Langkau ke kandungan utama

Kabinet Najib atau Kabinet Dr M?

Kabinet baru. Macam-macam ulasan dah terbit sebaik diumumkan Perdana Menteri petang tadi. Ramai yang kata kabinet kitar semula. Muka yang sama cuma ubah kementerian saja. Seperkara lagi, Datuk Seri Najib melantik semula bekas-bekas Menteri dan Timbalan Menteri yang dipinggir Pak Lah setelah kalah dalam PRU lalu. Kalau itu yang dimaksudkan transformasi Najib, saya setuju. Maka tersenyum lebarlah Tsu Koon, Awang Adek(bekas MB Kelantan yang tak jadi) dan Shahrizat.

Tulisan yang serba serbi cetek ini sekadar pandangan biasa seorang rakyat Malaysia yang tidak dapat lari dari terkena tempiasnya. Melihat dengan menggunakan kaca mata sendiri.

Melihat seakan adanya pengaruh Dr M dalam menentukan corak kabinet Najib. Anaknya yang tiada berjawatan dalam UMNO dilantik sebagai Timbalan Menteri meninggalkan Khairy yang baru ditabalkan selaku Ketua Pemuda berputih mata. Bekas Presiden UMNO itu memang tidak pernah sukakan Khairy. Malah meluatnya pada menantu Pak Lah itu tidak pernah padam sehingga hari ini. Harian Metro hari ini menyiarkan pandangannya jika Ahli Parlimen Rembau itu dilantik dalam Kabinet. Katanya, pelantikan itu akan menyebabkan BN hilang kredibilitinya pada mata rakyat. Satu pandangan yang menyakitkan tetapi berterus terang. Hakikatnya sengketa peribadinya dengan Pak Lah sekeluarga belum lagi langsai.



Atau mungkin juga Najib melihat adanya unsur-unsur tidak bersih dalam pemilihan Pemuda UMNO yang memenangkan Khairy. Mungkin Khairy dilihat bermain kotor sehingga dirasai tidak layak berada dalam kabinetnya. Maka sebenarnya ia adalah keputusan mutlak Najib.



Tapi, menteri-menteri lain pula terjaminkah bersih?

Akhir sekali Najib turut mengumumkan jawatan penasihat ekonomi bertaraf menteri. Siapa orangnya? Dr Mahathir kah?

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tulang atau lebihan daging korban dan akikah

Mungkin agak terlewat untuk saya berbicara mengenai tajuk ini memandangkan musim korban sudah pun berakhir. Namun saya percaya masih terdapat saki baki daging korban yang masih menjadi hidangan kita dalam beberapa hari ini. Di samping itu saya juga masih tidak terlepas dari pertanyaan beberapa kenalan mengenai bagaimana harus diperlakukan ke atas tulang dan lebihan daging yang menjadi korban atau akikah. Tanpa menafikan tentang kefahaman yang dibawa sejak berzaman tentang wajibnya menanam tulang dan sisa daging sama ada mentah atau yang telah di masak, saya bersyukur kerana didedahkan dengan pandangan yang berbeza dan meyakinkan sekaligus memadam kekaburan terhadap pandangan terdahulu yang menyusahkan. Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan. Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah ha...

Tahlil dalam Majlis Akikah

Satu lagi program tahunan surau telah disempurnakan kelmarin dengan muafakat penduduk. Program yang saya namakan Akikah Perdana merupakan program yang diletakkan di bawah tanggungjawab saya sebagai pengerusinya. Walaupun diadakan pada 27hb. Rejab ia tidaklah sempena sambutan Isra' dan Mi'raj tetapi mengambil kesempatan negeri Kedah bercuti pada hari tersebut. Seekor lembu ditumbangkan sebagai memenuhi hajat peserta-peserta yang mengambil bahagian menjamu hampir 1000 orang yang hadir. Lebih menggembirakan apabila nasi serta lauk pauk dapat dihabiskan sama ada dimakan atau di bawa pulang, memudahkan petugas menjalankan kerja-kerja membersih dan mengemas kembali. Cuma yang agak kurang menyenangkan saya apabila dengan tidak semena-mena tuan penasihat surau yang selama ini melantik dirinya sendiri sebagai imam surau mengajak hadirin bertahlil tanpa berbincang dengan saya terlebih dahulu. Sememangnya beliau sangat mahir mengetuai majlis-majlis bacaan yasin, tahlil dan doa selamat. Se...

Asalnya Wahhabiyah

TIADA PERKAITAN DENGAN ANTARA AL-WAHHABIYAH AL-RUSTUMIAH (ABDUL WAHAB BIN ABDUL RAHMAN BIN RUSTUM) DENGAN GERAKAN REFORMASI DAKWAH SHEIKH MUHAMMAD BIN ABDUL WAHAB Tulisan Dr Muhammad Bin Saad Al-Syuwai'ir Ketua Pengarang Majalah Al-Buhuth Al-Islamiyah Konflik yang berlaku ke atas dakwah Syeikh Muhammad Bin Abdul Wahab telah memberi ruang untuk penjenamaan kepada label " al-Wahhabiyah" sebagai tohmahan melulu kepadanya. Sebagaimana perkara ini telah digerakkan oleh beberapa puak Tarekat Sufi untuk kemaslahatan mereka bagi mengaburi mata orang awam. Perbuatan tersebut juga memberi kelebihan kepada musuh Islam yang sentiasa memerhatikan dan memastikan umat Islam diperkotak-katikan. Mereka menanam benih-benih kejahatan dan perselisihan di antara sesama Islam. Kerana mereka begitu mengerti akan bakal dibuat oleh cerdik pandai ini dan cuba mengembangkannya. Isu ini sering kali telah diperkatakan dan selalu ditulis dalam pelbagai makalah. Apa yang menjadi dorongan kep...