Langkau ke kandungan utama

Mereka boleh bersama

MCA, Gerakan dan DAP adalah parti politik yang mewakili kaum Cina di negara ini. Walaupun DAP dan Gerakan turut dianggotai kaum lain seperti India dan Melayu namun pendominasian kaum Cina ke atas jawatan-jawatan penting dalam parti-parti tersebut menjadikan mereka istimewa pada kaca mata kaum yang kedua terbesar di Malaysia. Ada pun MCA memang tidak disangkal lagi selaku parti kaum Cina secara total. Ironinya, mereka berlainan ideologi politik walaupun Gerakan dan MCA sama-sama menganggotai BN dan DAP selaku pembangkang tetapi dalam hal-hal menyangkuti kepentingan kaum Cina mereka boleh bersama. Malah suara orang Cina dalam PKR yang bersahabat baik dengan PAS turut sama menyumbang.

Kepentingan 1
Apabila Ketua UMNO Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail mengeluarkan kenyataan mengenai status kaum Cina di negara ini menjelang Pilihanraya Kecil Permatang Pauh, beliau pantas dikecam DAP. Gerakan dan MCA melakukan tindakan yang sama. Masing-masing menyatakan rasa tidak puas hati dan minta supaya Ahmad dikenakan tindakan. Ketiga-tiga parti kaum Cina yang berlainan ideologi politik ini kemudiannya membuat laporan polis.

Kepentingan 2
Kerajaan negeri Pulau Pinang bercadang menggunakan papan tanda jalan dalam pelbagai bahasa di tapak warisan Goergetown. Cadangan tersebut dibantah keras oleh UMNO dan NGO-NGO Melayu dan menganggap sebagai tidak menghormati kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Sebaliknya ia disokong oleh Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Datuk Dr. Teng Hock Nan dan berkata ia sesuai dengan komposisi penduduk yang terdiri daripada pelbagai kaum di samping memperkenalkan kebudayaan yang pelbagai di negeri ini. Teng turut menyifatkan cadangan tersebut tidak menyalahi undang-undang dan semangat artikel 152 perlembagaan persekutuan.

Kepentingan 3
Isu Teresa Kok dan wartawan akhbar Cina ditahan di bawah ISA telah menjadi perjuangan bersepadu DAP, Gerakan dan MCA. Sedang hakikatnya, orang Melayu lebih ramai ditahan dibawah ISA tetapi bukan itu keutamaannya. Buktinya sebaik sahaja kedua-dua mereka dibebaskan tuntutan mereka terhadap penghapusan ISA mulai kendur dan malap.

Kepentingan 4
Apabila Timbalan Menteri Penerangan, Tian Lian Hoe dari parti Gerakan yang mempertikaikan orang yang Melayu sebagai penduduk asal negara ini diminta oleh Ahli Parlimen dari UMNO supaya memberikan penjelasan, Tian Chua dari parti PKR bangun menyokongnya.

Kepentingan 5
Isu perlantikan Low Siew Moi sebagai pemangku Pengurus Besar PKNS. Presiden MCA yang baru, Datuk Seri Ong Tee Keat menyokong perlantikan tersebut. Sokongannya disertai seruan supaya rakyat Malaysia membebaskan diri dari belenggu isu perkauman. Sambil mencontohi pemilihan Obama sebagai Presiden Amerika yang melangkaui sempadan kaum dan warna kulit, beliau turut menyifatkan perlantikan Low berdasarkan kelayakan wanita itu.

Lihatlah! Mereka boleh dan sentiasa bersama dalam perkara yang melibatkan kepentingan kaum mereka.

Mengapa tidak kita?


Walaupun kita berbeza dalam banyak hal, tetapi kita boleh bersama dalam lebih banyak hal. Sementara itu, syabas kepada Dewan Muslimat PAS dan Pergerakan Wanita UMNO yang boleh duduk semeja. Harap-harap akan ada lagi muqabalah seumpama ini demi kepentingan umat Islam dan orang Melayu.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tulang atau lebihan daging korban dan akikah

Mungkin agak terlewat untuk saya berbicara mengenai tajuk ini memandangkan musim korban sudah pun berakhir. Namun saya percaya masih terdapat saki baki daging korban yang masih menjadi hidangan kita dalam beberapa hari ini. Di samping itu saya juga masih tidak terlepas dari pertanyaan beberapa kenalan mengenai bagaimana harus diperlakukan ke atas tulang dan lebihan daging yang menjadi korban atau akikah. Tanpa menafikan tentang kefahaman yang dibawa sejak berzaman tentang wajibnya menanam tulang dan sisa daging sama ada mentah atau yang telah di masak, saya bersyukur kerana didedahkan dengan pandangan yang berbeza dan meyakinkan sekaligus memadam kekaburan terhadap pandangan terdahulu yang menyusahkan. Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan. Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah ha...

Tahlil dalam Majlis Akikah

Satu lagi program tahunan surau telah disempurnakan kelmarin dengan muafakat penduduk. Program yang saya namakan Akikah Perdana merupakan program yang diletakkan di bawah tanggungjawab saya sebagai pengerusinya. Walaupun diadakan pada 27hb. Rejab ia tidaklah sempena sambutan Isra' dan Mi'raj tetapi mengambil kesempatan negeri Kedah bercuti pada hari tersebut. Seekor lembu ditumbangkan sebagai memenuhi hajat peserta-peserta yang mengambil bahagian menjamu hampir 1000 orang yang hadir. Lebih menggembirakan apabila nasi serta lauk pauk dapat dihabiskan sama ada dimakan atau di bawa pulang, memudahkan petugas menjalankan kerja-kerja membersih dan mengemas kembali. Cuma yang agak kurang menyenangkan saya apabila dengan tidak semena-mena tuan penasihat surau yang selama ini melantik dirinya sendiri sebagai imam surau mengajak hadirin bertahlil tanpa berbincang dengan saya terlebih dahulu. Sememangnya beliau sangat mahir mengetuai majlis-majlis bacaan yasin, tahlil dan doa selamat. Se...

Benarlah kata Imam Syafi'e

Petang semalam saya sekeluarga makan di Kedai nasi kandar Husain. Memang popular kedai ini bagi masyarakat sekitar Sungai Petani tak kira Melayu, India atau Cina. Anak saya, minta nasi dan seketul ayam tandori berharga RM4.50. Besar saiznya lalu saya fikir boleh makan untuk tiga orang. saya pun minta supaya ketul ayam itu dipotong. Tahu apa kata pekerjanya? " Tak ada benda nak potong ." Tu dia, sikit punya besar kedai, pisau nak potong ayam pun tak ada! Selepas makan kami singgah di kedai buku Hasani. Saja nak tengok buku-buku baru. Khabarnya buku terbaru Kang Abik sudah di pasaran. Sedang asyik meninjau buku-buku di rak, telinga sempat menangkap perbualan seorang lelaki dengan dua orang perempuan muda. Tak pasti bagaimana saya boleh tertarik dengan perbualan mereka cuma suara lelaki itu sangat kuat dan boleh didengari seluruh kedai. Mulanya saya fikir lelaki tersebut salah seorang pekerja di situ sebaliknya bukan. Tapi dua wanita itu memang pekerja di situ melihat kepada t...