Langkau ke kandungan utama

Apa seterusnya?

Seperti yang dijangka calon Presiden USA dari parti Demokrat, Barack Obama menjadi pilihan majoriti rakyatnya untuk dihantar menduduki singgahsana White House. Buat pertama kali seorang Afrika Amerika memegang jawatan no.1 di negara tersebut. Rata-rata penyokongnya baik di dalam mahupun di luar negara menyambut gembira kemenangan yang mereka sifatkan sebagai bakal membawa perubahan kepada Amerika dan dunia. Suasana penuh emosi sepanjang Obama menyampaikan ucapan kemenangan. Saya sempat menyaksikannya melalui saluran Astro Awani.

Sejak kemunculannya mengumumkan hasrat untuk menjadi calon Presiden, perhatian rakyat Amerika sudah terarah kepadanya. Beliau mula disukai ramai. Banyak pihak yang mengharapkan kemenangannya. Antaranya mereka yang terdiri dari ahli keluarga anggota tentera yang berkhidmat di luar negara yang mengharapkan polisi perang Obama dapat mengembalikan ahli keluarga ke pangkuan. Selain mereka yang menyokong dasar kesamarataan Obama berharap penyatuan penduduk yang berjumlah 130 juta itu.

Sudah pastinya sokongan dari golongan kulit hitam yang selama ini berasa mereka kurang mendapat pembelaan. Tidak kurang juga dari mereka yang kecewa dengan dasar Bush yang menyusahkan mereka selama ini. Lalu mereka menterjemahkan penolakan mereka terhadap Bush dengan menolak parti Bush, Republikan.

Kini Obama perlu menunggu 76 hari lagi untuk membawa peubahan yang dijanjikan. Seluruh dunia sedang menantikannya. Lebih-lebih lagi negara yang menderita dengan dasar gila Bush. Mungkin kita boleh sedikit berharap agar Obama tidak hanya mengutamakan rakyatnya sahaja untuk menerapkan konsep kesamarataan, sebaliknya menjadikan ia sebagai dasar luar untuk lebih menghormati rakyat dan negara lain.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tokoh Radikal Dalam Sejarah Kemerdekaan Negara

Bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Ismail bin Dato Abdul Rahman pernah menyatakan dalam ucapannya ketika menerima Ijazah Kehormat Doktor Undang-undang di Konvokesyen Universiti Sains Malaysia (1973), " bahawa sekalipun kemerdekaan telah dicapai oleh golongan moderate, tetapi sejarah membuktikan bahawa golongan nasionalis radikal juga telah memberikan sumbangan terhadap tercapainya kemerdekaan ". Ini membuktikan bahawa sumbangan dan pengorbanan golongan radikalisme Melayu amat bermakna dan tidak ternilai pentingnya. Merekalah tokoh politik nasional yang mampu menggegarkan kedudukan rejim British dan juga golongan elit Melayu. Gerakan Berhaluan Kiri atau lebih dikenali dengan panggilan radikal bermotifkan perjuangan mengusir penjajah British dari Tanah Melayu. Mereka memilih cara tidak berkompromi dengan penjajah. Berbeza dengan politik berhaluan kanan yang bekerjasama dengan penjajah dikenali sebagai moderate seperti UMNO. Siapakah mereka yang termasuk dalam golo

Apa ada pada jawatan?

Apa ada pada jawatan? Mungkin ada segelintir orang yang bertanyakan hal ini bahkan sememangnya ada. Mereka ini tidak menunjukkan sebarang minat untuk berebut jawatan malah ditawar pun terasa berat menerimanya. Kalau setakat nak buat kerja, ahli biasa pun boleh buat. Lagi senang, tak payah sakit-sakit kepala. Hakikatnya pada jawatan ada segalanya. Selain beban dan tanggungjawab, pada jawatan itu juga ada wang, harta, kuasa, pengaruh dan glamour. Tak kira di peringkat mana sekalipun, sehingga rumah Allah juga bisa menjadi medan berebut jawatan. Masakan tidak andai perebutan itu mendatangkan hasil lumayan seperti yang diimpikan. Ada jawatan, berkuasa kita. Atau dengan jawatan boleh mengumpul wang dan harta. 'Alah', gaji ketua kampung bukan banyak pun. Tak mengapa glamournya ada. Pergi ke mana orang pandang, orang layan. Kalau kenduri orang lain makan ambil sendiri, tapi kita makan berhidang. Banyak lagi sebenarnya nikmat berjawatan. Kita biasa mendengar cerita ulama silam terlalu

Tulang atau lebihan daging korban dan akikah

Mungkin agak terlewat untuk saya berbicara mengenai tajuk ini memandangkan musim korban sudah pun berakhir. Namun saya percaya masih terdapat saki baki daging korban yang masih menjadi hidangan kita dalam beberapa hari ini. Di samping itu saya juga masih tidak terlepas dari pertanyaan beberapa kenalan mengenai bagaimana harus diperlakukan ke atas tulang dan lebihan daging yang menjadi korban atau akikah. Tanpa menafikan tentang kefahaman yang dibawa sejak berzaman tentang wajibnya menanam tulang dan sisa daging sama ada mentah atau yang telah di masak, saya bersyukur kerana didedahkan dengan pandangan yang berbeza dan meyakinkan sekaligus memadam kekaburan terhadap pandangan terdahulu yang menyusahkan. Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan. Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah ha