Langkau ke kandungan utama

"Selamat terima menantu, Pak Teh"

Sekarang musim cuti sekolah. Seperti biasa, musim-musim cuti sebegini jenuh dengan jemputan kahwin. "Tak menang tangan", kata kawan-kawan. Kecuali bagi orang yang tidak popular seperti saya, jemputan kahwin boleh dibilang sebelah tangan.

Hari ini (Jumaat) saya menyertai rombongan Pakteh dan Makteh yang melangsungkan majlis akad nikah anak kedua mereka. Walaupun anak kedua, majlis ini yang pertama bagi Pakteh sekeluarga. Maknanya, kali pertama terima menantu. Tak tidur malam lah! Zakaria atau mesra dipanggil Ya di kalangan saudara mara bertemu jodoh dengan orang Tanah Liat, Bukit Mertajam. Tak jauh sangatlah dengan Sungai Petani.

Jam 11.00 pagi, ahli rombongan dijamu hidangan tengahari di rumah Pakteh. Mak datuk! 11 pagi dah makan tengahari. "Nak panggil lewat takut tak dan. Berlaga dengan solat Jumaat." Ok lah, boleh terimalah alasan tu. Selepas makan, kami balik dulu sementara menanti solat Jumaat.

Jam 2.30 petang, berkumpul semula di rumah Pakteh. Menurut Pakteh majlis akad nikah akan dilangsung selepas solat asar. Kiranya kami bertolak awal ni. Tak kisahlah, yang penting bakal pengantin boleh relaks. Tak kalut sangat.


barang-barang hantaran

Seperti dijangka kami sampai di surau Kampung Tanah Liat setengah jam sebelum masuk waktu asar. Sesekali bakal pengantin diusik. Pihak bakal pengantin perempuan belum nampak bayang-bayang lagi. Boring sangat, saya pun ambil Majalah I dan baca sementara menunggu waktu asar. Sedang yang lain-lain meneruskan agenda bersembang masing-masing. Saya dah malas nak layan. Sebentar kemudian tiba pula baba dan mama serta adik-adik saya menyertai rombongan. Mereka lewat kerana menunggu baba balik dari melawat kawasannya.

sampai awal. kena tunggulah.

anak teruna Pakteh (kiri) dan anak teruna saya (kanan)

selepas solat asar

Selepas solat asar barulah rombongan bakal pengantin perempuan sampai. Ha, anak teruna dah ada. Ada dara pun dah sampai. Tapi, juru nikahnya belum sampai. Kena tunggu lagi. Ni baru betul lepas asar. Tiba-tiba perut pula berbunyi. Minta diisi semula. Mahu tidaknya, jam 11 tadi dah makan. Baba pula sempat lagi melelapkan mata.

'dan' (sempat) lagi!!! letih tauuu

mana Imam ni???

Tunggu punya tunggu, juru nikah pun sampai. Kalau tak silap jam masa tu 5.30 petang. Dimulakan dengan khutbah nikah. Selepas khutbah, ada pula soalan bonus. Anak teruna disuruh terangkan tujuan perkahwinan. Wah! Ini dah kira soalan dalam peperiksaan Pengetahuan Agama Islam zaman saya ambil SPM dulu. Selepas diberi jawapan, juru nikah siap ceramah lagi. Tadi dah khutbah sambung pula dengan ceramah. Bila nak selesai ni? Perut pun dah nyanyi lagu rock.

Akhirnya tibalah masa yang ditunggu. Dua jiwa disatukan dengan sekali lafaz. Nasib baik saksi pula tak buat karenah. Kemudian pengantin lelaki membaca ta'liq diikuti dengan menandatangani surat nikah. Geran dah beralih tangan. Apa lagi. Salamlah, sarung cincinlah, cium tanganlah.


Alhamdulillah. Selamat sudah.

Selesai semuanya, rombongan dijemput ke rumah pengantin perempuan. Sebenarnya inilah masa yang ditunggu-tunggu oleh kami yang makan jam 11 pagi tadi. Alhamdulillah rezeki kami bihun sup. Kami tidak lama di situ. Jam sudah menghampiri 7 petang. Takut nanti tak sempat maghrib di rumah.

Di lebuhraya, saya agak laju dari biasa. Saya terus pulang ke rumah. Esok sajalah ke rumah Pakteh. Bukan apa, nak ucap "SELAMAT TERIMA MENANTU".

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tokoh Radikal Dalam Sejarah Kemerdekaan Negara

Bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Ismail bin Dato Abdul Rahman pernah menyatakan dalam ucapannya ketika menerima Ijazah Kehormat Doktor Undang-undang di Konvokesyen Universiti Sains Malaysia (1973), " bahawa sekalipun kemerdekaan telah dicapai oleh golongan moderate, tetapi sejarah membuktikan bahawa golongan nasionalis radikal juga telah memberikan sumbangan terhadap tercapainya kemerdekaan ". Ini membuktikan bahawa sumbangan dan pengorbanan golongan radikalisme Melayu amat bermakna dan tidak ternilai pentingnya. Merekalah tokoh politik nasional yang mampu menggegarkan kedudukan rejim British dan juga golongan elit Melayu. Gerakan Berhaluan Kiri atau lebih dikenali dengan panggilan radikal bermotifkan perjuangan mengusir penjajah British dari Tanah Melayu. Mereka memilih cara tidak berkompromi dengan penjajah. Berbeza dengan politik berhaluan kanan yang bekerjasama dengan penjajah dikenali sebagai moderate seperti UMNO. Siapakah mereka yang termasuk dalam g

Memenuhi kehendak(Iradah) Allah.

Berdasarkan buku teks Pendidikan Islam Tahun 5, maksud Iradah dijelaskan sebagai Allah berkehendak melakukan semua perkara tanpa terikat dengan sesuatu. Dalil kepada sifat Iradah diambil dari ayat 16 surah al-Buruj yang bermaksud " Allah berkuasa melakukan apa yang dikehendaki-NYA " Hujan, panas, peredaran planet malahan gempa bumi dan tsunami semuanya berlaku dengan kehendak Allah. Kejadian-kejadian tersebut juga menggambarkan betapa patuhnya makhluk-makhluk Allah tersebut melaksanakan kehendak Khaliqnya. Begitulah penerangan yang sepatutnya. Bukan dengan membandingkan kehendak manusia dengan kehendak Allah seperti yang terkandung dalam buku teks, sebaliknya membandingkan kepatuhan manusia dalam melaksanakan perintah dan kehendak Allah dengan kepatuhan makhluk Allah yang lain. Perlu ditekankan juga berbanding manusia yang terlalu kerdil, makhluk-makhluk tersebut juga lebih besar dan hebat penciptaannya. Panas yang membahang, hujan yang mencurah bumi, matahari yang terbit

Apa ada pada jawatan?

Apa ada pada jawatan? Mungkin ada segelintir orang yang bertanyakan hal ini bahkan sememangnya ada. Mereka ini tidak menunjukkan sebarang minat untuk berebut jawatan malah ditawar pun terasa berat menerimanya. Kalau setakat nak buat kerja, ahli biasa pun boleh buat. Lagi senang, tak payah sakit-sakit kepala. Hakikatnya pada jawatan ada segalanya. Selain beban dan tanggungjawab, pada jawatan itu juga ada wang, harta, kuasa, pengaruh dan glamour. Tak kira di peringkat mana sekalipun, sehingga rumah Allah juga bisa menjadi medan berebut jawatan. Masakan tidak andai perebutan itu mendatangkan hasil lumayan seperti yang diimpikan. Ada jawatan, berkuasa kita. Atau dengan jawatan boleh mengumpul wang dan harta. 'Alah', gaji ketua kampung bukan banyak pun. Tak mengapa glamournya ada. Pergi ke mana orang pandang, orang layan. Kalau kenduri orang lain makan ambil sendiri, tapi kita makan berhidang. Banyak lagi sebenarnya nikmat berjawatan. Kita biasa mendengar cerita ulama silam terla