Langkau ke kandungan utama

Obama atau Mc Cain?

Sejak setahun lalu, masyarakat dunia dihebahkan dengan pencalonan Presiden Amerika Syarikat ke-44 bagi menggantikan Bush yang bakal menamatkan penggal pemerintahannya. Negara semaju Amerika hanya menetapkan 2 penggal sahaja bagi seseorang Presidennya.

Begitulah Amerika. Apa sahaja yang berlaku pasti menarik perhatian masyarakat dunia untuk mengambil tahu mengenainya. Sama ada setuju atau tidak kita sendiri yang mengangkat kedudukan mereka sebagai pentadbir dunia. Jadilah mereka terus dengan sikap bongkak menganggap diri mereka berkuasa dan menguasai dunia. Salah siapa?

Bermula dengan pemilihan calon bagi parti yang bertanding baik Republikan atau Demokrat sehinggalah hari yang bakal menentukan Presiden ke-44 pada 4hb. Nov, semakin rancak orang memperkatakannya. Ada rakan-rakan yang menghadiri temuduga DG41 menjadikan ia sebagai isu dunia untuk diulas ketika ditemuduga.

Hari ini rakyat Amerika menjalankan tanggungjawab mereka untuk memilih calon kesukaan mereka. Dalam siaran berita, kita dapat lihat betapa terujanya mereka memberi pendapat mengenai calon pilihan mereka. Baik Obama mahupun McCain kedua-duanya dilihat mempunyai peluang biarpun Obama dikatakan mendahului pesaingnya.

Namun apa yang menentukan seseorang calon dipilih sebagai Presiden bukan hanya terletak kepada undi popular rakyat tetapi ia bergantung juga kepada undi dari Jawatankuasa Pemilih. Mereka (Jawatankuasa Pemilih) dilantik sebagai wakil kepada negeri-negeri di Amerika Syarikat. Lebih besar negeri tersebut maka lebih ramailah ahlinya. Dikatakan fungsi jawatankuasa ini sebagai mengimbangi undi popular rakyat yang berkemungkinan hilang kebijaksanaan mereka semasa mengundi. Sama ada mereka mengundi kerana marah, tertekan, tersalah tanda atau tidak mengenal calon dengan baik.

Pengaruh jawatankuasa ini sebagai penentu dapat dilihat dalam pilihanraya 2004 apabila calon Gore yang mendapat undi popular tidak dipilih sebagai Presiden sebaliknya Bush yang terpilih kerana mendapat kepercayaan dari Jawatankuasa Pemilih.

Persoalannya tentang kemungkinan wujudnya tangan-tangan ghaib yang mencorakkan pemilihan. Tangan-tangan yang menggerakkan bidak-bidak catur yang mencaturkan politik dunia. Tangan-tangan manusia dari bangsa yang hina tetapi menganggap merekalah bangsa yang mulia. Tangan-tangan manusia yang memusuhi semua bangsa di dunia khususnya umat Islam. Tangan-tangan manusia yang menanggap manusia selain mereka sebagai binatang. Tangan-tangan yang bercita-cita menghapuskan bangsa lain untuk mereka sahaja menghuni bumi ini. Itulah tangan-tangan Yahudi.

Kita sering mendengar tentang peranan aktif mereka dalam menentukan perjalanan politik dan ekonomi dunia. Perancangan licik mereka tidak memerlukan mereka berada di hadapan tetapi cukup sekadar mereka dibelakang tetapi amat berkuasa. Begitu halnya dengan pemilihan presiden Amerika Syarikat. Calon-calon presiden mestilah dari kalangan mereka yang direstui dan mampu menjaga kepentingan Yahudi seluruh dunia.

Obama atau Mc Cain. Siapa rakan kongsi baru Yahudi? Dan jangan lupa, Israel juga bakal mendapat Perdana Menteri baru. Seorang wanita yang dikatakan sangat kuat memusuhi orang Arab.

Presiden baru hanya akan ditentukan pada 20 Januari 2009 selepas Jawatankuasa Pemilih mengundi. Sehingga itu Bush masih kekal berkuasa.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tulang atau lebihan daging korban dan akikah

Mungkin agak terlewat untuk saya berbicara mengenai tajuk ini memandangkan musim korban sudah pun berakhir. Namun saya percaya masih terdapat saki baki daging korban yang masih menjadi hidangan kita dalam beberapa hari ini. Di samping itu saya juga masih tidak terlepas dari pertanyaan beberapa kenalan mengenai bagaimana harus diperlakukan ke atas tulang dan lebihan daging yang menjadi korban atau akikah. Tanpa menafikan tentang kefahaman yang dibawa sejak berzaman tentang wajibnya menanam tulang dan sisa daging sama ada mentah atau yang telah di masak, saya bersyukur kerana didedahkan dengan pandangan yang berbeza dan meyakinkan sekaligus memadam kekaburan terhadap pandangan terdahulu yang menyusahkan. Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan. Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah ha...

Apa ada pada jawatan?

Apa ada pada jawatan? Mungkin ada segelintir orang yang bertanyakan hal ini bahkan sememangnya ada. Mereka ini tidak menunjukkan sebarang minat untuk berebut jawatan malah ditawar pun terasa berat menerimanya. Kalau setakat nak buat kerja, ahli biasa pun boleh buat. Lagi senang, tak payah sakit-sakit kepala. Hakikatnya pada jawatan ada segalanya. Selain beban dan tanggungjawab, pada jawatan itu juga ada wang, harta, kuasa, pengaruh dan glamour. Tak kira di peringkat mana sekalipun, sehingga rumah Allah juga bisa menjadi medan berebut jawatan. Masakan tidak andai perebutan itu mendatangkan hasil lumayan seperti yang diimpikan. Ada jawatan, berkuasa kita. Atau dengan jawatan boleh mengumpul wang dan harta. 'Alah', gaji ketua kampung bukan banyak pun. Tak mengapa glamournya ada. Pergi ke mana orang pandang, orang layan. Kalau kenduri orang lain makan ambil sendiri, tapi kita makan berhidang. Banyak lagi sebenarnya nikmat berjawatan. Kita biasa mendengar cerita ulama silam terlalu...

Tahlil dalam Majlis Akikah

Satu lagi program tahunan surau telah disempurnakan kelmarin dengan muafakat penduduk. Program yang saya namakan Akikah Perdana merupakan program yang diletakkan di bawah tanggungjawab saya sebagai pengerusinya. Walaupun diadakan pada 27hb. Rejab ia tidaklah sempena sambutan Isra' dan Mi'raj tetapi mengambil kesempatan negeri Kedah bercuti pada hari tersebut. Seekor lembu ditumbangkan sebagai memenuhi hajat peserta-peserta yang mengambil bahagian menjamu hampir 1000 orang yang hadir. Lebih menggembirakan apabila nasi serta lauk pauk dapat dihabiskan sama ada dimakan atau di bawa pulang, memudahkan petugas menjalankan kerja-kerja membersih dan mengemas kembali. Cuma yang agak kurang menyenangkan saya apabila dengan tidak semena-mena tuan penasihat surau yang selama ini melantik dirinya sendiri sebagai imam surau mengajak hadirin bertahlil tanpa berbincang dengan saya terlebih dahulu. Sememangnya beliau sangat mahir mengetuai majlis-majlis bacaan yasin, tahlil dan doa selamat. Se...