Langkau ke kandungan utama

ADUN BN hantar bola tanggung

YB. Datuk Md Bashah (BN-Bakar Bata) ketika berucap membahaskan Titah Ucapan DYMM Sultan Kedah dan Belanjawan 2009 kelmarin, antara lain mendakwa EXCO Pendidikan Kedah tidak pernah melawat sekolah-sekolah kebangsaan serta menengah dan menyifatkannya sebagai tidak menjalankan amanah dan 'bersedia menjawab di hadapan Allah' nanti.

Nampaknya YB tidak peka dengan perkembangan terkini yang melarang ahli politik dari memasuki kawasan sekolah. Larangan tersebut pula datangnya dari kerajaan pusat yang diterajui parti BN atau secara khususnya dari Timbalan Menteri Pelajaran sendiri.

Justeru saya berpendapat tindakan EXCO tidak turun ke sekolah-sekolah adalah satu tindakan sebagai menghormati arahan dari kerajaan pusat. Selain itu ia juga bagi mengelak pihak sekolah, PPD dan JPN dipersalahkan sekiranya pihak kementerian mengetahui EXCO mengadakan lawatan sama ada rasmi atau tidak rasmi. Sebaliknya kerajaan pusat yang tidak menghormati kerajaan negeri. Ini bukannya satu rahsia lagi.

Selagi BN memegang kerajaan pusat kelakuan sumbang ini tidak ada kesudahan. Periksalah dan lihatlah sendiri sama ada di JPN, PPD dan sekolah-sekolah, sehinga hari ini tiada gambar YAB MB yang diganting. Murid-murid pun dah tak kenal Menteri Besar sendiri.

Pandangan saya, teguran atau dakwaan YB dari BN tersebut sepatutnya ditujukan kepada Menteri dan Timbalan Menteri Pelajaran kerana menghalang EXCO dari menjalankan tugasnya. Lebih tepatnya, Menteri dan Timbalan Menteri Pelajaran dan keseluruhan kepimpinan kerajaan pusat telah menghalang HAK EXCO dan hak wakil rakyat yang dipilih khususnya wakil rakyat kerajaan.

Dalam pengetahuan saya, ADUN Kuala Ketil pernah dihalang dari dijemput untuk merasmikan Mesyuarat Agung PIBG di Sekolah Kebangsaan Seri Jemerli dan merasmikan Hari Penyampaian Hadiah di SK Batu Pekaka. Sedangkan kedua-dua sekolah tersebut berada dalam kawasan yang diwakilinya. Larangan terhadap ADUN tersebut datangnya dari PPD Baling Sik. Sebaliknya, ADUN Kuala Nerang dari BN pula dibenarkan merasmikan Hari Penyampaian Hadiah di SK Teloi Kanan. Untuk pengetahuan, SK Teloi Kanan juga termasuk dalam DUN Kuala Ketil. Siapa yang beri kebenaran? PPD pun cuba bermain politik juga kah?

Sekali lagi saya mengesyorkan supaya ADUN Bakar Bata mengingatkan tentang ancaman azab kepada PPD terbabit kerana menghalang wakil rakyat menjalankan amanahnya.

Walaubagaimanapun dakwaan YB tersebut seumpama menghantar bola tanggung ke arah EXCO yang berkaitan. Tunggulah petang nanti. Nak smash ka atau ...............

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tulang atau lebihan daging korban dan akikah

Mungkin agak terlewat untuk saya berbicara mengenai tajuk ini memandangkan musim korban sudah pun berakhir. Namun saya percaya masih terdapat saki baki daging korban yang masih menjadi hidangan kita dalam beberapa hari ini. Di samping itu saya juga masih tidak terlepas dari pertanyaan beberapa kenalan mengenai bagaimana harus diperlakukan ke atas tulang dan lebihan daging yang menjadi korban atau akikah. Tanpa menafikan tentang kefahaman yang dibawa sejak berzaman tentang wajibnya menanam tulang dan sisa daging sama ada mentah atau yang telah di masak, saya bersyukur kerana didedahkan dengan pandangan yang berbeza dan meyakinkan sekaligus memadam kekaburan terhadap pandangan terdahulu yang menyusahkan. Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan. Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah ha...

Apa ada pada jawatan?

Apa ada pada jawatan? Mungkin ada segelintir orang yang bertanyakan hal ini bahkan sememangnya ada. Mereka ini tidak menunjukkan sebarang minat untuk berebut jawatan malah ditawar pun terasa berat menerimanya. Kalau setakat nak buat kerja, ahli biasa pun boleh buat. Lagi senang, tak payah sakit-sakit kepala. Hakikatnya pada jawatan ada segalanya. Selain beban dan tanggungjawab, pada jawatan itu juga ada wang, harta, kuasa, pengaruh dan glamour. Tak kira di peringkat mana sekalipun, sehingga rumah Allah juga bisa menjadi medan berebut jawatan. Masakan tidak andai perebutan itu mendatangkan hasil lumayan seperti yang diimpikan. Ada jawatan, berkuasa kita. Atau dengan jawatan boleh mengumpul wang dan harta. 'Alah', gaji ketua kampung bukan banyak pun. Tak mengapa glamournya ada. Pergi ke mana orang pandang, orang layan. Kalau kenduri orang lain makan ambil sendiri, tapi kita makan berhidang. Banyak lagi sebenarnya nikmat berjawatan. Kita biasa mendengar cerita ulama silam terlalu...

Tahlil dalam Majlis Akikah

Satu lagi program tahunan surau telah disempurnakan kelmarin dengan muafakat penduduk. Program yang saya namakan Akikah Perdana merupakan program yang diletakkan di bawah tanggungjawab saya sebagai pengerusinya. Walaupun diadakan pada 27hb. Rejab ia tidaklah sempena sambutan Isra' dan Mi'raj tetapi mengambil kesempatan negeri Kedah bercuti pada hari tersebut. Seekor lembu ditumbangkan sebagai memenuhi hajat peserta-peserta yang mengambil bahagian menjamu hampir 1000 orang yang hadir. Lebih menggembirakan apabila nasi serta lauk pauk dapat dihabiskan sama ada dimakan atau di bawa pulang, memudahkan petugas menjalankan kerja-kerja membersih dan mengemas kembali. Cuma yang agak kurang menyenangkan saya apabila dengan tidak semena-mena tuan penasihat surau yang selama ini melantik dirinya sendiri sebagai imam surau mengajak hadirin bertahlil tanpa berbincang dengan saya terlebih dahulu. Sememangnya beliau sangat mahir mengetuai majlis-majlis bacaan yasin, tahlil dan doa selamat. Se...