Langkau ke kandungan utama

Sekolah Cina dan Tamil atau PPSMI?

Datuk Mukhriz mencadangkan supaya diwujudkan hanya satu sistem pendidikan bagi menyatupadukan rakyat. No komenlah saya dengan kenyataan tu. Soalnya, adakah selama ini sekolah Cina dan Tamil yang menjadi penghalang kepada perpaduan antara kaum dalam negara?

Kalau tak silap saya perkara berkaitan sekolah Tamil dan Cina sudah termaktub dalam perlembagaan dan Akta Pendidikan. Selain itu, dalam Islam juga menjamin hak sesuatu kaum untuk mempelajari bahasa ibunda masing-masing.

Saya fikir cadangan tersebut juga sangat susah untuk dilaksanakan. Ini kerana sekolah-sekolah aliran Cina dan Tamil sudah lama bertapak di negara kita. Sekian lama mereka beroperasi tanpa gangguan. Malah ada pengurusan sekolah yang mampu menguruskan sendiri melalui sumbangan dari individu-individu dengan sejumlah wang yang besar tanpa mengharapkan bantuan dari kerajaan.

Ada baiknya cadangan itu dialihkan kepada penghapusan PPSMI. Berbanding sekolah Cina dan Tamil, PPSMI baru 6 tahun usianya. Penghapusan PPSMI lebih penting kerana ia akan mengembalikan martabat bahasa dan bangsa Melayu.

Orang Melayu sendiri pun tidak yakin dengan bahasa sendiri, macam mana orang lain nak harapkan bahasa kita. Tiba-tiba suruh orang lain tutup sekolah mereka pula.

'Akai' ada ka?

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Soalnya, adakah sekolah Cina dan Tamil atau PPSMI dilihat dari sudut ilmiah atau sekadar emosi dan sentimen semata. Tanyalah yang ahli dalam bidang itu.

Sikap menegakkan sesuatu hujah dengan kejahilan itu sendiri jahil. Rujuklah pakar-pakar yang sedia banyak kini- budayakan merujuk.

Janganlah berpolitik merugikan negara 'beri salah, tak beri kalah, lalu jadi masalah'. Kita tak mahu begitu. Jujurlah.

mukhlasamrozi
Azridul berkata…
Terima kasih dengan ulasan tuan.
Ini hanya pandangan dari seorang guru biasa. Sedikit sebanyak terpalit juga daki PPSMI.
Namun perbezaan pandangan diraikan.

Catatan popular daripada blog ini

Apa ada pada jawatan?

Apa ada pada jawatan? Mungkin ada segelintir orang yang bertanyakan hal ini bahkan sememangnya ada. Mereka ini tidak menunjukkan sebarang minat untuk berebut jawatan malah ditawar pun terasa berat menerimanya. Kalau setakat nak buat kerja, ahli biasa pun boleh buat. Lagi senang, tak payah sakit-sakit kepala. Hakikatnya pada jawatan ada segalanya. Selain beban dan tanggungjawab, pada jawatan itu juga ada wang, harta, kuasa, pengaruh dan glamour. Tak kira di peringkat mana sekalipun, sehingga rumah Allah juga bisa menjadi medan berebut jawatan. Masakan tidak andai perebutan itu mendatangkan hasil lumayan seperti yang diimpikan. Ada jawatan, berkuasa kita. Atau dengan jawatan boleh mengumpul wang dan harta. 'Alah', gaji ketua kampung bukan banyak pun. Tak mengapa glamournya ada. Pergi ke mana orang pandang, orang layan. Kalau kenduri orang lain makan ambil sendiri, tapi kita makan berhidang. Banyak lagi sebenarnya nikmat berjawatan. Kita biasa mendengar cerita ulama silam terlalu

Tulang atau lebihan daging korban dan akikah

Mungkin agak terlewat untuk saya berbicara mengenai tajuk ini memandangkan musim korban sudah pun berakhir. Namun saya percaya masih terdapat saki baki daging korban yang masih menjadi hidangan kita dalam beberapa hari ini. Di samping itu saya juga masih tidak terlepas dari pertanyaan beberapa kenalan mengenai bagaimana harus diperlakukan ke atas tulang dan lebihan daging yang menjadi korban atau akikah. Tanpa menafikan tentang kefahaman yang dibawa sejak berzaman tentang wajibnya menanam tulang dan sisa daging sama ada mentah atau yang telah di masak, saya bersyukur kerana didedahkan dengan pandangan yang berbeza dan meyakinkan sekaligus memadam kekaburan terhadap pandangan terdahulu yang menyusahkan. Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan. Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah ha

Tahlil dalam Majlis Akikah

Satu lagi program tahunan surau telah disempurnakan kelmarin dengan muafakat penduduk. Program yang saya namakan Akikah Perdana merupakan program yang diletakkan di bawah tanggungjawab saya sebagai pengerusinya. Walaupun diadakan pada 27hb. Rejab ia tidaklah sempena sambutan Isra' dan Mi'raj tetapi mengambil kesempatan negeri Kedah bercuti pada hari tersebut. Seekor lembu ditumbangkan sebagai memenuhi hajat peserta-peserta yang mengambil bahagian menjamu hampir 1000 orang yang hadir. Lebih menggembirakan apabila nasi serta lauk pauk dapat dihabiskan sama ada dimakan atau di bawa pulang, memudahkan petugas menjalankan kerja-kerja membersih dan mengemas kembali. Cuma yang agak kurang menyenangkan saya apabila dengan tidak semena-mena tuan penasihat surau yang selama ini melantik dirinya sendiri sebagai imam surau mengajak hadirin bertahlil tanpa berbincang dengan saya terlebih dahulu. Sememangnya beliau sangat mahir mengetuai majlis-majlis bacaan yasin, tahlil dan doa selamat. Se