Langkau ke kandungan utama

Takziah

Sebagai salah seorang warga Kementerian Pelajaran Malaysia saya merakamkan ucapan takziah di atas kembalinya ke rahmatullah Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia, Datuk Razali Ismail kira-kira jam 6.30 petang tadi.

Sesungguhnya ada kenangan antara saya dan Allahyarham. Beliau merupakan Timbalan Pengetua Maktab Perguruan Kota Bharu ketika saya mengikuti kursus perguruan di sana pada sesi 1993/95. Saya sempat bersamanya lebih kurang 2 semester.

Beliau meninggalkan banyak kenangan kepada guru pelatih MPKB. Namanya disebut selepas beliau meninggalkan MPKB. Sering dalam ucapannya beliau menggalakkan guru pelatih supaya banyak membaca. Jasanya yang paling saya ingat bila beliau meningkatkan prasarana surau maktab dan menggalakkan guru pelatih solat zuhur berjamaah sebelum pulang.

Selepas meninggalkan Maktab Perguruan Kota Bharu, beliau menjadi Pengetua maktab perguruan di Terengganu. Kemudian dilantik sebagai Pengarah Jabatan Pendidikan Terengganu sebelum menjadi Pengarah Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Rezekinya murah bila memenangi kerusi Parlimen Kuala Terengganu dalam pilihanraya 2004. Allahyarham terus cemerlang dalam pilihanraya 2008 dan dilantik sebagai Timbalan Menteri Pelajaran yang sinonim dengan pengalamannya.

Jasanya di MPKB membuatkan saya sentiasa mengingati beliau. Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un.

Allahummaghfirlahu warhamhu wa'aafihi wa'fu'anhu.

Ulasan

Dalam pilihanraya kecil yg lepas, UMNO bukan main puji lagiDatuk Razali. Tapi depalah yang berdosa menjatuhkan Datuk Razali di peringkat bahagian. Lebih2 lagi Wan Farid yang jadi calon tu. Semua org UMNO KT tau.

Datuk Razali org bagus, dlm politik tak main duit.

Rasanya dia paling layak jadi Menteri. Pengetahuannya dalam dunia pendidikan tidak boleh dinafi lagi.

Moga rohnya ditempatkan bersama dengan orang-orang soleh.

Catatan popular daripada blog ini

Tulang atau lebihan daging korban dan akikah

Mungkin agak terlewat untuk saya berbicara mengenai tajuk ini memandangkan musim korban sudah pun berakhir. Namun saya percaya masih terdapat saki baki daging korban yang masih menjadi hidangan kita dalam beberapa hari ini. Di samping itu saya juga masih tidak terlepas dari pertanyaan beberapa kenalan mengenai bagaimana harus diperlakukan ke atas tulang dan lebihan daging yang menjadi korban atau akikah. Tanpa menafikan tentang kefahaman yang dibawa sejak berzaman tentang wajibnya menanam tulang dan sisa daging sama ada mentah atau yang telah di masak, saya bersyukur kerana didedahkan dengan pandangan yang berbeza dan meyakinkan sekaligus memadam kekaburan terhadap pandangan terdahulu yang menyusahkan. Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan. Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah ha...

Apa ada pada jawatan?

Apa ada pada jawatan? Mungkin ada segelintir orang yang bertanyakan hal ini bahkan sememangnya ada. Mereka ini tidak menunjukkan sebarang minat untuk berebut jawatan malah ditawar pun terasa berat menerimanya. Kalau setakat nak buat kerja, ahli biasa pun boleh buat. Lagi senang, tak payah sakit-sakit kepala. Hakikatnya pada jawatan ada segalanya. Selain beban dan tanggungjawab, pada jawatan itu juga ada wang, harta, kuasa, pengaruh dan glamour. Tak kira di peringkat mana sekalipun, sehingga rumah Allah juga bisa menjadi medan berebut jawatan. Masakan tidak andai perebutan itu mendatangkan hasil lumayan seperti yang diimpikan. Ada jawatan, berkuasa kita. Atau dengan jawatan boleh mengumpul wang dan harta. 'Alah', gaji ketua kampung bukan banyak pun. Tak mengapa glamournya ada. Pergi ke mana orang pandang, orang layan. Kalau kenduri orang lain makan ambil sendiri, tapi kita makan berhidang. Banyak lagi sebenarnya nikmat berjawatan. Kita biasa mendengar cerita ulama silam terlalu...

Tahlil dalam Majlis Akikah

Satu lagi program tahunan surau telah disempurnakan kelmarin dengan muafakat penduduk. Program yang saya namakan Akikah Perdana merupakan program yang diletakkan di bawah tanggungjawab saya sebagai pengerusinya. Walaupun diadakan pada 27hb. Rejab ia tidaklah sempena sambutan Isra' dan Mi'raj tetapi mengambil kesempatan negeri Kedah bercuti pada hari tersebut. Seekor lembu ditumbangkan sebagai memenuhi hajat peserta-peserta yang mengambil bahagian menjamu hampir 1000 orang yang hadir. Lebih menggembirakan apabila nasi serta lauk pauk dapat dihabiskan sama ada dimakan atau di bawa pulang, memudahkan petugas menjalankan kerja-kerja membersih dan mengemas kembali. Cuma yang agak kurang menyenangkan saya apabila dengan tidak semena-mena tuan penasihat surau yang selama ini melantik dirinya sendiri sebagai imam surau mengajak hadirin bertahlil tanpa berbincang dengan saya terlebih dahulu. Sememangnya beliau sangat mahir mengetuai majlis-majlis bacaan yasin, tahlil dan doa selamat. Se...