Langkau ke kandungan utama

Biarlah.....

Praaapp, pap, pap!

Dam, dum, dam, dum!

Shhhhhh......... kabommmmm!!!

Haa.... ini bukan situasi di Palestin, Iraq atau Afghanistan.

Ini juga bukan kejadian berbalas tembakan antara polis dan penjenayah.

Ini sebenarnya keadaan yang berlaku di kawasan kejiranan saya(dan mungkin kawasan lain juga) kira-kira jam 12 tengah malam semalam.

Ia sebenarnya bunyi mercun dari rumah-rumah jiran beragama Hindu yang meyambut Deepavali hari ini. Dan ini bukan pertama kali. Asal Deepavali beginilah keadaannya. Kuatnya bunyi bisa mengejutkan anak kecil, anak besar, bapa anak dan ibu anak sekaligus.

Mahu ditegur, tak kena pula rasanya. Manakan tidak. Perangai orang kita pun semacam, kadang-kadang lagi teruk. Lihat saja ketika sambutan Aidil Fitri. Bukan setakat mercun, siap dengan meriam lagi. Bukan saja kuat, dah bergegar pun.

Kalau begini keadaannya, patutkah saya tegur mereka? Nanti apa pula jawab mereka? Kita juga yang tanggung malu. Kita sendiri yang tak pernah tunjuk contoh yang baik kepada mereka. Sesekali mereka nak buat bising, biarkanlah. Lagi pun kalau tidak ada bunyi mercun, orang tak tahu pula hari ini Deepavali.

::Sebenarnya tak ada benda nak cerita pun ~!;+-@#$^&*?"}<>

Ulasan

شاح اندرني berkata…
Salam uncle.. Sejak 1 malaysia dilaung.. semangat kekitaan dah tak wujud dah.. Uncle rasa tak mahu tegur pun sebabkan perlaksanaan 1 malaysia dah mengambil alih.. mereka yang baut bising walaupun merayakan hari raya mereka pun menganggap jiran tak kisah sebabkan semangat 1 malaysialah.. punah weiii
Azridul berkata…
1 Malaysia? Semacam je bunyi tu. he.. he..

Sebenarnya bukan kerana 1 Malaysia, tapi takut rumah dibaling batu.

Pernah rumah saya dibaling botol arak. Baru 2 minggu sudah.

Catatan popular daripada blog ini

Tulang atau lebihan daging korban dan akikah

Mungkin agak terlewat untuk saya berbicara mengenai tajuk ini memandangkan musim korban sudah pun berakhir. Namun saya percaya masih terdapat saki baki daging korban yang masih menjadi hidangan kita dalam beberapa hari ini. Di samping itu saya juga masih tidak terlepas dari pertanyaan beberapa kenalan mengenai bagaimana harus diperlakukan ke atas tulang dan lebihan daging yang menjadi korban atau akikah. Tanpa menafikan tentang kefahaman yang dibawa sejak berzaman tentang wajibnya menanam tulang dan sisa daging sama ada mentah atau yang telah di masak, saya bersyukur kerana didedahkan dengan pandangan yang berbeza dan meyakinkan sekaligus memadam kekaburan terhadap pandangan terdahulu yang menyusahkan. Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan. Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah ha...

Apa ada pada jawatan?

Apa ada pada jawatan? Mungkin ada segelintir orang yang bertanyakan hal ini bahkan sememangnya ada. Mereka ini tidak menunjukkan sebarang minat untuk berebut jawatan malah ditawar pun terasa berat menerimanya. Kalau setakat nak buat kerja, ahli biasa pun boleh buat. Lagi senang, tak payah sakit-sakit kepala. Hakikatnya pada jawatan ada segalanya. Selain beban dan tanggungjawab, pada jawatan itu juga ada wang, harta, kuasa, pengaruh dan glamour. Tak kira di peringkat mana sekalipun, sehingga rumah Allah juga bisa menjadi medan berebut jawatan. Masakan tidak andai perebutan itu mendatangkan hasil lumayan seperti yang diimpikan. Ada jawatan, berkuasa kita. Atau dengan jawatan boleh mengumpul wang dan harta. 'Alah', gaji ketua kampung bukan banyak pun. Tak mengapa glamournya ada. Pergi ke mana orang pandang, orang layan. Kalau kenduri orang lain makan ambil sendiri, tapi kita makan berhidang. Banyak lagi sebenarnya nikmat berjawatan. Kita biasa mendengar cerita ulama silam terlalu...

Tahlil dalam Majlis Akikah

Satu lagi program tahunan surau telah disempurnakan kelmarin dengan muafakat penduduk. Program yang saya namakan Akikah Perdana merupakan program yang diletakkan di bawah tanggungjawab saya sebagai pengerusinya. Walaupun diadakan pada 27hb. Rejab ia tidaklah sempena sambutan Isra' dan Mi'raj tetapi mengambil kesempatan negeri Kedah bercuti pada hari tersebut. Seekor lembu ditumbangkan sebagai memenuhi hajat peserta-peserta yang mengambil bahagian menjamu hampir 1000 orang yang hadir. Lebih menggembirakan apabila nasi serta lauk pauk dapat dihabiskan sama ada dimakan atau di bawa pulang, memudahkan petugas menjalankan kerja-kerja membersih dan mengemas kembali. Cuma yang agak kurang menyenangkan saya apabila dengan tidak semena-mena tuan penasihat surau yang selama ini melantik dirinya sendiri sebagai imam surau mengajak hadirin bertahlil tanpa berbincang dengan saya terlebih dahulu. Sememangnya beliau sangat mahir mengetuai majlis-majlis bacaan yasin, tahlil dan doa selamat. Se...