Gambar-gambar sekitar majlis korban di Surau al-Muhtadin pada 11hb. Zulhijjah bersamaan 9hb. Disember. Sebanyak 4 ekor lembu dikorbankan. Alhamdulillah majlis berjalan lancar seperti yang dirancang. Terima kasih kepada semua pihak yang memberi kerjasama sama ada peserta, petugas dan hadirin semua. Insya Allah tahun hadapan korban lagi. Ada yang sudah bertanya, "pendaftaran tahun depan dah buka?" Saya jawab, "bagi la bernafas dulu."
Satu lagi program tahunan surau telah disempurnakan kelmarin dengan muafakat penduduk. Program yang saya namakan Akikah Perdana merupakan program yang diletakkan di bawah tanggungjawab saya sebagai pengerusinya. Walaupun diadakan pada 27hb. Rejab ia tidaklah sempena sambutan Isra' dan Mi'raj tetapi mengambil kesempatan negeri Kedah bercuti pada hari tersebut. Seekor lembu ditumbangkan sebagai memenuhi hajat peserta-peserta yang mengambil bahagian menjamu hampir 1000 orang yang hadir. Lebih menggembirakan apabila nasi serta lauk pauk dapat dihabiskan sama ada dimakan atau di bawa pulang, memudahkan petugas menjalankan kerja-kerja membersih dan mengemas kembali. Cuma yang agak kurang menyenangkan saya apabila dengan tidak semena-mena tuan penasihat surau yang selama ini melantik dirinya sendiri sebagai imam surau mengajak hadirin bertahlil tanpa berbincang dengan saya terlebih dahulu. Sememangnya beliau sangat mahir mengetuai majlis-majlis bacaan yasin, tahlil dan doa selamat. Se...
Ulasan