Semalam saya menyampaikan kuliah di surau al-Muhtadin. Ia adalah kuliah ketiga dalam masa dua bulan. Sudah tentu ia bukan perkara yang mudah bagi saya kerana saya bukannya ahli dalam menyampaikan kuliah apatah lagi berceramah. Namun saya gagahkan juga menerima permintaan jamaah surau yang inginkan 'khidmat' saya. Saya sahut cabaran ini kerana ia adalah peluang untuk saya berkongsi sedikit pengetahuan yang ada pada saya selain peluang untuk berdakwah kepada jiran tetangga. Sekurang-kurangnya salah satu hak jiran telah tertunai. Manakala jadual yang diberi kepada saya adalah dua kali dalam sebulan. Setiap malam Isnin minggu ke-2 dan ke-4.
Membaca tulisan Kapten Hafiz Firdaus dalam Majalah i keluaran November memberi sedikit impak terutamanya dalam menangani waktu senggang. Saya akui selama ini saya meletakkan diri saya dalam zon selesa. Tugasan saya berakhir sebaik kereta Toyota Avanza 1.3 manual bergerak meninggalkan pintu pagar SKTT. Setiba di rumah jadual saya hanya menonton tv, tidur, sesekali keluar berjogging dan membaca. Itu pun bergantung pada mood. Buku "Bicara Buat Pemimpin dan Rakyat" karya Dr. Asri Zainol Abidin sudah tiga bulan saya beli tapi masih belum habis dibaca.
Sebaik menerima tugasan baru dari Pengerusi surau al-Muhtadin, saya rasa perlu mengubah sedikit jadual harian. Perlu ada masa untuk membaca, mengkaji dan meneliti sebagai persediaan bila tiba gilirannya nanti. Pastinya perkara ini bukan mudah. Ia bukan perkara yang boleh ditangani sambil lewa. Sampai saja masanya, pakai jubah, bawa kitab, berjalan dengan lagak tenang menuju ke kerusi dan meja yang disediakan, kemudian cakap ikut terkeluar saja. Oh, itu bukan cara saya. Kalau saya yang mementingkan setiap hujah mesti bersandarkan nas ketika mendengar kuliah dari ustaz-ustaz lain, maka itu juga perkara wajib bagi saya setelah mendapat peluang duduk di hadapan.
Justeru saya perlu keluar dari zon selesa. Malangnya, sampai saat ini saya masih gagal menyesuaikan diri.

Ulasan