Langkau ke kandungan utama

Shah Rukh tak kisah

Kecewanya rakyat Melaka bila aktor pujaan mereka, Shah Rukh Khan (SRK) tidak hadir untuk menerima darjah kebesaran dari Yang Di Pertuan Negeri. Teringin benar mereka nak panggil pelakon kesayangan mereka itu Datuk Shah.

Memang melampau SRK ni. Orang dah nak bagi bintang pun tak mau datang. Memang tak pandai hargai kebaikan orang. Dia tak tau ka, orang kat sini berebut-rebut nak jadi Datuk. Dia pula buat endah tak endah saja. Lahabau a.k.a haprak betul! Patutkah dia bagi alasan sibuk. Orang lain pun sibuk juga.

Dulu masa kerajaan Perak bagi anugerah Datuk kat pelakon Michelle Yeoh dari Hong Kong, dia bukan main hormat lagi. Kerja-kerjanya ditangguhkan sementara. Memang kita patut puji Datuk Michelle Yeoh ni. Sebab tu Pak Lah pegang bahu dia. Sebab hormat lah! Bukan sebab lain.

TAPI.................

Bila fikir-fikir balik, SRK tu teringin sangat ka dapat gelaran Datuk. Dia boleh buat apa dengan anugerah tu? Entah-entah orang kat sana beritahu Datuk tu sama dengan grandfather dalam bahasa Inggeris. Hampehhh, kata dia.

Lainlah dengan Michelle Yeoh. Dia tu orang Perak. Sedikit sebanyak dia tahu juga menilai. Mungkin juga dia takut murka Sultan. Adik beradik dia ramai lagi kat Perak. Nanti dicop derhaka,langsung tak boleh balik kampung.

Si Shah Rukh pula, dia peduli apa? Tak boleh buat penggambaran kat Malaysia, dia buat tempat lain. Banyak lagi tempat-tempat menarik, fikir dia.

Eeehhh .........

Aku ni pulak, apasal sibuk-sibuk. Dia nak terima atau tak terima, dia punya pasallah. Aku orang Kedah bukan orang Melaka.

Bukannya apa, aku cuma simpati kat cikgu-cikgu di Melaka. Aku rasa jasa mereka lebih besar dari SRK. Kalau dah banyak sangat anugerah sampai tak tau nak bagi kat siapa, beri saja pada cikgu-cikgu. Wah, bangganya aku bila teman-teman sejawat kat Melaka dipanggil Datuk oleh murid-murid mereka. "Selamat pagi, Datuk!"

Ulasan

BaYu SenJa berkata…
Shah Rukh Khan patut terima pingat Dato Seri di Khalil Yaakob kot (ganti Dato Seri Di raja)

isk, sapa sebenaq yang mau 'dato' ni.. orang tak teringin, kita pulak bersungguh nak bagi.. pemurah betul!

Catatan popular daripada blog ini

Tulang atau lebihan daging korban dan akikah

Mungkin agak terlewat untuk saya berbicara mengenai tajuk ini memandangkan musim korban sudah pun berakhir. Namun saya percaya masih terdapat saki baki daging korban yang masih menjadi hidangan kita dalam beberapa hari ini. Di samping itu saya juga masih tidak terlepas dari pertanyaan beberapa kenalan mengenai bagaimana harus diperlakukan ke atas tulang dan lebihan daging yang menjadi korban atau akikah. Tanpa menafikan tentang kefahaman yang dibawa sejak berzaman tentang wajibnya menanam tulang dan sisa daging sama ada mentah atau yang telah di masak, saya bersyukur kerana didedahkan dengan pandangan yang berbeza dan meyakinkan sekaligus memadam kekaburan terhadap pandangan terdahulu yang menyusahkan. Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan. Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah ha...

Apa ada pada jawatan?

Apa ada pada jawatan? Mungkin ada segelintir orang yang bertanyakan hal ini bahkan sememangnya ada. Mereka ini tidak menunjukkan sebarang minat untuk berebut jawatan malah ditawar pun terasa berat menerimanya. Kalau setakat nak buat kerja, ahli biasa pun boleh buat. Lagi senang, tak payah sakit-sakit kepala. Hakikatnya pada jawatan ada segalanya. Selain beban dan tanggungjawab, pada jawatan itu juga ada wang, harta, kuasa, pengaruh dan glamour. Tak kira di peringkat mana sekalipun, sehingga rumah Allah juga bisa menjadi medan berebut jawatan. Masakan tidak andai perebutan itu mendatangkan hasil lumayan seperti yang diimpikan. Ada jawatan, berkuasa kita. Atau dengan jawatan boleh mengumpul wang dan harta. 'Alah', gaji ketua kampung bukan banyak pun. Tak mengapa glamournya ada. Pergi ke mana orang pandang, orang layan. Kalau kenduri orang lain makan ambil sendiri, tapi kita makan berhidang. Banyak lagi sebenarnya nikmat berjawatan. Kita biasa mendengar cerita ulama silam terlalu...

Tahlil dalam Majlis Akikah

Satu lagi program tahunan surau telah disempurnakan kelmarin dengan muafakat penduduk. Program yang saya namakan Akikah Perdana merupakan program yang diletakkan di bawah tanggungjawab saya sebagai pengerusinya. Walaupun diadakan pada 27hb. Rejab ia tidaklah sempena sambutan Isra' dan Mi'raj tetapi mengambil kesempatan negeri Kedah bercuti pada hari tersebut. Seekor lembu ditumbangkan sebagai memenuhi hajat peserta-peserta yang mengambil bahagian menjamu hampir 1000 orang yang hadir. Lebih menggembirakan apabila nasi serta lauk pauk dapat dihabiskan sama ada dimakan atau di bawa pulang, memudahkan petugas menjalankan kerja-kerja membersih dan mengemas kembali. Cuma yang agak kurang menyenangkan saya apabila dengan tidak semena-mena tuan penasihat surau yang selama ini melantik dirinya sendiri sebagai imam surau mengajak hadirin bertahlil tanpa berbincang dengan saya terlebih dahulu. Sememangnya beliau sangat mahir mengetuai majlis-majlis bacaan yasin, tahlil dan doa selamat. Se...