar-Rahman: ayat33). 

Dalam hal ini Allah mungkin mahu mencabar manusia supaya menggunakan seluruh kudrat meliputi akal yang dianugerahiNYA bagi mencari penawar untuk setiap wabak yang mengganggu ketenteraman hidup manusia. "Setiap penyakit ada ubatnya." Itu jaminan Baginda Rasul sallallahu 'alaihi wasallam. Beruntunglah bagi doktor yang muslim lagi beriman menggunakan kesempatan ini untuk berjihad melawan segala penyakit dan mengembalikan keamanan buat umat manusia. 

Mungkin juga Allah mahu mencabar manusia yang angkuh dengan segala bentuk kemajuan yang dicapai supaya kembali mengakui kekuasaan Allah ke atas alam ini. Segala yang diperolehi adalah pinjaman semata. Justeru layakkah manusia untuk merasa bangga dan megah dengan pencapaian mereka?

Manusia selalu leka. Di kala senang mereka jauh meninggalkan Allah. Bila susah mereka ingin kembali kepada Allah, malangnya mereka gagal mencari jalan pulang lantaran terlalu jauh tersesat. Mereka pun mencari dadah, arak dan pelacur. Mereka memilih untuk mencari dan menyahut seruan iblis. Tetaplah mereka dalam murka Allah. Lalu Allah turunkan bala.

Dan bala Allah tidak mengenal sesiapa. Baik mereka di Mexico atau Kanada atau benua Eropah atau Asia. Semua turut merasa. Kalau itu sudah kehendakNYA.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tulang atau lebihan daging korban dan akikah

Mungkin agak terlewat untuk saya berbicara mengenai tajuk ini memandangkan musim korban sudah pun berakhir. Namun saya percaya masih terdapat saki baki daging korban yang masih menjadi hidangan kita dalam beberapa hari ini. Di samping itu saya juga masih tidak terlepas dari pertanyaan beberapa kenalan mengenai bagaimana harus diperlakukan ke atas tulang dan lebihan daging yang menjadi korban atau akikah. Tanpa menafikan tentang kefahaman yang dibawa sejak berzaman tentang wajibnya menanam tulang dan sisa daging sama ada mentah atau yang telah di masak, saya bersyukur kerana didedahkan dengan pandangan yang berbeza dan meyakinkan sekaligus memadam kekaburan terhadap pandangan terdahulu yang menyusahkan. Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan. Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah ha...

Apa ada pada jawatan?

Apa ada pada jawatan? Mungkin ada segelintir orang yang bertanyakan hal ini bahkan sememangnya ada. Mereka ini tidak menunjukkan sebarang minat untuk berebut jawatan malah ditawar pun terasa berat menerimanya. Kalau setakat nak buat kerja, ahli biasa pun boleh buat. Lagi senang, tak payah sakit-sakit kepala. Hakikatnya pada jawatan ada segalanya. Selain beban dan tanggungjawab, pada jawatan itu juga ada wang, harta, kuasa, pengaruh dan glamour. Tak kira di peringkat mana sekalipun, sehingga rumah Allah juga bisa menjadi medan berebut jawatan. Masakan tidak andai perebutan itu mendatangkan hasil lumayan seperti yang diimpikan. Ada jawatan, berkuasa kita. Atau dengan jawatan boleh mengumpul wang dan harta. 'Alah', gaji ketua kampung bukan banyak pun. Tak mengapa glamournya ada. Pergi ke mana orang pandang, orang layan. Kalau kenduri orang lain makan ambil sendiri, tapi kita makan berhidang. Banyak lagi sebenarnya nikmat berjawatan. Kita biasa mendengar cerita ulama silam terlalu...

Tahlil dalam Majlis Akikah

Satu lagi program tahunan surau telah disempurnakan kelmarin dengan muafakat penduduk. Program yang saya namakan Akikah Perdana merupakan program yang diletakkan di bawah tanggungjawab saya sebagai pengerusinya. Walaupun diadakan pada 27hb. Rejab ia tidaklah sempena sambutan Isra' dan Mi'raj tetapi mengambil kesempatan negeri Kedah bercuti pada hari tersebut. Seekor lembu ditumbangkan sebagai memenuhi hajat peserta-peserta yang mengambil bahagian menjamu hampir 1000 orang yang hadir. Lebih menggembirakan apabila nasi serta lauk pauk dapat dihabiskan sama ada dimakan atau di bawa pulang, memudahkan petugas menjalankan kerja-kerja membersih dan mengemas kembali. Cuma yang agak kurang menyenangkan saya apabila dengan tidak semena-mena tuan penasihat surau yang selama ini melantik dirinya sendiri sebagai imam surau mengajak hadirin bertahlil tanpa berbincang dengan saya terlebih dahulu. Sememangnya beliau sangat mahir mengetuai majlis-majlis bacaan yasin, tahlil dan doa selamat. Se...