Ada sebilangan ahli PAS di Kedah yang kurang senang dengan kenyataan YAB Ustaz Azizan bahawa PAS dan UMNO di Kedah seperti adik beradik. Kenyataan yang menggambarkan adanya hubungan mesra antara kerajaan dan pembangkang rupanya tidak mendapat restu sejumlah kecil ahli.
Kenapa? Entahlah.
Mungkin kerana dendam.
Atau mungkin kerana merasakan PAS lebih Islam dari UMNO. Sesuatu yang tidak dapat disangkal terdapat ahli yang ekstrem menghukum ahli UMNO sebagai fasiq malah lebih dahsyat sebagai munafiq. Ada yang mufaraqah dari solat jamaah kerana Imamnya penyokong UMNO.
Tak suka tengok Ustaz Azizan bersalam dengan Mahadir Khalid. Tak suka kalau orang UMNO terlibat dengan program-program kerajaan negeri. Tak suka Othman Aziz yang UMNO jadi Pengurus Pasukan Bolasepak Kedah. Tak suka itu! Tak suka ini!
Tapi depa lupa, ada ahli PAS yang adik beradiknya memang UMNO. Ada ahli yang ibubapanya UMNO. Ada juga ahli yang anaknya pula UMNO (calon BN Pantai Merdeka, maknya ahli PAS). Apa kita nak hukum? Putus saudara?
Tn. Hj. Mohamad Sabu dan YB Khalid Samad kena jawab.
Ulasan