Langkau ke kandungan utama

Sebuah buku tentang Obama


Barack Husein Obama. Nama yang kini menduduki takhta sanubari rakyat Amerika. Malah dipuji dan dipuja sebahagian masyarakat dunia. Ucapan bernasnya penuh hujah dan gaya percakapan dengan intonasi yang meyakinkan memikat ribuan pendengar. Bahkan lenggok tubuhnya pun ada yang tertarik. Begitulah bila dah suka semuanya baik di pandangan mata manusia.

Mungkin wajar juga untuk kita mengenali walau pun tidak secara keseluruhan sosok ini yang tampil dengan idea perubahan dan janji mengubah landskap politik dunia. Agar kita tidak terlebih memuji dan memuja kita telusuri dulu kemahuan dan kehendaknya, wawasannya, sikap politiknya dan sedikit latar belakangnya.

Dalam pencarian ini saya dipertemukan dengan sebuah buku berjudul “Obama: Antara Islam, Israel & Amerika” karangan Taufik Rahman. Melalui buku ini saya diperkenalkan kepada Obama oleh pengarangnya. Latar belakang, keupayaan menangani isu-isu sensitif mengenai persoalan agama dan Negara Israel serta beberapa siri ucapan dibentangkan untuk penilaian. Sesekali terasa seperti Taufik Rahman adalah salah seorang pengkagumnya. Namun sesekali pengarang turut melontarkan amaran agar tidak terlalu mengharapkan Obama terutama dalam isu Negara Israel dan umat Islam Palestin.

Semua pendapat dan pandangannya dikutip melalui siri-siri ucapan, ceramah serta tulisan sebelum beliau dinobatkan sebagai pemenang dalam Pilihanraya Presiden USA November lalu. Maka janji-janji pembaharuan itulah dipegang bagi menilai gerak kerjanya selepas ini. Apakah benar beliau berbeza dengan presiden yang lepas atau lebih syaitan dari syaitan yang sedia ada.

Apa pun Amerika tetap Amerika. Di belakangnya ada siapa? Kesimpulan saya selepas membaca buku ini.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tokoh Radikal Dalam Sejarah Kemerdekaan Negara

Bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Ismail bin Dato Abdul Rahman pernah menyatakan dalam ucapannya ketika menerima Ijazah Kehormat Doktor Undang-undang di Konvokesyen Universiti Sains Malaysia (1973), " bahawa sekalipun kemerdekaan telah dicapai oleh golongan moderate, tetapi sejarah membuktikan bahawa golongan nasionalis radikal juga telah memberikan sumbangan terhadap tercapainya kemerdekaan ". Ini membuktikan bahawa sumbangan dan pengorbanan golongan radikalisme Melayu amat bermakna dan tidak ternilai pentingnya. Merekalah tokoh politik nasional yang mampu menggegarkan kedudukan rejim British dan juga golongan elit Melayu. Gerakan Berhaluan Kiri atau lebih dikenali dengan panggilan radikal bermotifkan perjuangan mengusir penjajah British dari Tanah Melayu. Mereka memilih cara tidak berkompromi dengan penjajah. Berbeza dengan politik berhaluan kanan yang bekerjasama dengan penjajah dikenali sebagai moderate seperti UMNO. Siapakah mereka yang termasuk dalam g

Memenuhi kehendak(Iradah) Allah.

Berdasarkan buku teks Pendidikan Islam Tahun 5, maksud Iradah dijelaskan sebagai Allah berkehendak melakukan semua perkara tanpa terikat dengan sesuatu. Dalil kepada sifat Iradah diambil dari ayat 16 surah al-Buruj yang bermaksud " Allah berkuasa melakukan apa yang dikehendaki-NYA " Hujan, panas, peredaran planet malahan gempa bumi dan tsunami semuanya berlaku dengan kehendak Allah. Kejadian-kejadian tersebut juga menggambarkan betapa patuhnya makhluk-makhluk Allah tersebut melaksanakan kehendak Khaliqnya. Begitulah penerangan yang sepatutnya. Bukan dengan membandingkan kehendak manusia dengan kehendak Allah seperti yang terkandung dalam buku teks, sebaliknya membandingkan kepatuhan manusia dalam melaksanakan perintah dan kehendak Allah dengan kepatuhan makhluk Allah yang lain. Perlu ditekankan juga berbanding manusia yang terlalu kerdil, makhluk-makhluk tersebut juga lebih besar dan hebat penciptaannya. Panas yang membahang, hujan yang mencurah bumi, matahari yang terbit

Apa ada pada jawatan?

Apa ada pada jawatan? Mungkin ada segelintir orang yang bertanyakan hal ini bahkan sememangnya ada. Mereka ini tidak menunjukkan sebarang minat untuk berebut jawatan malah ditawar pun terasa berat menerimanya. Kalau setakat nak buat kerja, ahli biasa pun boleh buat. Lagi senang, tak payah sakit-sakit kepala. Hakikatnya pada jawatan ada segalanya. Selain beban dan tanggungjawab, pada jawatan itu juga ada wang, harta, kuasa, pengaruh dan glamour. Tak kira di peringkat mana sekalipun, sehingga rumah Allah juga bisa menjadi medan berebut jawatan. Masakan tidak andai perebutan itu mendatangkan hasil lumayan seperti yang diimpikan. Ada jawatan, berkuasa kita. Atau dengan jawatan boleh mengumpul wang dan harta. 'Alah', gaji ketua kampung bukan banyak pun. Tak mengapa glamournya ada. Pergi ke mana orang pandang, orang layan. Kalau kenduri orang lain makan ambil sendiri, tapi kita makan berhidang. Banyak lagi sebenarnya nikmat berjawatan. Kita biasa mendengar cerita ulama silam terla