Langkau ke kandungan utama

Selawat dulu sebelum rotan

Hari ini saya dapat satu petua merotan yang berkesan. Petuanya, kalau nak merotan anak-anak atau murid-murid hendaklah terlebih dahulu berselawat. Barulah anak-anak yang dirotan itu akan patuh dan mendengar kata. Mudah-mudahan anak-anak tersebut akan berjaya di kemudian hari. Kata orang yang bagi petua ini, "kita tak boleh merotan budak begitu saja. Kenalah bersalawat sikit."

Seperti biasa, orang seperti saya tidak boleh menerimanya begitu saja. Bersalawat memanglah amalan yang baik lagi diganjari pahala serta balasan salawat dari Allah dan para malaikat. Tetapi mengaitkan selawat dengan sesuatu pekerjaan sebagai satu kemestian atau kewajipan tanpa panduan al-Quran dan Sunnah adalah satu kesalahan. Kalau nak bersalawat juga terpulanglah. Tapi jangan jadikan dia sebagai sesuatu yang mesti dilakukan.

Agak mendukacitakan apabila perkara-perkara seperti ini biasanya diterima tanpa banyak soal oleh kebanyakan orang. Alasan mereka mudah saja. Salawatkan benda baik. Apa masalahnya? Kalau nak dikirakan salawat itu benda baik, saya ada cadangan lebih baik. Apa kata sebelum merotan kita baca dulu al-Quran. Atau sekurang-kurangnya surah Luqman yang mengandungi 34 ayat. Bukankah surah Luqman menceritakan tentang kaedah mendidik anak yang berkesan? Saya percaya belum sempat merotan hati bapa atau guru tadi dah cair. Anak tadi pula selamat dari dirotan.

Anggapan 'benda tu baik' sering menjadi hujah sebahagian besar masyarakat untuk membenarkan sesuatu pekerjaan walaupun ia menyalahi sunnah. Sedangkan anggapan sahaja tidak mendatangkan manafaat kepada sesiapa sahaja yang beramal dengannya. Firman Allah, ".....mereka tidak mempunyai pengetahuan mengenainya. Mereka tidak lain hanya mengikut sangkaan semata-mata, padahal sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu dari kebenaran" (an-Najm: 28)

Dalam hal ini ada baiknya kita kembali kepada kaedah yang telah ditetapkan oleh sunnah melalui hadis dari Baginda sallallahu 'alaihi wasallam. Melalui hadis yang masyhur kita disuruh menetapkan niat yang baik dalam mengerjakan sesuatu tindakan. Nabi bersabda "Setiap pekerjaan hendaklah disertai niat. Dan setiap pekerjaan itu ditentukan melalui niat...." (Muttafaq 'alaih)

Justeru sebagai ibubapa atau guru yang ingin menggunakan rotan bagi membetulkan kesalahan anak atau anak didiknya hendaklah terlebih dahulu memastikan kemurnian dan kesucian hatinya. Jangan dirotannya budak itu kerana marah atau benci. Sebaliknya rotanlah dia kerana kasih dan sayang. Selangilah pula dengan nasihat dan pedoman. Jangan sampai nisbah rotan mengatasi ajaran. Selebihnya berserah kepada Allah yang berkuasa mengubah hati hamba-hambaNYA.

Teringat kata seorang Tuan Guru terkenal dari Sik, "nak basuh sayur tu kenalah salawat, barulah bersih....... au kama qaal". Juga fahaman sesetengah orang yang mensyaratkan salawat dalam basuhan. Tak kiralah sama ada ikan, sayur, beras, pakaian atau tubuh badan. Jika dirujuk kitab-kitab fiqh baik yang muktabar atau buku-buku pedoman beribadah, tak ada pula disebut hal ini.

Pernah orang bertanya, "basuh punggung pun kena salawat juga kah?"

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tulang atau lebihan daging korban dan akikah

Mungkin agak terlewat untuk saya berbicara mengenai tajuk ini memandangkan musim korban sudah pun berakhir. Namun saya percaya masih terdapat saki baki daging korban yang masih menjadi hidangan kita dalam beberapa hari ini. Di samping itu saya juga masih tidak terlepas dari pertanyaan beberapa kenalan mengenai bagaimana harus diperlakukan ke atas tulang dan lebihan daging yang menjadi korban atau akikah. Tanpa menafikan tentang kefahaman yang dibawa sejak berzaman tentang wajibnya menanam tulang dan sisa daging sama ada mentah atau yang telah di masak, saya bersyukur kerana didedahkan dengan pandangan yang berbeza dan meyakinkan sekaligus memadam kekaburan terhadap pandangan terdahulu yang menyusahkan. Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan. Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah ha...

Tahlil dalam Majlis Akikah

Satu lagi program tahunan surau telah disempurnakan kelmarin dengan muafakat penduduk. Program yang saya namakan Akikah Perdana merupakan program yang diletakkan di bawah tanggungjawab saya sebagai pengerusinya. Walaupun diadakan pada 27hb. Rejab ia tidaklah sempena sambutan Isra' dan Mi'raj tetapi mengambil kesempatan negeri Kedah bercuti pada hari tersebut. Seekor lembu ditumbangkan sebagai memenuhi hajat peserta-peserta yang mengambil bahagian menjamu hampir 1000 orang yang hadir. Lebih menggembirakan apabila nasi serta lauk pauk dapat dihabiskan sama ada dimakan atau di bawa pulang, memudahkan petugas menjalankan kerja-kerja membersih dan mengemas kembali. Cuma yang agak kurang menyenangkan saya apabila dengan tidak semena-mena tuan penasihat surau yang selama ini melantik dirinya sendiri sebagai imam surau mengajak hadirin bertahlil tanpa berbincang dengan saya terlebih dahulu. Sememangnya beliau sangat mahir mengetuai majlis-majlis bacaan yasin, tahlil dan doa selamat. Se...

Benarlah kata Imam Syafi'e

Petang semalam saya sekeluarga makan di Kedai nasi kandar Husain. Memang popular kedai ini bagi masyarakat sekitar Sungai Petani tak kira Melayu, India atau Cina. Anak saya, minta nasi dan seketul ayam tandori berharga RM4.50. Besar saiznya lalu saya fikir boleh makan untuk tiga orang. saya pun minta supaya ketul ayam itu dipotong. Tahu apa kata pekerjanya? " Tak ada benda nak potong ." Tu dia, sikit punya besar kedai, pisau nak potong ayam pun tak ada! Selepas makan kami singgah di kedai buku Hasani. Saja nak tengok buku-buku baru. Khabarnya buku terbaru Kang Abik sudah di pasaran. Sedang asyik meninjau buku-buku di rak, telinga sempat menangkap perbualan seorang lelaki dengan dua orang perempuan muda. Tak pasti bagaimana saya boleh tertarik dengan perbualan mereka cuma suara lelaki itu sangat kuat dan boleh didengari seluruh kedai. Mulanya saya fikir lelaki tersebut salah seorang pekerja di situ sebaliknya bukan. Tapi dua wanita itu memang pekerja di situ melihat kepada t...