Langkau ke kandungan utama

UPSR bukan penamat

Keputusan UPSR sudah diumumkan. Ada yang gembira. Ketawa besar. Ada yang sekadar senyum. Tidak kurang juga yang muram dan murung. Menangis tu biasalah. Kerana gembira atau kerana berduka? Entahlah. Reaksi yang bermacam-macam dari murid dan waris yang sejak pagi menanti. Guru-guru sibuk menyediakan analisa. Di samping turut menerima ucapan penghargaan dan terima kasih dari waris murid yang perihatin.

Kepada yang lulus cemerlang, mungkin sedang jenuh menerima ucapan tahniah. Bolehlah pasang angan-angan belajar di sekolah asrama penuh. Tetapi harus diingat, 5A bukan satu jaminan. Jangan terlalu mengharap kerana nanti mungkin suka berganti duka.

Bagi yang kurang cemerlang, jangan terlalu kecewa. UPSR bukanlah kesudahan bagi sebuah cerita. Bukan juga penamat bagi satu perlumbaan. Jalan di hadapan masih luas terbentang. Sedia terhidang sebuah ceria bagi mereka yang tidak mudah berputus asa. Ayuh! Lupakan duka UPSR. Kejayaan menanti di hadapan.

Mengenang kejadian tahun lepas, sampai ada yang membunuh diri. Harap-harap tidak berulang. Namun ia patut menjadi renungan semua pihak. Ia tidak lain berpunca dari sistem pelajaran yang berorieantasikan peperiksaan. Gagal peperiksaan bermakna gagal dalam pelajaran dan dianggap sebagai bodoh. Kerana malu dan takut dikata bodoh, bunuh diri sebagai penyelesaiannya.

Di celah-celah riuh, ada juga yang langsung tak ambil peduli. Bagi mereka, yang penting tahun depan boleh naik ke Tingkatan 1. Sekolah mana, tak kisah lah. Langsung tak nampak tanda-tanda susah hati. Senyum saja. Tahniah kerana bersikap positif. Cuma jangan terlalu positif.

Buat puteri tersayang: " apa yang kakak perolehi hari ini adalah hasil usaha kakak sebelum ini. Teruskan dan lipat gandakan lagi usaha untuk kejayaan pada masa hadapan. Jangan berhenti. Jangan terlalu leka. Sedikitkan perasaan gembira hari ini untuk lebih gembira akan datang. Bersyukur dengan rezeki yang diperolehi. Ingat Allah di masa senang dan susah.Usaha dan doa adalah formula terbaik orang beriman."

Buat semua murid Tahun 6 SKTT dan seluruh negara, selamat meninggalkan alam sekolah rendah dan selamat maju jaya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tulang atau lebihan daging korban dan akikah

Mungkin agak terlewat untuk saya berbicara mengenai tajuk ini memandangkan musim korban sudah pun berakhir. Namun saya percaya masih terdapat saki baki daging korban yang masih menjadi hidangan kita dalam beberapa hari ini. Di samping itu saya juga masih tidak terlepas dari pertanyaan beberapa kenalan mengenai bagaimana harus diperlakukan ke atas tulang dan lebihan daging yang menjadi korban atau akikah. Tanpa menafikan tentang kefahaman yang dibawa sejak berzaman tentang wajibnya menanam tulang dan sisa daging sama ada mentah atau yang telah di masak, saya bersyukur kerana didedahkan dengan pandangan yang berbeza dan meyakinkan sekaligus memadam kekaburan terhadap pandangan terdahulu yang menyusahkan. Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan. Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah ha...

Apa ada pada jawatan?

Apa ada pada jawatan? Mungkin ada segelintir orang yang bertanyakan hal ini bahkan sememangnya ada. Mereka ini tidak menunjukkan sebarang minat untuk berebut jawatan malah ditawar pun terasa berat menerimanya. Kalau setakat nak buat kerja, ahli biasa pun boleh buat. Lagi senang, tak payah sakit-sakit kepala. Hakikatnya pada jawatan ada segalanya. Selain beban dan tanggungjawab, pada jawatan itu juga ada wang, harta, kuasa, pengaruh dan glamour. Tak kira di peringkat mana sekalipun, sehingga rumah Allah juga bisa menjadi medan berebut jawatan. Masakan tidak andai perebutan itu mendatangkan hasil lumayan seperti yang diimpikan. Ada jawatan, berkuasa kita. Atau dengan jawatan boleh mengumpul wang dan harta. 'Alah', gaji ketua kampung bukan banyak pun. Tak mengapa glamournya ada. Pergi ke mana orang pandang, orang layan. Kalau kenduri orang lain makan ambil sendiri, tapi kita makan berhidang. Banyak lagi sebenarnya nikmat berjawatan. Kita biasa mendengar cerita ulama silam terlalu...

Tahlil dalam Majlis Akikah

Satu lagi program tahunan surau telah disempurnakan kelmarin dengan muafakat penduduk. Program yang saya namakan Akikah Perdana merupakan program yang diletakkan di bawah tanggungjawab saya sebagai pengerusinya. Walaupun diadakan pada 27hb. Rejab ia tidaklah sempena sambutan Isra' dan Mi'raj tetapi mengambil kesempatan negeri Kedah bercuti pada hari tersebut. Seekor lembu ditumbangkan sebagai memenuhi hajat peserta-peserta yang mengambil bahagian menjamu hampir 1000 orang yang hadir. Lebih menggembirakan apabila nasi serta lauk pauk dapat dihabiskan sama ada dimakan atau di bawa pulang, memudahkan petugas menjalankan kerja-kerja membersih dan mengemas kembali. Cuma yang agak kurang menyenangkan saya apabila dengan tidak semena-mena tuan penasihat surau yang selama ini melantik dirinya sendiri sebagai imam surau mengajak hadirin bertahlil tanpa berbincang dengan saya terlebih dahulu. Sememangnya beliau sangat mahir mengetuai majlis-majlis bacaan yasin, tahlil dan doa selamat. Se...